Pisang emas berbuah dari batang pokok

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,502
Reaction score
8,824
Points
2,226


ISMAIL Lebai Teng dan isteri, Khatijah Abdullah menunjukkan pokok pisang yang berbuah pada bahagian batang potong berkenaan. - Foto Noorazura Abdul Rahman
ALOR SETAR: Seorang penoreh getah tidak menyangka pokok pisang emas yang ditanamnya mengeluarkan buah pada bahagian tengah batang pohon berkenaan sejak tiga bulan lalu.

Petani, Ismail Lebai Teng, 71, berkata kejadian itu disedari ketika dia sedang membersihkan kawasan kebun pisang berkenaan sebelum ternampak bahagian batangnya ‘membengkak’.

Katanya, selepas empat hari, dia kembali melihat pokok itu dan mendapati batangnya sudah terbelah dan mengeluarkan putik pisang.

“Ia tidak mengeluarkan jantung seperti pokok pisang lain, sepanjang hidup saya inilah kali pertama saya melihat pisang berbuah di tengah batang.

“Bagi saya, ia perkara yang pelik dan jarang ditemui, bagaimanapun sebagai orang Islam, tiada yang mustahil bagi Allah dan sebab itulah kita dapat melihat pokok pisang ini mengeluarkan buah luar dari kebiasaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Keda Kampung Bukit, Jalan Naka, Pokok Sena, di sini.

Ismail atau lebih mesra dipanggil Pak Su berkata, sehingga kini 25 biji pisang pada pohon itu hanya menunggu masa untuk masak.

Katanya, dia berhasrat mengadakan kenduri pisang bersama pulut dan akan menjemput saudara mara dan jiran terdekat untuk berkongsi rezeki.

“Ramai penduduk sekitar sini sudah datang melihat sendiri keanehan pokok pisang ini, rata-rata mereka terpegun dengan kejadian ini.

“Walaupun ia tidak berbuah setandan seperti pokok lain tapi bagi saya ia sudah memadai.

“Mungkin dalam seminggu dua lagi pisang ini akan masak, sebagai tanda rasa syukur, lebih baik saya mengadakan kenduri supaya lebih ramai orang dapat makan pisang ini walaupun hanya sebiji seorang,” katanya yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).


 
Sponsored Post

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,779
Reaction score
1,022
Points
196
Agak2 klu jual pisang ni bleh dpt harga Mahal? Hihihi
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,782
Reaction score
1,302
Points
206
baguslah buat kenduri pisang.
semua dapat makan.
 

nameless

Super Active Member
Joined
Nov 30, 2007
Messages
7,343
Reaction score
68
Points
80
Agak2 klu jual pisang ni bleh dpt harga Mahal? Hihihi
Ayat slalu kalo nk jual mahal...
Wpun telah di ofer rmx,xxx, sy tidak menjual ny smbil berharap akan ade org ofer yg lbh tgi...
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
6,989
Reaction score
324
Points
81
Boleh buat tarik duit ni..
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
5,301
Reaction score
191
Points
78
OK la yang ni buat kenduri makan ramai2 drpd pecaya benda mistik.
Daripada setengah tempat tu haritu semua benda dimistikkan.
Sekali kena kencing serangga hahahaha.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,891
Reaction score
20,717
Points
1,661
bkn dh dibawa belayar ke, masak sebiji plak tu

camne bole tumbuh kt batang plak
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,610
Reaction score
907
Points
161
ni mmg rare..
kalau ada org nk beli harga tinggi jual jela pakcik
 

John Nawi

Active+ Member
Joined
Oct 23, 2012
Messages
4,956
Reaction score
124
Points
43
target dia nk bg org ramai makan tu adalah akhlak yg terpuji, salute
 
Sponsored Post
Top
Log in Register