Pinjaman Tekun lesap

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
MELAKA: Seorang peniaga wanita yang baru mendapat pinjaman berjumlah RM15,000 daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) bagi membesarkan perniagaan kedai makannya ‘berputih mata’ selepas semua wang itu tiba-tiba lesap dari akaunnya dipercayai dikeluarkan melalui pindahan akaun menerusi pembankan Internet.

Semuanya berlaku selepas ibu kepada lapan anak itu, Jabidah Suhadi, 47, mendepositkan cek wang pinjaman berkenaan di sebuah bank di Taman Malim Jaya, dekat sini, 19 November lalu.

Menurut Jabidah, selepas tiga hari cek itu didepositkan ke akaunnya menerusi mesin deposit cek (CDM), dia mendapati wang itu masih belum dimasukkan dalam akaunnya selepas memeriksa baki menerusi mesin juruwang automatik (ATM).

Dia kemudian memeriksa lagi pada hari berikutnya sehinggalah ke bank berkenaan beberapa hari selepas itu apabila mendapati wang itu masih belum didepositkan ke dalam akaunnya.

“Saya terus menemui pegawai bank berkenaan dan apa yang mengejutkan, pegawai wanita itu mendakwa wang saya sudah dikeluarkan menerusi transaksi perbankan Internet di Padang, Indonesia.

“Saya terkejut sebaik dimaklumkan kerana saya tidak pernah menggunakan Internet untuk urusan bank.

“Apabila pegawai terbabit memeriksa lanjut, dia menyatakan wang saya dikeluarkan pada 19 November dengan pengeluaran pertama berjumlah RM9,996.27 dan kedua sebanyak RM4,863,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Jabidah berkata, pegawai terbabit turut mendakwa kes seperti ini sudah banyak kali berlaku dan menyatakan dia bukanlah orang terakhir akan menjadi mangsa.

Katanya, dia yang tidak berpuas hati kemudian meminta pegawai terbabit menyatakan di mana transaksi pengeluaran itu dibuat.

“Semakan lanjut mendapati transaksi pengeluaran wang saya dibuat dengan memasukkan ke dalam satu akaun di Sawa Luntoh, Sumatera Barat, Indonesia.

“Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Malim berhubung kehilangan wang itu dan polis merujuk saya ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

“Saya turut membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) selepas kehilangan wang dalam jumlah banyak,” katanya.

Beliau berkata, dia kesal kerana sepatutnya pihak bank dapat menyekat pengeluaran wang itu kerana dia tidak pernah mendaftar perbankan Internet.

“Selepas ini, saya terpaksa membayar lebih RM500 untuk bayaran bulanan pinjaman itu selama tiga tahun.

“Pinjaman kali kedua itu dibuat bagi membesarkan perniagaan dengan membeli beberapa peralatan penting,” katanya.

Jangan2 nie kerja pegawai TEKUN. TEKUN nie Along UMNO kan.....:mad:
 
Sponsored Post

Kimie

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
6,744
Reaction score
112
Points
73
ha'ah, rasanya keje orang tekun jugak...

tak logik lah citer pegawai dier tu..
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Carik duit raya kot...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register