Pindaan perlembagaan bakal jadi kejutan

CG Sponsors




kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KUALA LUMPUR: Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang akan dihadiri 2,100 perwakilan pada 28 November depan, akan melakarkan beberapa perubahan termasuk melakukan pindaan perlembagaan BN yang dijangka akan menimbulkan kejutan.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata perubahan yang akan dilaksanakan itu adalah bagi memastikan BN terus diterima rakyat dan memenangi pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Tengku Adnan enggan menyatakan apakah kejutan yang akan diumumkan itu.
“Macam-macam akan berlaku, jadi kita akan buat kejutan kepada semua. Kalau kita beritahu sekarang, sudah tak mengejutkan lagi,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerja BN, Datuk Abu Khamis, Setiausaha Agung GERAKAN, Teng Chang Yeow dan Ahli Majlis Tertinggi MCA, Loh Seng Kok. Ini adalah konvensyen BN kedua selepas pertama kali diadakan pada 1995.

Tengku Adnan berkata, konvensyen yang bertema 'Satu Warga, Satu Negara, Satu Wawasan' itu turut akan mewujudkan satu piagam yang diikrarkan 2,100 perwakilan sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, seramai tiga pemimpin daripada setiap parti komponen akan berucap di konvensyen yang akan diadakan di Dewan San Choon, Wisma MCA.
“Konvensyen ini akan diadakan secara tertutup kecuali ketika perasmian dan penggulungan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,” katanya sambil menyatakan setiap perwakilan akan memakai baju berwarna biru bagi melambangkan kesatuan hati.

Ketika ditanya mengenai tindakan mengadakan konvensyen secara tertutup, Tengku Adnan berkata, persidangan itu akan membincangkan strategi BN supaya terus diterima rakyat.

“Kalau didedahkan strategi BN, ia akan diketahui pihak lawan. Kita juga mahu melihat (membaiki) diri sendiri dan mahu parti terus diberi sokongan rakyat,” katanya sambil tidak menolak kemungkinan strategi pilihan raya umum akan datang turut dibincangkan.

Antara topik yang dijangka dibahaskan adalah mengenai 1Malaysia, ekonomi, pembangunan, pendidikan, kebajikan dan kedaulatan undang-undang.

Setiausaha Agung BN itu turut berkeyakinan yang tiada isu sensitif akan dibincangkan dalam konvensyen itu kerana segala masalah yang berbangkit akan dibawa ke Dewan Tertinggi BN.

Mengenai pemilihan Wisma MCA sebagai tempat konvensyen diadakan, Tengku Adnan berkata ia bukan satu isu kerana ia selaras dengan amalan perkongsian kuasa BN.

“Kita satu barisan yang mantap. Kali ini kita buat di MCA, lepas ini mungkin di MIC dan sebagainya. Ini tidak menjadi masalah," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pindaanperlembagaanbakaljadikejutan/Article
 
Sponsored Post

sonche

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Nov 22, 2006
Messages
8,432
Reaction score
50
Points
70
salah satu perlembagaan bn baru : bini presiden ada kuasa sama ngan presiden :">:p
 

sideskirt

Active+ Member
Joined
Jul 31, 2007
Messages
3,819
Reaction score
16
Points
25
tunggu konvensyen lepas baru nak umum rombakan kabinet laa ni ..
 

jengkol

Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
1,415
Reaction score
0
Points
20
salahsatunye..membiarkan cine soi lek makan 8a8i menghine islam.
 

tokebalak

Active+ Member
Joined
Feb 12, 2009
Messages
3,636
Reaction score
37
Points
30
Mungkin tanah Melaysia Bukan untuk negara Islam... Negara Islam Primitive...tapi depan melayu... Umno merupakan pejuang Islam...:)):eek::)):))
 

ejalmlk

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 8, 2008
Messages
10,512
Reaction score
43
Points
120
ada beberapa perkara yang edjal sudah tahu tentang pindaan ini .... rombakan kabinet mungkin berlaku tak lama lagik .. yang akan membariskan leader2 untuk PRU akan datang ... demikian juga dengan rombakan dalam umno bahagian akan berlaku .... habis laaaa lepas nieee .... laik la kuat melobi

tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
ada beberapa perkara yang edjal sudah tahu tentang pindaan ini .... rombakan kabinet mungkin berlaku tak lama lagik .. yang akan membariskan leader2 untuk PRU akan datang ... demikian juga dengan rombakan dalam umno bahagian akan berlaku .... habis laaaa lepas nieee .... laik la kuat melobi

tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
kasi tau la sama kitorg ejal...nak gak tau..

kasi hint sikit2 pun jadila..:)paid
 

ejalmlk

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 8, 2008
Messages
10,512
Reaction score
43
Points
120
kasi tau la sama kitorg ejal...nak gak tau..

kasi hint sikit2 pun jadila..:)paid
lorrr sabau boh ..... semalam meka duk meeting peringkat pusat .. kan diberitahu ... dibuatnya ubah last minutes ..... jangan risau next week dah tau .....

alah .... tak suspend sangat pun .. kelebihan pada parti mekajerr.... meka nak try merge .... lebih kureng mcm tuee lerrrr :)paid:)paid:)paid:)paid
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
lorrr sabau boh ..... semalam meka duk meeting peringkat pusat .. kan diberitahu ... dibuatnya ubah last minutes ..... jangan risau next week dah tau .....

alah .... tak suspend sangat pun .. kelebihan pada parti mekajerr.... meka nak try merge .... lebih kureng mcm tuee lerrrr :)paid:)paid:)paid:)paid
wah,akalu mca dan UMNO merge,,sape yg jadi presiden ni..chua soi lek jadi timbalan ke dua la agaknye..

betul2 saspen ni...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register