Pindaan Akta Hak Cipta: Miliki Sekeping VCD Cetak Rompak Boleh Dikena Tindakan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
BUTTERWORTH, 16 Jan (Bernama) -- Orang ramai yang memiliki walau hanya sekeping cakera video digital (DVD) atau cakera padat video (VCD) cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang selepas Akta Hak Cipta dipinda tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu termasuk dalam rangka cadangan pindaan akta berkenaan yang sedang diteliti oleh kementerian itu.

"Di bawah Akta Hak Cipta (sedia ada), menjual salah tetapi membeli sekeping DVD atau VCD cetak rombak tidak salah, sepatutnya kalau jual salah, beli pun salah juga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kesedaran Kepenggunaan di sini, pada hari Sabtu.

Beliau berkata di bawah peruntukan akta sedia ada, hanya mereka yang memiliki tiga keping atau lebih DVD atau VCD cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya cadangan pindaan akta itu bagi mengawal penjualan DVD dan VCD cetak rompak di negara ini.

Selain itu, katanya melalui cadangan pindaan akta itu juga, pemilik premis yang menjual DVD dan VCD cetak rompak juga boleh dikenakan tindakan.

Bagaimanapun, beliau berkata bentuk tindakan bagi kedua-dua kesalahan itu sedang diperincikan oleh kementerian itu.

Katanya pindaan akta itu dijangka dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat Mac ini.

"Ini adalah cadangan di peringkat kementerian, kita kena kemukakan cadangan itu kepada Pejabat Peguam Negara, kemudian ke Kabinet dan jika tiada sebarang masalah kita akan bentangkan di Parlimen seterusnya dilulus dan diwartakan," katanya.

Selain itu, katanya empat lagi akta akan dipinda iaitu Akta Perlindungan Pengguna, Akta Jualan Langsung, Akta Kawalan Harga dan Akta Sewa Beli.

Katanya akta baru iaitu Akta Persaingan juga akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.
 
Sponsored Post

xflixz

Active+ Member
Joined
May 21, 2007
Messages
2,968
Reaction score
60
Points
30
yang penjual CD/DVD cetak rompak pun x dpt nak control cmane tu?hangat2 taik kucing je..:)):)):)):)):))
 

gandaduit

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
8,486
Reaction score
38
Points
80
Ala,,,kerajaan amek kesempatan nk cari duit lebih..dia mesti cari golongan atau individu yang berduit..!
 

dek_ang

Active+ Member
Joined
Jul 26, 2008
Messages
4,723
Reaction score
1
Points
25
kita tak salah..org jual murah kite beli la...sape nak beli brg mahal...:D
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
eleh...memiliki cmana tu...klau dlm pen drive boleh diklim ker?
 

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
c i l a k a k . . . . . . .
 

syah99

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2006
Messages
6,069
Reaction score
62
Points
70
eleh...memiliki cmana tu...klau dlm pen drive boleh diklim ker?
simpan dalam pendrive tak kena la kot,
kena tunggu lagi la dia pinda akta baru pulak.
nak pinda mau makan 10 tahun lagi baru pinda balik.
 

dragons

Super Active Member
Joined
Nov 5, 2007
Messages
7,611
Reaction score
1
Points
65
simpan dalam pendrive tak kena la kot,
kena tunggu lagi la dia pinda akta baru pulak.
nak pinda mau makan 10 tahun lagi baru pinda balik.
pinda jgn x pinda...:eek::eek::eek::eek::eek:
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
yeke ... kalau nak buat ... buat sungguh2 ..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register