BTC USD 62,419.6 Gold USD 1,804.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pimpinan PKR Perlu Didik AMK Agar Lebih Beradab -Zahid Hamidi

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
KUANTAN: Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mendidik sayap Pemudanya agar lebih beradab terhadap pemimpin negara.

Sambil menyifatkan tindakan memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipercayai didalangi oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai biadap, Zahid berkata perbuatan itu tidak sesuai dilakukan terhadap pimpinan tertinggi negara meskipun mereka mempunyai ideologi politik yang berbeza.

"Biarpun berbeza agama dan organisasi politik kita tak boleh hina, termasuk pijak walaupun gambar (Najib) sebab ia merupakan simbol kepada pemimpin kita. "Saya rasa kepimpinan tertinggi PKR perlu menasihatkan AMK supaya lebih beradab dalam berpolitik, sebab di negara ini kita tidak mengamalkan budaya sedemikian," katanya ketika diminta mengulas insiden berkenaan pada malam ambang merdeka di Dataran Merdeka Khamis lepas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan bersama kira-kira 60 pengamal media ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan di sini, Isnin.

Dalam pada itu beliau berkata rakyat terutama golongan muda patut menilai setiap tindakan yang dilakukan pihak pembangkang sebelum memilih mereka sebagai pemerintah.

Pembangkang, katanya, selain mengajar rakyat menghina pemimpin, mereka juga sering dilihat tidak bersatu dalam banyak tindakan yang mereka lakukan.

Ini dapat dilihat apabila PAS sendiri tidak menyokong insiden malam ambang merdeka itu yang disifatkan tidak menepati budaya dan tatasusila rakyat negara ini yang sopan santun dan menghormati pemimpin.

"Kita tahu kejadian berkenaan turut tidak dilakukan PAS, malah DAP juga mungkin memberikan reaksi yang berbeza...banyak perkara yang tidak disepakati bersama sebab kita tahu pakatan mereka ini ibarat perkahwinan muta'ah, iaitu pakatan yang sementara. "Justeru golongan muda perlu sedar akan hal ini dan lihat siapa yang lebih beradab dalam menguruskan politik negara ini," katanya.

Zahid dan para pengamal media pada lawatan selama enam jam itu turut dipertontonkan dengan aksi terjunan pasukan khas udara (PASKAU) dari ketinggian 10,000 kaki dan simulasi operasi menyelamat pesawat yang dirampas oleh pengganas. -BERNAMA
 
Sponsored Post

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
haappp puuuiihhh


images
 

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,804
Reaction score
2,421
Points
201
Zahid failed...

672c19c5562a2b597882710b7ea46b81.jpg
awek_Bn.jpg
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
cermin diri tu dulu sblm nak complaint psl org lain..
 

dizket

Active+ Member
Joined
Feb 17, 2009
Messages
2,870
Reaction score
26
Points
30
loh...tu perkasa serang masjid

kepala dia sapa

bergelar datok dan orang ameno

tu yang patut ko tegur dulu
 

auronjohan

Fun Poster
Joined
Jan 25, 2011
Messages
274
Reaction score
0
Points
10
maaf cakap ler,ko zahid patut didik perkasa tuh agar lebih hormat masjid,nih org duk hina agama ko diam jer,cakap x serupa bikin la ko zahid
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register