Pilihanraya Sabah 26 Sep 2020, Gabungan Rakyat Sabah Menang

CG Sponsors

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,221
Reaction score
11,131
Points
1,906
Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah.. Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield,mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo.
Doakan yer insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah...sayang orang Sabah sangat-ebitlew

Sponsored Post

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,012
Reaction score
265
Points
51
54 Buah Kampung Di Pitas Bakal Diroboh, Syarikat Balak Dan SAFODA Menang

Sejumlah 54 buah kampung di Bengkoka, Pitas bakal diroboh, susulan kemenangan syarikat balak Acacia Forest Industries (AFI) dan SAFODA di mahkamah baru-baru ini.

20201030_225121.jpg

20201030_225139.jpg

Menurut sebuah surat yang dihantar oleh pihak syarikat balak kepada penduduk-penduduk terbabit, penduduk-penduduk berkenaan telah didapati mencerobohi kawasan hutam Kamanchi-Gandawari.

Selain itu, penduduk kampung dikehendaki merobohkan rumah-rumah yang dinaikkan, mengosongkan tanah terbabit dan tidak lagi memasuki kawasan tersebut.

20201030_231927-696x354.jpg

Untuk rekod, Acasia Forest Industries (AFI) mempunyai dua pemegang saham utama, iaitu syarikat swasta Hijauan Bengkoka Plantations Sdn Bhd (70%) dan Kerajaan Negeri Sabah melalui SAFODA (30%).

Semakan mendapati Hijauan Bengkoka Plantations memegang berpuluh ribu hektar tanah secara konsesi di seluruh Sabah.

Pada tahun 2013, mereka juga memohon dan mendapat sekurang-kurangnya 38,000 hektar tanah dari pentadbiran Musa Aman.

20201030_235425-696x449.jpg

20,000 hektar tanah di Kg Malubang dan 18,000 hektar tanah di Kg Telaga telah dimohon oleh Hijauan Bengoka Sdn Bhd pada tahun 2013

Baru-baru ini, pada awal Julai 2020, pertikaian yang sama seperti di Pitas telah berlaku di Bagahak, Lahad Datu.

Pertikaian tanah di antara penduduk kampung dengan sebuah anak syarikat kerajaan negeri Sabah telah dibawa ke mahkamah sejak tahun 2007.

Mahkamah kemudian mendapati tanah berkeluasan 6,800 hektar yang dipertikai sebenarnya dimiliki secara sah oleh Sawit Kinabalu, sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah.

Walau bagaimanapun, Ketua Menteri pada ketika itu, Shafie Apdal, telah mengarah Sawit Kinabalu menggugur kes mahkamah tersebut.

Sebaliknya tanah yang dimilik oleh Kerajaan diberi kepada 2,000 orang penduduk yang terbabit pada bulan Julai 2020.
 
teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,012
Reaction score
265
Points
51
Tak hairanlah Musa Aman beria-ia mau beli kerusi hari tu..
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,221
Reaction score
11,131
Points
1,906
Pandikar Amin antara 7 fail petisyen pilihan raya di Sabah

November 9, 2020 6:22 PM

fmt-Pandikar-Amin-Mulia-15319-123.jpg

Pandikar bertanding di kerusi baru Pintasan, tetapi tewas di tangan calon Perikatan Nasional-PPBM Fairuz Renddan dalam persaingan 6 penjuru.

PUTRAJAYA: Tujuh pihak terkilan, termasuk bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia memfailkan petisyen mencabar keputusan pilihan raya negeri Sabah pada 26 September lepas.
Petisyen tersebut melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Karambunai, Darau, Sindumin, Petagas dan Kukusan.

“Petisyen itu difailkan di Mahkamah Plihan Raya dalam tempoh 21 hari selepas keputusan diwartakan pada 6 Oktober,” kata seorang pegawai di Jabatan Peguam Negara (AGC) yang enggan dikenali memberitahu FMT hari ini.

AGC akan mewakili pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang turut dinamakan sebagai responden dalam petisyen itu.

Pandikar bertanding di kerusi baru Pintasan, tetapi tewas di tangan calon Perikatan Nasional-PPBM Fairuz Renddan dalam persaingan 6 penjuru.

Fairuz menang dengan majoriti tipis 84 undi dengan Pandikar di tempat kedua setelah mendapat 2,660 undi.

Pegawai berkenaan berkata, 2 petisyen difailkan bagi kerusi DUN Sindumin.

“Petisyen pertama difailkan oleh calon yang diisytiharkan tidak layak atas sebab beliau seorang bankrap, sementara petisyen ke-2 oleh calon yang tewas dalam pertandingan 6 penjuru di situ,” katanya.

Awang Ahmad Shah mewakili Warisan memenangi kerusi berkenaan.

Ahmad Jais Oteng (Warisan) yang tewas di tangan calon Barisan Nasional-Umno Yakub Khan dengan majoriti 16 undi dalam persaingan 7 penjuru bagi kerusi Karambunai turut memfailkan petisyen mencabar keputusan pilihan raya itu.

Dalam pada itu, calon BN-Umno Jumat Idris yang dikalahkan oleh calon Warisan Azhar Matussin dengan majoriti 562 undi dalam persaingan 6 penjuru bagi kerusi Darau juga memfailkan petisyen sama.

Petisyen juga difailkan bagi kerusi Kukusan yang dimenangi oleh calon Warisan Rina Jainal.

Hakim Mahkamah Tinggi Alwi Abdul Wahab yang berpangkalan di Kuching akan menjadi hakim pilihan raya bagi kerusi Sindumin, sementara Dean Wayne Daly, yang kini bertugas di Miri akan mendengar petisyen bagi DUN Petagas.

Bagi baki 4 kes lain, mahkamah belum menetapkan tarikh pengurusan kes.

Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihanraya menetapkan bahawa semua petisyen pilihan raya hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan selepas ia difailkan.

Gabungan Rakyat Sabah yang terdiri daripada PN, BN dan PBS masing-masing memenangi 17, 14 dan 7 kerusi dalam pilihan raya tersebut.

Warisan Plus yang dianggotai oleh Warisan, DAP, PKR dan Upko menang 32 kerusi. Baki 3 kerusi lain dimenangi oleh calon bebas.

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,172
Reaction score
957
Points
121
Pandikar Amin antara 7 fail petisyen pilihan raya di Sabah

November 9, 2020 6:22 PM

View attachment 309131

Pendikar malu la dia kalah kt budak hingusan....bdk yg xdk latar belakang politik langsung, tp teruk prn Sabah br nie duit jadi bahan ampuh, spr ngn sprm pun boleh tngk saja la.....
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,221
Reaction score
11,131
Points
1,906
Mohd Shafie Apdal mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sehingga mencetuskan gelombang jangkitan wabak Covid-19.

'Saya rela mati dalam gelanggang politik daripada serah kerajaan'

16 November 2020

1605519754574.png

Mohd Shafie ketika menjawab soalan yang dibangkitkan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sehingga mencetuskan gelombang jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata, tindakan itu terpaksa diambil selepas kestabilan politik di negeri itu diganggu-gugat oleh kerajaan ketika ini.
"Saya hendak nyatakan di sini bahawa (apa yang dilakukan berdasarkan) sistem perundangan negara kita. Kalaulah tidak ada gangguan daripada kerajaan yang ada pada hari ini negeri Sabah adalah negeri yang amat terkawal (dalam jangkitan Covid-19). Paling banyak kawasan hijau (adalah) di Sabah.

"Tapi malangnya oleh kerana kerakusan kuasa hendak (pihak yang hendak rampas) mengambilnya. Saya agak hairan rakan lama saya dari Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak) (mempunyai) dendam kesumat dia (terhadap) saya tidak tahu. Mungkin kerana saya bangkitkan (isu) 1MDB.

"(Beliau keluarkan kenyataan) bahawa saya sanggup mati kerana Covid-19. Saya bukan sanggup mati kerana Covid-19 (tetapi) saya rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan. Biar rakyat tentukan," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis).

Mohamad bangkit mencelah dengan bertanya sama ada Mohd Shafie kesal dengan cadangannya untuk membubarkan DUN bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sehingga mencetuskan peningkatan mendadak Covid-19 di negara ketika ini khususnya di Sabah.

Sementara itu, dalam respons sama, Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, keputusan untuk mengadakan PRN itu terpaksa diambil kerana beliau tidak mahu kepada pihak yang mengamalkan budaya 'cash is king'.

"Oleh kerana kuasa membeli (purchasing power), mereka hendak membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (di Sabah), (jadi daripada) hendak serah kuasa baik saya mati dalam gelanggang politik," katanya.

Sponsored Post
Top
Log in Register