Pilihanraya Sabah 26 Sep 2020, Gabungan Rakyat Sabah Menang

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Menurut portal berita kesihatan Code Blue, mereka yang berada dalam senarai menunggu akan distabilkan dan ditempatkan di jabatan kecemasan.

1603435672346.png


Laporan: Sejumlah pesakit harus tunggu giliran dapatkan rawatan ICU di KK
Diterbitkan Hari ini 2:13 pm


Beberapa pesakit Covid-19 yang kritikal harus menunggu hingga dua hari untuk dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut portal berita kesihatan Code Blue, mereka yang berada dalam senarai menunggu akan distabilkan dan ditempatkan di jabatan kecemasan.

ICU mempunyai ventilator, tabung makan dan peralatan pemantauan untuk memerhatikan jika keadaan pesakit merosot dengan cepat.

Seorang doktor tanpa nama di hospital memberitahu Code Blue bahawa pihak hospital belum sampai tahap terpaksa menolak pesakit.

Hospital Queen Elizabeth adalah salah satu daripada beberapa hospital di Sabah yang ditinjau oleh Code Blue melalui sumber tidak rasmi dan hospital lain nampaknya tidak mencapai tahap kritikal dari segi penggunaan ICU.

Sabah mempunyai jumlah kematian tertinggi akibta Covid-19 di Malaysia.

Sehingga tengah hari semalam, jumlah kematian Covid-19 Sabah adalah 76 di mana 63 daripadanya dilaporkan pada bulan ini sahaja.

Ini bermakna Sabah menyumbang 37.25 peratus daripada semua kematian (204) yang disebabkan oleh Covid-19 di negara ini setakat ini.

Menurut laporan Code Blue, Hospital Queen Elizabeth kini mempunyai 15 wad Covid-19 dan doktor yang mencukupi.

Bagaimanapun, terdapat kekurangan jururawat untuk merawat pesakit yang kritikal, yang memerlukan pemantauan berterusan.

Pesakit Covid-19 yang kritikal akan mengalami radang paru-paru dan mengalami kesukaran bernafas, oleh itu memerlukan oksigen.

Pada 18 Oktober, Malaysiakini melaporkan bahawa beberapa pesakit Covid-19 di Sabah terpaksa menunggu beberapa hari setelah didapati positif sebelum mereka dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Semalam, menteri Sabah Masidi Manjun mendedahkan bahawa beberapa pesakit Covid-19 yang mengalami gejala "peringkat awal" diminta untuk menerima rawatan di rumah.

Sementara yang lain akan dipindahkan ke Pusat Rawatan Kuarantin dan Berisiko Rendah (PKRC), untuk memberi ruang kepada pesakit dengan keadaan yang lebih serius di hospital.

Peraturan Kementerian Kesihatan memerintahkan agar pesakit tanpa gejala ringan atau ringan dikategorikan sebagai pesakit Tahap Satu atau Dua dan dimasukkan ke dalam PKRC.

Pesakit yang menghidap radang paru-paru dikategorikan sebagai Tahap Tiga atau lebih tinggi.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Najib Razak



Sebentar tadi ·

Mana pakej bantuan tambahan khusus bagi Sabah? Perlu umum dan salurkan secepat mungkin. Jangan tunggu lagi.

Kes Covid Sarawak agak rendah dan terkawal tapi bantuan ditambah pula.

Sabah kini ada 6,087 kes aktif - iaitu lebih dua kali ganda berbanding paras tertinggi 2,600 kes aktif seluruh negara semasa PKP fasa pertama.

Sebab itu saya percaya PKPB dan PKPD di Sabah mungkin perlu dilanjutkan lagi jika hasrat kita ialah membendung Covid dengan sepenuhnya.

Dan sebab itu, Sabah perlu pakej bantuan khusus serta fokus kerajaan pusat yang lebih besar untuk mendokong warga dan ekonomi Sabah menghadapi cabaran ini.
Jangan setelah menang PRN, Sabah dilupakan.

1603436184780.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Pemimpin Warisan sepatutnya bekerjasama membantu kerajaan negeri mendidik masyarakat tempatan membendung penularan Covid-19.

Kes Covid-19 di Sabah naik, Warisan buat apa? soal Najib




October 23, 2020 2:58 PM


KKM-Covid19-Screening-Swab-Tests-Staff-Taman-Langat-Murni-EMCO-Kuala-Langat-FMT-04062020-2.jpg

Sehingga kini Sabah mencatatkan 9,868 jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dengan 6,577 kes aktif.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan tindakan pemimpin Warisan termasuk presiden Shafie Apdal yang masih membisu walaupun jumlah jangkitan Covid-19 di Sabah meningkat mendadak termasuk membabitkan kawasan Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak yang dikuasai parti itu.

“Pemimpin-pemimpin Warisan terus berdiam diri berhubung Covid selepas Pilihan Raya Negeri (PRN). Mohamaddin Ketapi sudah nyahaktif Facebook, manakala Shafie hanya membuat 4 posting sejak PRN, 1 untuk ucap terima kasih pada pengundi, 1 untuk ucap ‘Happy Mooncake’ festival, 1 ucapan takziah kepada VK Liew dan 1 untuk video promosikan diri,” kata Najib.

Najib turut membangkitkan semula kenyataan dikeluarkan pemimpin Warisan dipercayai dituju kepada Mohamaddin yang memaklumkan Covid-19 di Sabah hanya wayang ketika kempen PRN Sabah.

“Tidak boleh dinafikan bahawa mereka (pemimpin Warisan) adalah pemimpin komuniti dari 4 daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin Warisan sepatutnya bekerjasama membantu kerajaan mendidik masyarakat tempatan membendung penularan Covid-19.

“Saya harap pemimpin-pemimpin ini bekerjasama dengan kerajaan untuk bantu usaha mendidik penduduk tempatan dan membendung Covid di sana. Jangan tahu membisu sahaja sambil mengutip gaji ahli Parlimen dan Adun,” katanya.

Sehingga kini Sabah mencatatkan 9,868 jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dengan 6,577 kes aktif.

Daripada jumlah itu, Kota Kinabalu mencatatkan kes aktif paling tinggi iaitu 1,582, diikuti Semporna (971), Tawau (962), Sandakan (747), Lahad Datu (558).

 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,149
Reaction score
955
Points
121
Pemimpin Warisan sepatutnya bekerjasama membantu kerajaan negeri mendidik masyarakat tempatan membendung penularan Covid-19.

Kes Covid-19 di Sabah naik, Warisan buat apa? soal Najib




October 23, 2020 2:58 PM


View attachment 301180
Sehingga kini Sabah mencatatkan 9,868 jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dengan 6,577 kes aktif.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan tindakan pemimpin Warisan termasuk presiden Shafie Apdal yang masih membisu walaupun jumlah jangkitan Covid-19 di Sabah meningkat mendadak termasuk membabitkan kawasan Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak yang dikuasai parti itu.

“Pemimpin-pemimpin Warisan terus berdiam diri berhubung Covid selepas Pilihan Raya Negeri (PRN). Mohamaddin Ketapi sudah nyahaktif Facebook, manakala Shafie hanya membuat 4 posting sejak PRN, 1 untuk ucap terima kasih pada pengundi, 1 untuk ucap ‘Happy Mooncake’ festival, 1 ucapan takziah kepada VK Liew dan 1 untuk video promosikan diri,” kata Najib.

Najib turut membangkitkan semula kenyataan dikeluarkan pemimpin Warisan dipercayai dituju kepada Mohamaddin yang memaklumkan Covid-19 di Sabah hanya wayang ketika kempen PRN Sabah.

“Tidak boleh dinafikan bahawa mereka (pemimpin Warisan) adalah pemimpin komuniti dari 4 daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin Warisan sepatutnya bekerjasama membantu kerajaan mendidik masyarakat tempatan membendung penularan Covid-19.

“Saya harap pemimpin-pemimpin ini bekerjasama dengan kerajaan untuk bantu usaha mendidik penduduk tempatan dan membendung Covid di sana. Jangan tahu membisu sahaja sambil mengutip gaji ahli Parlimen dan Adun,” katanya.

Sehingga kini Sabah mencatatkan 9,868 jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dengan 6,577 kes aktif.

Daripada jumlah itu, Kota Kinabalu mencatatkan kes aktif paling tinggi iaitu 1,582, diikuti Semporna (971), Tawau (962), Sandakan (747), Lahad Datu (558).

Harap dpt bantuan khas utk rakyat Sabah sahaja, teruk sngt kali nie
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Ini video penduduk di Semporna merayu kepada Pegawai Penguatkuasa Maritim bahawa kampung dia tidak pernah mendapat sebarang bantuan makanan semasa PKPB.

Harap kerajaan Sabah dengan bantuan kerajaan pusat akan meningkatkan usaha membantu dan akan umumkan pakej bantuan serta pelan rangsangan ekonomi lebih menyeluruh tidak lama lagi - termasuk membayar bantuan tambahan BPN RM1,000 khusus untuk Sabah.

Bantuan bekalan bakul makanan ada masalah logistik serta senarai yang tidak lengkap. Ianya sukar untuk memastikan semua yang memerlukan mampu dibantu dengan segera.
Sebab itu, menyalurkan wang bantuan terus ke dalam akaun bank penerima BPN sedia ada adalah lebih pantas.

Harap juga bahawa pemimpin Warisan di sana akan bekerjasama dengan kerajaan Sabah untuk memastikan sebanyak mungkin penduduk dibantu.

Penduduk Sabah sudah lama di bawah PKPB dan PKPBD. Mereka PERLU bantuan segera.

Antara yang boleh dipertimbangkan dan boleh dilaksanakan dengan laju adalah:
1. Bantuan sewa dan pengecualian sewa untuk rumah kerajaan.
2. RM737 juta untuk RM1,000 setiap 737,000 penerima BPN di Sabah.
3. Lanjutan dan tambahan diskaun bagi Sabah elektrik.
4. Peruntukan tambahan bagi setiap ADUN untuk salur bantuan makanan.
5. Arahkan bank di Sabah untuk lanjutkan moratorium secara pukal selagi Covid tidak terkawal.
6. Umumkan beberapa projek infrastruktur mesra rakyat berskala kecil seluruh sabah seperti baiki jalan, baiki rumah dan jambatan yang cepat untuk dilaksanakan supaya ekonomi tempatan masih jalan dan ada kerja tambahan bagi penduduk di sana.
7. Saringan percuma untuk B40 yang ingin saringkan diri.
8. Wujudkan tabung Covid Sabah supaya kita di semenanjung boleh salurkan sumbangan kepada NGO-NGO tempatan Sabah untuk mereka membantu termasuk membantu penduduk yang tidak berdokumen.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Ada penduduk Sabah makan siput babi, daun akibat tiada makanan

27 October 2020

KK-Sabah-681x963.png

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah menyebabkan ramai dalam kalangan penduduknya tidak bekerja dan terputus bekalan makanan

Kesukaran yang dialami ini mereka ini menyebabkan sebahagian daripada mereka terpaksa makan siput babi, daun dan bayi diberikan air gula.


Oleh itu, Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) memohon jasa baik syarikat-syarikat swasta, perseorangan dan mana-mana indidividu untuk memberi sumbangan ke tabung Bantuan Keperluan Asas Covid-19 untuk fakir miskin ini bagi membolehkan mereka menikmati sesuap nasi bagi mengisi perut yang lapar dan bayi yang kecil boleh diberikan susu.
Arifin Manan, Ketua Pemuda Isma berkata, bagi sebahagian daripada warga tempatan, mereka sukar menerima bantuan kerajaan kerana masalah logistik.

Manakala enduduk tanpa negara di Sabah kebanyakannya bekerja sebagai buruh harian, pekerja kedai, petani dan nelayan yang rata-ratanya tidak layak untuk menerima bantuan keperluan asas daripada kerajaan sejak PKP Mac lalu.

Menurutnya, Pemuda Isma melalui Projek Relawan Muda telah memberikan Bantuan Keperluan Asas Covid-19 yang mensasarkan fakir miskin, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah.
Bantuan ini meliputi daerah di Kota Kinabalu, Sandakan dan Semporna yang melibatkan 350 buah keluarga dan hampir dua ribu orang fakir miskin yang majoritinya penduduk tetap, pemegang pas IMM13, pendatang asing, penduduk tanpa negara dan warga tempatan.

Sehingga 25 Oktober 2020, Relawan Muda telah memberi sumbangan di Kampung Bakau Batu 3, Kampung Sundang, Kampung Bakau (Batu Sapi), Perumahan Setinggan Taman Mutiara, Perumahan Setinggan Batu 2 di Sandakan.

Manakala di Kota Kinabalu pula adalah Kampung Selambangun, Kampung Sabang, setinggan di Kampung Kolam Pulau Gaya , Rumah Sewa Segama dan Sinsuran. Manakala di Semporna adalah Kampung Gelam-Gelam, Pulau Bum Bum, Pulau Luamanggas, Kampung Sri Aman Darat, kampung Sri Aman Laut dan banyak lagi.

Sumbangan berupa wang ringgit boleh disalurkan melalui akaun Ikatan Muslimin Malaysia Kota Kinabalu (Maybank : 560214058721), rujukan: Sumbangan Covid-19 atau menghubungi Dr. Sobri di talian +60 17-212 1931.

Selain itu juga bagi mereka yang berminat mahu menyumbang susu tepung untuk bayi bawah setahun juga dialu-alukan.

Menurut Arifin, fasa bantuan seterusnya yang turut mendapat kerjasama daripada Semporna Prihatin dan Yayasan Maghfirah akan mensasarkan 300 buah keluarga di kawasan berbeza pula dengan anggaran perbelanjaan RM30,000. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Ada jururawat sampai menangis, doktor makan ubat tidur kerana terlebih kerja dan tekanan mental.

Kekurangan ‘frontliner’ masalah terbesar Sabah tangani Covid-19, kata sumber




October 28, 2020 1:00 PM


PPE-FRONTLINER-COVID19-KAMPUNG-BHARU-MCO-SCREENING-021.jpg

Walaupun sejumlah jururawat dari Semenanjung dikerah ke Sabah, ianya masih belum dapat menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja, kata seorang doktor yang dinamakan.

KOTA KINABALU: Seorang petugas kesihatan di Sabah mendakwa kekurangan tenaga kerja masalah paling besar dihadapi hospital negeri itu dalam menangani wabak Covid-19.

Doktor perubatan yang enggan namanya didedahkan itu mendakwa, walaupun sejumlah jururawat dari Semenanjung dikerah ke Sabah, namun ianya masih belum dapat menyelesaikan masalah itu.

“Ya memang betul sejumlah petugas kesihatan daripada Kuala Lumpur datang ke sini minggu lalu, tetapi apabila tiba di sini mereka perlu menjalani kuarantin selama 1 atau 2 minggu lagi.
“Apabila habis kuarantin, kebanyakan mereka juga bukan boleh terus bekerja kerana yang dihantar ke sini masih ‘junior’ dan tiada pengalaman, harus diajar lagi,” katanya kepada FMT hari ini.



Beliau mendakwa kekurangan kakitangan hospital, terutama jururawat, menyebabkan sebahagian kakitangan sedia ada terpaksa bekerja lebih masa, sehingga ada dalam kalangan mereka menghadapi tekanan mental.

“Ada (jururawat) yang sampai menangis kerana terlebih bekerja, selain tertekan dan mungkin takut, kerana hari-hari kena menghadapi pesakit dijangkiti Covid-19. Siapa yang tidak takut?

“Mereka juga terpaksa berkorban dalam banyak hal, sudah pastinya korbankan masa dan terpaksa berasingan daripada keluarga kerana takut membawa balik penyakit (Covid-19).
“Selain itu, ada juga doktor yang menjaga ICU (unit rawatan rapi) terpaksa mengambil ubat tidur kerana terlebih kerja dan tekanan mental,” katanya.



Tak seperti digambarkan
Sementara itu, beliau bersetuju dengan kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Subramaniam Muniandy, yang mengatakan keadaan kemudahan perubatan, terutama jumlah katil di ICU, tidak seperti yang digambarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, pada sidang media hariannya.

“Ya memang betul (kenyataan Subramaniam), KP (ketua pengarah) cakap katil di ICU cukup, baru 70% digunakan tetapi mereka sebenarnya turut mengira katil-katil wad ICU di daerah-daerah lain.

“Sekiranya keadaan pesakit kritikal, mereka akan dihantar ke sini (Hospital Queen Elizabeth) juga jadi di sana (daerah lain) mana ada penuh. Ada rakan setugas saya di Keningau, Tawau, dan Sandakan mengatakan wad ICU penuh.

“Bagi saya apa yang dinyatakan oleh KP terlalu meluas dan tidak seperti gambaran sebenar di sini. Saya harap dia boleh datang untuk melihat sendiri keadaan di sini,” katanya.

Beliau berkata, walaupun keadaan yang dihadapi amat mencabar, mereka tetap melakukan segala yang terdaya bagi menangani pesakit Covid-19.

“Kami ‘berjuang’ sehingga tahap maksimum, itu belum mengambil kira kes-kes yang bukan berkaitan Covid-19 seperti penyakit kanser.

“Di seluruh Sabah, kini hanya tinggal Hospital Queen Elizabeth II (QEH II) yang menjalankan operasi merawat kanser. Hanya di sana juga pembedahan elektif dilakukan selepas semua hospital dijadikan pusat rawatan Covid-19.

“Ini pun menjadi masalah juga kerana QEH II juga kekurangan tenaga kerja. Kebanyakan jururawat dihantar untuk tangani Covid-19, peralatan-peralatan perubatan juga tidak diberi keutamaan di QEH II kerana kebanyakannya dihantar ke hospital yang menjadi pusat rawatan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga harus beri perhatian kepada QEH II kerana ia satu-satunya hospital bukan Covid-19.

“Semua pembedahan elektif daripada kepala hingga ke kaki dilakukan di sana,” dan menambah kalau kerajaan tidak jaga QEH II, beliau bimbang ianya akan terjejas teruk.

“Jadi pesakit kanser mahu ke mana?” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta yang banyak membantu pihak hospital memerangi Covid-19 di Sabah.

“Sebenarnya, banyak mesin-mesin perubatan, respirator pembersih udara berkuasa (PAPR), dan peralatan pelindungan diri (PPE) disumbangkan NGO.

“Kalau kita tunggu daripada pusat, saya tidak tahu berapa ramai yang terkorban pun masih belum sampai (kemudahan perubatan),” katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Tak sanggup pelajarnya tiada makanan


MAISARAH berusaha memberi bantuan makanan kepada pelajarnya. FOTO ihsan Maisarah Hannan

MAISARAH berusaha memberi bantuan makanan kepada pelajarnya. FOTO ihsan Maisarah Hannan


Kota Kinabalu: Sedih dan sebak selepas menerima pelbagai mesej daripada pelajarnya yang meminta bantuan makanan, menjadi titik mula kepada guru kaunseling sekolah menengah, Maisarah Hannan berusaha memberi bantuan, susulan pandemik Covid-19 di negara ini.
Maisarah, 35, berkata, hati guru mana yang boleh berdiam diri apabila menerima pelbagai mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp daripada pelajar meminta bantuan terutama bekalan makanan.

Menggunakan duit sendiri sebagai permulaan, katanya ini kerana dia tidak sanggup mendengar bebanan yang ditanggung pelajarnya, iaitu tiada bekalan makanan.
"Mereka tidak meminta lebih tetapi hanya mahu bantuan makanan. Saya kemudian mencari jalan termasuk menggunakan duit sendiri untuk membantu setakat yang mampu selain bantuan daripada rakan guru yang lain.

"Ada pelajar datang daripada keluarga tidak berkemampuan dan ibu bapa hanya bekerja sendiri selain diberhentikan kerja serta tidak dapat kerja kerana pandemik Covid-19.
"Saya bersama rakan yang lain turun padang untuk mengagihkan barangan keperluan itu ke rumah pelajar terbabit. Usaha ini saya teruskan sehingga kini kerana saya tahu ramai yang terkesan dengan pandemik ini, terutama dengan kes yang tinggi di Sabah ketika ini," katanya di sini.

Maisarah yang berasal dari Tawau dan bertugas di Sandakan berkata, dia mula memberi bantuan kepada pelajarnya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.
"Bagaimanapun, usaha ini turut mendapat sokongan pihak luar dan dana yang ada semakin bertambah hasil sumbangan orang ramai. Mereka turut membantu selepas ramai yang kongsi paparan Facebook saya mengenai usaha ini.

"Oleh kerana dana semakin bertambah, kini saya luaskan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan. Ramai yang meminta tolong untuk diberikan bantuan makanan... sebak pula bila tahu," katanya yang mula terbabit dalam kerja sukarelawan serta kemanusiaan sejak 2017.

Berhubung bantuan itu, beliau berkata, ia membabitkan pelbagai bentuk barang makanan kering termasuk beras, telur, minyak masak, gula dan susu bayi selain pelitup muka.
"Saya mendapat maklumat daripada Facebook mengenai golongan yang memerlukan bantuan... mereka mesej saya di Facebook untuk minta bantuan. Lazimnya, selepas tahu alamat mereka, saya dengan dibantu rakan akan menghantar bekalan itu.

"Ada juga maklumat asnaf yang saya dapat hasil tinjauan sendiri dan rakan seperjuangan yang lain," katanya sambil menambah sumbangan itu diterima daripada orang awam termasuk ada yang menjadi penyumbang tetap.

Beliau juga berharap apa yang dia dan rakan-rakannya lakukan ini dapat menggembirakan hati pelajar dan keluarga mereka serta golongan asnaf.
"Kami membantu setakat yang termampu dan berharapsumbangan ini dapat meringankan beban mereka," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 11:37 AM

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Ahli politik sekalian, mana semua ni
takkan tak tolong rakyat sebab takut covid

dulu nak raih undi sanggup je gi redah covid
 
Sponsored Post
Top
Log in Register