Pilihanraya Sabah 26 Sep 2020, Gabungan Rakyat Sabah Menang

CG Sponsors




lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,149
Reaction score
955
Points
121
setakat sembang kosong tak payah la..

sembang dengan orang politik mcm hang ni sampai bila pun tak akan habis..

isu tak akan selasai..

tolak sana sini... salahkan sana sini..
Aku duk tngk ang yg suka salahkan org sana sini hahaha aku bukan org politik lor
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,149
Reaction score
955
Points
121
Siapa yang spin jauh ni..semua benda pun nak spin..salah ka utamakan rakyat daripada politik tak habis ni??tu maksud aku..bagi satu alasan kenapa rakyat yang ko kata bodoh ni harus di persalahkan?
Ang nie xfhm ka buat2 xfhm....
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya melawat pusat agihan bakul makanan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu hari ini.
Bakul makanan ini akan diagihkan kepada penduduk di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu yang terjejas kerana pelaksanaan #PKPB

1603174556879.png

1603174566075.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906

Hospital Medan Tawau Mula Operasi Hari Ini

Hospital Medan Tawau kini telah mula beroperasi dan menerima 4 pesakit untuk rawatan, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.
Terletak di dalam Dewan Kompleks Sukan Tawau, hospital ini disediakan untuk rawatan pesakit bukan Covid-19 bagi memberi laluan kepada Hospital Tawau untuk memberi tumpuan rawatan pesakit COVID-19 yang memerlukan penjagaan rapi.
Sumber foto: https://www.facebook.com/DGHisham/
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti politik dan NGO yang juga sedang giat menyampaikan bantuan kepada rakyat Sabah.

Sabah cadang selaras bantuan makanan daripada ahli politik, NGO

20 Oktober 2020


1603174876450.png

Shahelmey (kiri) melawat kerja pengagihan bakul makanan yang berpusat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu hari ini.


KOTA KINABALU - Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti politik dan pihak badan bukan kerajaan (NGO) yang juga sedang giat menyampaikan bantuan kepada rakyat Sabah.

Menterinya, Ir Shahelmey Yahya berkata, menerusi kerjasama itu mungkin segala bantuan boleh diselaraskan dalam usaha semua pihak membantu rakyat Sabah yang memerlukan bantuan akibat terkesan oleh pandemik koronavirus (Covid-19).
"Bagi kita bekalan cukup, apa yang dilakukan NGO, malah parti poltiik yang lain itu adalah atas dasar keprihatinan mereka kepada rakyat Sabah.

"Kita alu-alukan, apa yang kita inginkan apabila ada NGO atau parti politik yang memberikan bantuan kepada kerajaan seboleh-bolehnya kita bekerjasama dan kita selaraskan," katanya selepas melawat pusat agihan bakul makanan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Dewan Masyarakat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung banyak pihak termasuk NGO dan ahli politik sedang melakukan gerak kerja menyampaikan bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing.
Menurutnya, semua pihak kini bertungkus lumus menangani Covid-19 jadi perlu diketepikan dahulu politik dan terus membantu rakyat yang memerlukan.

Kerja pengumpulan dan pengagihan bakul makanan untuk golongan sasar sekitar Kota Kinabalu dilakukan petugas barisan hadapan di Dewan Masyarakat, Kota Kinabalu hari ini.
"Dalam keadaan sekarang kita menghadapi pandemik Covid-19 ini, kita kurangkan berpolitik, kita bukannya mahu berlumba-lumba jadi hero di media sosial, menjadi juara bagi bantuan.
"Apa yang kita mahu adalah kita membantu rakyat dan sampaikan kepada kumpulan sasar," katanya.

Terdahulu, Shahelmey berkata, setakat semalam sebanyak 57,000 bakul bantuan makanan sudah diagihkan kepada golongan sasar yang terbahagi kepada dua iaitu isi rumah yang dikenakan kuarantin di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan isi rumah yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB).

"Peruntukan untuk bakul makanan yang diumumkan Ketua Menteri Sabah, adalah sebanyak RM50 juta dan untuk setiap daerah akan diperuntukkan sebanyak RM2 juta.
"Sekarang sudah ada 16 zon merah dan setiap daerah itu akan dapat RM2 juta, manakala di zon kuning juga ada peruntukan sebab dalam zon kuning pun ada juga yang dikuarantin," katanya.

Dalam lawatan itu, turut hadir adalah pembantunya, Datuk Julita Mojungki; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.
 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,011
Reaction score
265
Points
51

Hospital Medan Tawau Mula Operasi Hari Ini

Hospital Medan Tawau kini telah mula beroperasi dan menerima 4 pesakit untuk rawatan, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.
Terletak di dalam Dewan Kompleks Sukan Tawau, hospital ini disediakan untuk rawatan pesakit bukan Covid-19 bagi memberi laluan kepada Hospital Tawau untuk memberi tumpuan rawatan pesakit COVID-19 yang memerlukan penjagaan rapi.
Sumber foto: https://www.facebook.com/DGHisham/
Kemampuan hospital di Sabah sekarang ni kritikal...

Kesian sangat dengan kakitangan KKM..

Terlalu banyak orang2 politik masih berjumpa sana sini..

Sibuk nak melobi jawatan dan projek...

Terbaru satu datuk yg selalu masuk office sebelah aku dah kena covid semalam..

Sekarang dia dah kena tahan di Queen..

Membazir space katil hospital je..

Tak paham aku dengan orang politik macam ni yang takde rasa covid ni satu issue yang paling utama..

Lagi satu isu paling lembap oleh kerajaan adalah result test covid..

Sabah kena tunggu 4-5 hari untuk dapat result test covid..

Setiap sample mesti bawa ke semenanjung untuk check..

Dengan kes yang semakin parah di Sabah, kerajaan sepatutnya dah boleh setup satu Lab untuk buat testing di Sabah..

So tak perlu nak hantar sample ke semenanjung..

Bukan nak cakap kerajaan tiada inisiatif.. tapi progress tu agak slow..

Kalau covid di Sabah ni masih takde menunjukkan penurunan dalam 2-3 minggu ni..

Ini menunjukkan Kerajaan baru PN GBS ni memang failed..

Sebaliknya kalau ok, aku boleh bagi pujian..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Kempen Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Sabah, Semporna Heroes berjaya mengumpul sejumlah RM52,365 selepas hampir seminggu dilancarkan. - Dr Maszlee

Covid-19: NGO kumpul lebih RM50,000 bantu rakyat Sabah

20 Oktober 2020
858496.jpg

Dr Maszlee Malik




SHAH ALAM - Kempen Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Sabah, Semporna Heroes berjaya mengumpul sejumlah RM52,365 selepas seminggu dilancarkan.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, jumlah kutipan itu melepasi sasaran RM50,000 dan kempen diurus Pertubuhan Rejuvenasi dan Semporna Heroes itu ditamatkan pada jam 5 petang, hari ini.

Menurutnya, tabung sumbangan yang dilancarkan sejak hampir seminggu lalu untuk membantu warga penduduk di Negeri Di Bawah Bayu yang kini bergelut dengan peningkatan wabak koronavirus (Covid-19).
"Seperti semua maklum, semalam kes Covid-19 di Sabah mencatatkan 643 kes lagi.

"Ini bermakna sudah lebih dari sebulan negeri Sabah bergelut dengan pandemik yang sehingga hari ini telah membunuh 64 orang di Sabah.


858497.jpg

Poster jumlah kutipan terakhir sebelum ditamatkan jam 5 petang ini.

"Krisis di sana hari ini bukan lagi sekadar krisis kesihatan, bahkan telah melarat menjadi krisis kemanusiaan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu turut berterima kasih kepada 24, 776 rakyat Malaysia yang menjadi penyumbang dan menggesa mereka sama-sama berdoa agar pandemik Covid-19 di Sabah kembali reda.
"Sama-sama kita doakan agar pandemik Covid-19 di Sabah semakin reda dan kehidupan warga di sana, anak kecil, orang tua dan warga yang miskin semakin pulih segera," katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Kelewatan keputusan ujian itu turut menjadi antara punca peningkatan statistik di Sabah. #AWANInews #HapusCOVID19

Sampel tertunggak sumbang peningkatan statistik kes COVID-19 - Masidi


Oktober 20, 2020 21:05 MYT
Sampel tertunggak sumbang peningkatan statistik kes COVID-19 - Masidi

Proses yang tertunggak tersebut dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. -Gambar fail

KOTA KINABALU: Sebanyak 10,400 sampel ujian COVID-19 membabitkan penduduk di kawasan berisiko tinggi dan zon merah belum diproses, kata Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau berkata, proses yang tertunggak tersebut dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.


Katanya, kelewatan keputusan ujian itu turut menjadi antara punca peningkatan statistik di Sabah.
"Mengikut statistik Jabatan Kesihatan negeri, masih ada sekitar 10,400 sampel-sampel lama yang belum diperoses.

"Ini bermakna sedikit sebanyak (kita akan melihat) peningkatan angka dalam beberapa hari ini... kerana ia menyumbang kepada jumlah yang kita catat apabila sampel-sampel ini diproses.
"Kita mengharapkan Jabatan Kesihatan dapat menyelesaikan ujian sampel yang tertunggak ini dalam masa tiga atau empat hari lagi.

"Kalau itu berlaku... bermakna kita akan melihat statistik yang lebih rendah selepas itu," katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kota Kinabalu pada Isnin.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sabah hari ini adalah sebanyak 8,755 kes dengan seramai 3,223 pesakit telah sembuh manakala 5,466 pesakit sedang menerima rawatan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Najib Razak



4m ·

Empat daerah Sanah ini masih merekodkan jumlah kes yang tinggi hari ni biarpun ianya telah diletakkan dalam PKPD yang amat ketat sejak 29 Sep 2020.

Sebanyak 228 kes daripada 535 kes di Sabah dan 732 kes seluruh negara adalah dari 4 daerah ini.

Saya difahamkan bahawa ramai penduduk tanpa dokumen yang sudah lama duduk di sana akan larikan diri atau sorok apabila KKM datang membuat saringan. Mereka juga tak berani datang ke pusat kesihatan untuk minta saringan walaupun bergejala sebab bimbang mereka ditangkap dan dihantar balik.

Ini adalah satu dilema kerana jika golongan ini tidak disaring, tidak dirawat atau dikawal, rantaian penularan Covid tidak dapat diputuskan.

Sebab itu, kerajaan dan pemimpin tempatan perlu beri jaminan kepada golongan ini bahawa mereka tidak akan ditangkap pada ketika ini jika mereka tampil untuk ujian saringan.

Dan kerajaan akan rawat mereka atas dasar kemanusiaan jika perlu dan dibebaskan setelah sembuh.

Pujuk mereka dan suruh mereka jangan takut.

Pendekatan ini pernah diambil oleh kerajaan semasa kita mula melaksanakan PKP pada awal tahun ini.

Najib Razak



23j ·

Daerah Kunak, Lahad Datu, Semporna dan Tawau melibatkan sekitar 950,000 penduduk adalah antara daerah terawal dilaksanakan PKPD (yang jauh lebih ketat berbanding PKPB di Selangor/KL dan daerah lain di Sabah) bermula 29 Sept.

PKPD ini dilanjutkan lagi untuk berakhir pada 26 Okt.

Hari ini sudah 20 Okt dan trend kes baru di 4 daerah ini tetap tinggi. Malah seperti semakin meningkat dan secara konsisten merupakan bahagian terbesar bagi semua kes baru direkodkan setiap hari bagi Malaysia.
20 Okt: 245 kes (hari ini)
19 Okt: 207 kes
18 Okt: 320 kes
17 Okt: 198 kes
16 Okt: 193 kes
15 Okt: 106 kes

Perlu ingat bahawa Covid menular semula di sini pada 28 Julai apabila dua orang PATI ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap Lahad Datu dan seterusnya ke penjara Tawau.

Lalu, ianya merebak ke masyarakat tempatan melalui pegawai penjara dan ahli-ahli keluarga.

Sejak 3 bulan yang lalu itu, jumlah kes Covid semakin meningkat sehingga hari ini.

Selain merupakan hotspot PATI dari negara jiran, empat daerah ini juga pernah terpengaruh oleh propaganda politik bahawa Covid di Sabah cuma wayang dan permainan kerajaan pusat.

Lagi merumitkan keadaan ialah ahli-ahli parlimen serta ADUN-ADUN yang menang besar di sini seolah-olah sudah membisu selepas parti mereka kalah PRN Sabah.

Selagi rantaian Covid di sini tidak diputuskan, selagi PKPD tidak ditamatkan dan semakin susah kehidupan 950,000 penduduk di sini.

Ini dah hampir 3 bulan sejak Covid mula mengganas semula di sana.

Sebab itu, saya harap wakil-wakil Rakyat empat daerah ini lebih bersuara untuk memastikan semua penduduk di sini patuh SOP dan tidak lagi membenarkan PATI masuk dari negara-negara jiran yang kini telah mencecah 360,000 kes Covid.

Harap wakil-wakil Rakyat akan bekerjasama dengan kerajaan baru Sabah untuk memberitahu pemimpin tempatan serta penduduk di sana bahawa Covid bukan wayang dan mereka perlu faham keadaan sudah bertambah serious.

Kerajaan PN/BN Sabah juga perlu membantu wakil-wakil Rakyat tempatan untuk memastikan bantuan kewangan dan bekalan makanan kepada penduduk adalah mencukupi sebab ramai dari penduduk di sini adalah dari golongan B40.

Penduduk empat daerah ini sudah berada dalam PKPD yang amat ketat hampir sebulan. Besar kemungkinan akan dilanjutkan lagi pada 26 Okt memandangkan kes baru tetap tinggi.

Mereka tentu amat susah sekarang.

Jika tidak dibantu, mereka akan terpaksa melanggar PKPD untuk bekerja tak lama lagi walaupun keadaan Covid sana belum reda.


1603282938517.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Masidi berkata, jumlah banduan ditempatkan di pusat Penjara Kepayan adalah sekitar 2,700 orang.

Kluster Penjara Kepayan: Kes Covid-19 dijangka melonjak tinggi
21 Oktober 2020


1603285897772.png

Penjara Kepayan

KOTA KINABALU - Jumlah kes positif koronavirus (Covid-19) yang baharu di Sabah dijangka meningkat secara mendadak susulan saringan daripada kluster Penjara Kepayan di Kota Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun hari ini Kota Kinabalu mencatatkan 90 kes iaitu dari kluster Penjara Kepayan namun ada kemungkinan besar kes positif ini meningkat.

"Saya ingin beri ingatan bahawa ia terbit daripada kluster baharu di Penjara Kepayan, ada kemungkinan besar bahawa kes positif di Kota Kinabalu meningkat secara mendadak pada hari akan datang bergantung pada ujian Covid-19 ke atas banduan yang berada di pusat penjara tersebut.

"Mengikut laporan awal mengenai ujian yang dilaksanakan di kalangan banduan dan kakitangan, hampir 60 peratus daripada ujian dibuat adalah positif," katanya dalam sidang media hariannya di Wisma Innoprise, hari ini.

Beliau turut berkata, jumlah banduan ditempatkan di pusat Penjara Kepayan adalah sekitar 2,700 orang.
"Ini bermakna, selepas semua banduan ini disaring sekiranya peratusan yang positif itu tinggi maka ia dengan sendirinya akan mengakibatkan kes positif di Kota Kinabalu melonjak kepada satu angka yang amat tinggi.

"Jadi saya buat kenyataan awal ini supaya kita faham kalau beberapa hari ini kes di Kota Kinabalu meningkat ia datang dari kluster Penjara Kepayan yang melibatkan banduan dan juga pegawai serta kakitangan penjara di Kepayan," katanya.


1603285941346.png

Sidang media harian Masidi di Wisma Innoprise, hari ini.


Bagaimanapun, Masidi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan memberi fokus sepenuhnya kepada kluster penjara di Kepayan.

"Ujian-ujian sedang giat dilaksanakan bukan saja di kalangan banduan tetapi juga keluarga kakitangan dan pegawai yang bertugas di pusat berkenaan.

"Seperti yang kita umumkan beberapa hari lalu bahawa tempat tersebut telah diletakkan di bawah PKPD," katanya.

Sementara itu, Masidi turut memaklumkan jumlah yang dicatat di Lahad Datu tinggi hari ini iaitu sebanyak 115 kes baharu adalah termasuk daripada keputusan saringan yang tertunggak.

"Ini telah mengakibatkan jumlah kes di Lahad Datu tinggi berbanding sebelum ini.

"Bagaimanapun, dalam taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan taklimat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia tengah hari tadi, saya telah diberi perakuan bahawa semua langkah sedang diambil untuk memastikan pengawalan dibuat agar kita dapat melandaikan kes-kes yang tinggi di Sabah," katanya.

Terdahulu, beliau turut melaporkan terdapat tiga kluster baharu dikenal pasti di Sabah hari ini iaitu dua di Kudat dan satu di Penampang.
"Kluster baharu adalah kluster Basung yang melibatkan peniaga-peniaga ikan di Kudat dan setakat ini 26 kes positif telah dilaporkan.

"Kluster kedua, dipanggil kluster Inai, ini berpunca dari majlis berinai, majlis orang kahwin yang telah mengakibatkan 13 orang disahkan positif Covid-19. Kluster ketiga di Penampang melibatkan sebuah restoran dipanggil kluster Tempayan dan setakat ini seramai 19 pekerja dan pelanggan telah dikenal pasti positif dan usaha sedang dibuat untuk mengesan kontak yang berkemungkinan terdedah pada mereka yang disahkan sebagai positif," katanya.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register