BTC USD 41,616.3 Gold USD 1,735.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihanraya Negeri Sarawak & Pembatalan Ordinan Darurat

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,832
Reaction score
4,169
Points
236
27.07.2021 - Kuala Lumpur, Pilihan raya negeri Sarawak kembali diperkatakan setelah kerajaan mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat menjelang berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos ini.Pembatalan Ordinan Darurat itu sendiri mencetuskan kontroversi kerana tidak dibuat melalui Parlimen - satu langkah yang didakwa pembangkang bertujuan mengelakkan undi di parlimen - berikutan ketidakpastian terhadap majoriti yang dimiliki kerajaan Perikatan Nasional.

Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, dengan pembatalan tersebut, pilihan raya negeri Sarawak mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembatalan tersebut. Kerajaan tidak memaklumkan mengenai pembatalan Ordinan Darurat sehinggalah semalam, dengan mendakwa ia dilakukan pada 21 Julai lalu. Bagaimanapun, pembatalan itu masih belum diwartakan dalam Warta Persekutuan.

Tempoh lima tahun Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada 7 Jun lalu dan selepas itu pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Namun, pilihan raya negeri ditangguhkan berikutan pengisytiharan darurat. Dengan pembatalan Ordinan Darurat, pilihan raya Sarawak perlu diadakan selewatnya pada 19 September. Chong mempersoalkan apakah kerajaan Sarawak dimaklumkan mengenai perkembangan itu, memandangkan negeri itu belum bersedia mengadakan pilihan raya negeri di tengah-tengak pandemik Covid-19.

Dia berkata sekitar 60 peratus penduduk Sarawak belum menerima vaksin penuh dan vaksin yang ada kurang berkesan terhadap varian Delta. Chong mencadangkan agar darurat diisytiharkan di Sarawak untuk menangguhkan pilihan raya negeri. Kaedah yang sama digunakan untuk menangguhkan beberapa pilihan raya kecil yang lalu akibat pandemik Covid-19. "Kerajaan persekutuan dan negeri mesti memastikan bahawa selamat bagi semua pemilih untuk mengundi sebelum memanggil pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.

"Jika tidak, kerajaan negeri pimpinan GPS bersalah kerana membahayakan nyawa dan kesihatan rakyat Sarawak hanya untuk kepentingan politik GPS," tambah Chong.​

1627350223112.png
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,403
Reaction score
14,828
Points
1,906
Sarawak tunggu keputusan Yang di-Pertuan Agong sama ada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh terdekat selepas darurat tamat - Ketua Menteri

180296333_10159713519285555_4330502061151958380_n.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,832
Reaction score
4,169
Points
236
Adun Krian Dakwa Pilihanraya Sarawak Boleh Di Tangguh Hingga Mac

28.07.2021 - Kuala Lumpur, Ahli dewan undangan negeri (Adun) Krian, Ali Biju tidak setuju dengan dakwaan beberapa ahli parlimen bahawa dewan perundangan Sarawak akan dibubarkan secara automatik pada 2 Ogos, sehingga memerlukan pilihan raya dalam 60 hari berikutnya. Dalam satu kenyataan hari ini, Ali berkata ketika darurat berkuat kuasa pada 11 Januari, DUN Sarawak digantung, justeru tarikh tamat DUN pada 6 Jun tidak diambil kira.

"(Pada 11 Jan) jam di Parlimen dan dewan perundangan Sarawak dihentikan. 'Menghentikan jam' adalah konvensyen yang diamalkan oleh parlimen yang mengikut sistem kerajaan Westminster. Jam akan mulai berdetik lagi pada 2 Ogos. Maka DUN Sarawak harus mengambil kira lima bulan selepas 2 Ogos sebelum ditamatkan, iaitu pada 20 Januari," katanya.

Pada 6 Jun, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak mengatakan notis mengenai berakhirnya DUN Sarawak telah diterima. Bagaimanapun, Ikmalrudin mengatakan di bawah Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021, kuasa untuk memanggil, menggangantung, dan membubarkan DUN Sarawak tidak mempunyai kesan. Ali berpendapat bahawa memandangkan SPR, sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan, menetapkan 60 hari untuk mengadakan pilihan raya setelah pembubaran DUN, pilihan raya dapat ditunda sehingga Mac 2022.

"Dalam bahasa mudahnya, kita tidak dapat mengira tempoh penguatkuasaan darurat, dan harus mula mengira hanya setelah darurat berakhir - 2 Ogos - ditambah lima bulan, ditambah 60 hari," katanya.

Ali, yang juga timbalan menteri tenaga dan sumber semula jadi dan Ahli Parlimen Saratok, berkata mengambil kira keadaan di Sarawak, pilihan raya negeri hanya harus diadakan apabila penduduk mencapai imuniti kelompok terhadap Covid-19. Semalam, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berpendapat bahawa SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya selepas 1 Ogos.​

1627474750360.png
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,261
Reaction score
2,443
Points
201
Buat ms lanie jgn duk buat prn la....harap agong guna kuasa dia
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,942
Reaction score
2,149
Points
201
soal agama leh plak ejas... takkan udang2 manusia x leh ejas kot?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,403
Reaction score
14,828
Points
1,906
Kerajaan Sarawak sebelum ini telah menyembah takzim kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menentukan bila tarikh pilihan raya negeri Sarawak yang ke-12.
#AWANInews #AWANIpagi #PolitikMalaysia #DewanRakyat #SisiTVParlimen

COVID-19: Darurat di Sarawak hingga 2 Februari 2022​


Julai 31, 2021 07:34 MYT

COVID-19: Darurat di Sarawak hingga 2 Februari 2022

Proklamasi ini akan terlebih dahulu dibentangkan di Parlimen berdasarkan peruntukan Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

KUCHING: Proklamasi Darurat yang berakhir pada Ahad, 1 Ogos 2021 akan diteruskan di Sarawak hingga 2 Februari depan.
Satu proklamasi baharu telah dipersetujui Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada Khamis lalu dan diterbitkan dalam warta kerajaan pada Jumaat, 30 Julai.

Namun proklamasi ini akan terlebih dahulu dibentangkan di Parlimen berdasarkan peruntukan Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.


Menurut warta tersebut, Seri Paduka Baginda yang merupakan ketua utama negara bagi negeri-negeri dan wilayah-wilayah Malaysia menzahirkan rasa puas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan adalah diancam berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu COVID-19.

“Bahawasanya menurut Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak, Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sarawak telah sepatutnya terbubar pada 7 Jun 2021, tetapi Fasal (3) Perkara 21 tidak mempunyai kesan menurut perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 [P.U. (A) 12/2021] yang menggantung pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 akan terhenti berkuat kuasa pada 2 Ogos 2021 mengikut Proklamasi Darurat [P.U. (A) 7/2021] yang dikeluarkan pada 11 Januari 2021 yang pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri dikehendaki untuk diadakan dalam 60 hari dari 2 Ogos 2021 mengikut Fasal (4) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak.

Titah Seri Paduka Baginda, Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam keadaan yang tersebut baginda boleh mengeluarkan suatu proklamasi darurat untuk menggantung pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri untuk menghalang daripada terus merebaknya wabak COVID-19 jika pilihan raya umum diadakan.

“Maka, oleh yang demikian, beta, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dengan kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri dan wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada beta sebagaimana yang tersebut di atas mengisytiharkan bahawa suatu darurat besar sedang berlaku dan bahawa Proklamasi ini hendaklah meliputi seluruh Negeri Sarawak mulai 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022.

Proklamasi ini dikeluarkan di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Kuantan.

Untuk rekod, Kerajaan Sarawak sebelum ini telah menyembah takzim kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan menyerahkan kepada baginda untuk berunding dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud bagi menentukan bila tarikh pilihan raya negeri Sarawak yang ke-12, selepas tarikhnya matang pada 6 Jun lalu.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register