Pilihan raya sebagai ruang pendidikan

CG Sponsors




dhiaperfumes

Banned
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
Berbeza dengan pandangan lazim umum terhadap sistem demokrasi sebagai sebuah sistem dan falsafah politik, pemikir Muslim dari Algeria, Malik Bennabi melihat demokrasi menjangkaui persempadanan politik.

Selaras dengan gagasan pembinaan tamadun dan kepentingan umat Islam menguasai alam idea berbanding alam material, Bennabi juga melihat bahawa demokrasi merupakan satu ruang pendidikan bagi sesebuah bangsa dan masyarakat.

Penghargaan terhadap manusia diciptakan ALLAH dengan kemampuan membuat pilihan inilah yang sepatutnya menjadi inti pati kepada sistem demokrasi. Adalah satu tanggapan dangkal bahawa demokrasi itu hanyalah terjasad kepada pilihan raya yang diadakan empat atau lima tahun sekali, serta pertabalan pemimpin yang berjaya dapat undi majoriti.

Proses pilihan raya dan suara majoriti hanyalah juzuk tema kepada sistem demokrasi. Apa lebih penting ialah bagaimanakah setiap warga dihargai dan dihormati dengan meletakkan kemampuan akalnya pada tahap yang sepatutnya untuk membuat pilihan. Tambah lagi, bagaimana pulakah mekanisme pemilihan yang sepatutnya mencerminkan pilihan rakyat itu juga.

Dua persoalan ini merupakan sebahagian kecil daripada kerangka bagaimana sistem demokrasi boleh menjadi ruang pendidikan umum selari dengan ‘karamah insaniah’ dan penghargaan pada akal manusia.

Demi membuat pilihan tepat, rakyat perlu mendapat maklumat saksama daripada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Tanpa maklumat saksama, pilihan mereka bukanlah yang adil, sama seperti seorang hakim membuat hukuman tanpa dengar hujah daripada kedua-dua pihak yang menuduh dan dituduh.

Demokrasi juga bererti perjalanan pilihan raya perlu bersih, pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pilihan raya perlu bebas daripada kecenderungan dan berat sebelah, serta sistem yang dijalankan tidak diragui oleh warga terbanyak.

Atas dasar ini jugalah peranan masyarakat sivil untuk memantau, mengkritik dan memandu arah pihak yang terlibat sebagai pengendali pilihan raya perlu diperhebat. Pihak yang menjadi pemantau ini tidak sepatutnya dilihat sebagai ‘musuh negara’ atau ‘pengacau’, malah sepatutnya disikapi sebagai wakil kepada warga untuk memastikan pilihan mereka tidak dikhianati dan juga karamah insaniah mereka tidak dicabuli oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan dua prinsip di atas, maka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, pihak bertanggungjawab perlulah merubah sikap mereka ke arah lebih bertanggungjawab, demokratik dan adil.

Media yang dibiayai oleh dana awam perlulah bersikap adil dan terbuka kepada semua pihak, sama ada dari pihak BN, PR mahupun parti-parti kecil yang bertanding (seperti PSM, Berjasa, KITA dan lain-lain lagi). Adalah tidak adil dan tidak demokratik apabila hanya satu pihak dibiarkan membolot semua ruang media.

Jika pembentangan manifesto BN dibenarkan dan mendapat liputan agresif, begitu juga sepatutnya ruang yang sama diberikan kepada pihak PR dan parti-parti lain yang bertanding. Di samping itu, suara-suara masyarakat sivil yang berperanan untuk mendidik warga dalam membuat pilihan juga perlu diperbanyakkan.

Sikap seumpama inilah yang dinamakan sebagai kematangan berpolitik. Sikap profesional seperti ini dinamakan sebagai politik hujah dan politik ‘gentleman’. Seperti negara-negara maju dan membangun yang demokratik, debat di antara pihak-pihak bertanding juga sering menjadi tema utama mereka. Berdebat bukanlah untuk memenangi perbahasan semata-mata, tetapi merupakan pengangkatan martabat akal warga untuk menilai

Pihak yang bertanding perlu ada kredibiliti untuk berhujah dengan idea mereka demi meyakinkan warga terbanyak. Mereka juga perlu telus agar dapat dinilai oleh rakyat sekalian. Jika Kenya, Mesir dan Indonesia boleh anjur debat presiden, debat gabenor dan juga debat di antara calon presiden dan perdana menteri, mengapa tidak Malaysia?

Hanya ada satu jawapan untuk dari dua kemungkinan bagi persoalan tersebut: Sama ada calon perdana menteri itu tidak layak untuk menjadi pemimpin yang karismatik, atau rakyat Malaysia kesemuanya pandir lantas tidak mampu untuk berfikir dan tidak layak untuk membuat pilihan berdasarkan hujah.
 
Top
Log in Register