BTC USD 56,999.9 Gold USD 1,834.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihan raya kampus, Menteri cuba lepas tangan?

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) melahirkan kekesalan atas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohd Khaled Nordin yang tidak mahu mencampuri urusan pilihan raya kampus (PRK).

Pengerusinya, Hafizuddin Abireirah berkata Khaled seolah-olah hendak melepaskan diri daripada tanggungjawab mereka bagi memastikan perjalanan PRK mengikut lunas-lunas demokrasi dan adil.

“Kami telah beberapa kali merujuk kepada KPT saban tahun, namun jika ini respon yang kami terima alangkah ‘mudahnya’ isu ini ditangani oleh pihak KPT yang menaungi kampus-kampus ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, ia memperlihatkan bahawa KPT tidak serius dalam meneliti aduan dan permintaan mahasiswa yang ingin mengembalikan demokrasi yang kian pupus di dalam kampus.

“Institusi Pengajian Tinggi yang dibina dengan objektif melahirkan mahasiswa dan pensyarah yang mempunyai daya intelektual berdaya saing tidak akan berjaya dengan budaya yang tidak sihat sekarang ini.

“Apatah lagi dengan harapan untuk menggalas amanah pelapis kepimpinan negara kelak,” katanya lagi.

Hafizudin turut menegaskan bahawa kenyataan untuk mengecualikan diri daripada pelaksanaan PRK di IPT dan melepaskannya kepada universiti semata-mata adalah bersifat ‘escapisme’ yakni melepaskan diri.

Bahkan beliau turut hairan dengan tindakan Khaled yang tidak membacakan bab Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang tidak akan dimansuhkan dalam ucapan penggulungan Perbahasan Bajet 2009 dalam sidang dewan rakyat pada 3 November lalu.

“Kami bukan sahaja tidak setuju degan kenyataan tersebut bahkan hairan dengan sikap yang ditunjukkan olehnya,” ujarnya.

Malah katanya, Auku yang diuar-uar akan dipinda itu setakat ini masih belum memperlihatkan kesannya kepada mahasiswa dan universiti itu sendiri.

Khaled dalam ucapan penggulungan beliau di parlimen pada 3 November lalu membentangkan ucapan mengenai KPT yang menyentuh beberapa isu termasuk kedudukan ranking universiti, pilihan raya kampus, universiti Apex dan isu pembinaan universiti baru.

Namun ketika tiba di bab Auku, beliau terus menamatkan ucapannya dengan tanpa membaca bab tersebut memandangkan sebelumnya beliau menerima pelbagai reaksi dan soalan yang bertubi-tubi daripada ahli-ahli parlimen khususnya pembangkang.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register