Pilihan Raya Kampus: Kecoh Apabila Mahasiswa Demo Depan Pejabat TNC - UM, UKM

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Pilihan Raya Kampus: Kecoh Apabila Pro-Mahasiswa Yang Tewas Demo Depan Pejabat TNC Hingga Awal Pagi

Oleh ROZAID A. RAHMAN

KUALA LUMPUR: Kegagalan Pro-Mahasiswa menguasai dua buah universiti utama negara dalam pilihan raya kampus yang berlangsung semalam (Khamis) telah mendorongkumpulan tersebut mengepung pejabat timbalan naib canselor (TNC) sehingga memaksa campurtangan polis.

Insiden tersebut berlaku di Universiti Malaya (UM) yang menyaksikan kumpulan Pro-Mahasiswa tewas kepada Pro-Aspirasi dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut menyaksikanPro-Mahasiswa tumbang.

Di UKM, situasi agak tegang apabila lebih 300 mahasiswa yang menyokong kumpulan Pro-Mahasiswa mengepung dan tidak membenarkan timbalan naib canselor (hal ehwal pelajar) keluar dari pejabatnyamencetus kekecohan sehingga jam 3 pagi.

Situasi ini telah memaksa pihak universiti memanggil polis yang kemudiannya tiba bersama pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Dalam pilihan raya di UKM, kumpulan Pro-Aspirasi memenangi 21 kerusi manakala Pro-Mahasiswa 14.

Kekalahan tersebut telah mendorong para penyokong Pro-Mahasiswa berkumpul di hadapan pejabat TNC bermula lewat petang. Mereka enggan berganjak sehingga ke jam 3 pagi.

Hanya dengan campur tangan polis dan juga pihak FRU barulah situasi di UKM dapat dikawal dan kepungan para mahasiswa berjaya disuraikan.

Sementara itu di UM keadaan yang sama berlarutan sehingga lewat tengah malam apabila lebih kurang seratus mahasiswa yang tidak berpuashati dengan kekalahan calon-calon Pro-Mahasiswa di tangan ramai calon Pro-Aspirasi.

Di UM, calon-calon Pro-Aspirasi menguasai 22 kerusi manakala Pro-Mahasiswa 15 manakala empat calon lagi yang menang dikenali sebagai calon bebas yang tidak bernaung di bawah mana-mana kumpulan.

Kedua-dua pihak pengurusan tertinggi universiti berkenaan hari ini masing-masing mengadakan mesyuarat bagi membincangkan insiden malam tadi.

Sementara itu, lebih 200 mahasiswa daripada kumpulan Pro-Mahasiswa UM, meneruskan demonstrasi mereka sejak awal pagi tadi sehingga sekarang.

Kumpulan ini dilaporkan berarak dari Dewan Tunku Canselor ke bangunan Canselori yang menempatkan pejabat Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor.

Jurucakap kumpulan ini berkata, mereka tidak akan berganjak sehingga dapat menemui Naib Canselor UM, Prof Dr. Ghauth Jasmon.

Buat masa ini, pihak pengawal keselamatan universiti masih mengawal keadaan tanpa campur tangan pihak polis.

Laporan lanjut akan menyusul kemudian...
 
Sponsored Post

yb aby

Banned
Joined
Jun 22, 2008
Messages
211
Reaction score
3
Points
15
sesiapa yg terlibat demo tu buang universiti,kalau dah kalah tumpu saja pd pengajian
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
ni baru yer kuasa student .. ni x ade tempat yg aku study ni MPP jilat Management IPTs jer tahu.. hal kebajikan student wat dono jer..
 

kapak

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
19,557
Reaction score
251
Points
131
tadi baru jer rusuhan kt depan masjid ukm. siap ada fru lagi.. 2 org kene tangkap
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
ex student u lain nk join jalan2 boleh? :)
 

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Tu la aku pun rasa nak join... hehe aku ex UM.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register