BTC USD 27,702.2 Gold USD 1,975.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihan gincu gelap untuk musim sejuk

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
MAC.jpg

Jenama solekan M.A.C kembali dengan koleksi yang cukup menarik! Kolaborasi terbaru jenama ini dengan Sophia Amoruso iaitu pengasas dan ketua pegawai eksekutif penjual dalam talian, Nasty Gal dan juga penulis buku "#GirlBoss" menampilkan gincu berwarna gelap dan sesuai untuk musim sejuk.

Memetik laporan Allure, koleksi ini akan menampilkan tiga warna iaitu ungu gelap, merah gelap (burgundy serta merah terang, termasuk pewarna kuku.

"M.A.C dan Nasty Gal adalah dua jenama untuk orang muda dan sesuai antara satu sama lain. Ianya adalah satu kolaborasi yang menarik dan mudah!" ujar Amorusi.

Harga pasaran untuk gincu adalah AS$16 (RM52), manakala pewarna kuku pula adalah AS$12 (RM40). Koleksi ini bakal berada di pasaran Amerika Syarikat pada 4 Disember. Tiada maklumat mengenai pelancaran koleksi ini di Malaysia buat masa ini.

http://www.cari.gold/2014/10/pilihan-gincu-gelap-untuk-musim-sejuk.html
 
Top
Log in Register