BTC USD 65,182.8 Gold USD 1,782.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pil perancang tidak menyebabkan barah

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
soalan:-
SAYA berusia 35 tahun. Selepas melahirkan anak keempat, saya mengambil pil perancang sehingga anak berumur lapan tahun.

Ini kerana saya jenis wanita yang subur namun saya berhenti selepas dinasihatkan doktor supaya jangan mengambil pil terlalu lama dikhuatiri akan mendapat kanser rahim.

Setelah berhenti, pada bulan pertama, haid datang seperti biasa, tetapi kuantiti tidak seperti biasa.

Pada bulan kedua, hanya turun cecair berwarna coklat, itupun sedikit sahaja dalam masa dua hari.

Sehingga kini, sudah sembilan bulan saya tidak didatangi haid. Dalam tempoh itu, saya mengalami sakit kepala sama seperti ketika, sebelum dan selepas didatangi haid. Ketika bersama suami, saya tidak menghadapi sebarang masalah.


Doktor menasihati saya agar mengambil pil hormon kerana dikhuatiri menopaus pada usia yang terlalu awal. Apa tindakan saya seterusnya? Harap mendapat nasihat daripada doktor.


jawapan dari pakar
:-
JIKA benar pil perancang menyebabkan kanser rahim, ini adalah penemuan baru.

Ini kerana banyak kajian sebelum ini mendapati pil perancang berhormon kombinasi sebaliknya melindungi wanita daripada kanser rahim (endometrium) dan kanser ovari.

Wanita yang pernah mengambil pil perancang didapati mempunyai penurunan risiko kanser rahim dan kanser ovari sebanyak sehingga 50 peratus bergantung kepada lama tempoh penggunaannya.

Malah, kesan penurunan risiko kanser ini masih berterusan sehingga beberapa tahun walaupun setelah wanita ini berhenti mengamalkan pil terbabit.

Jarang untuk wanita seusia anda mengalami menopaus. Jika benar, ia dinamakan menopaus pramatang. Ketiadaan haid mungkin disebabkan oleh gangguan hormon.

Eloklah anda berjumpa pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan dan ujian berkaitan sebelum melabelkan anda sebagai menopaus. Ciri-ciri fizikal pada bahagian kemaluan dapat memberi gambaran mengenai keadaan anda.

Saiz rahim dan ketebalan lapisan haid (endometrium) serta saiz ovari dan kehadiran kantung telur juga dapat membantu. Kadangkala ujian terbabit juga perlu diulangi untuk memastikan kesahihannya.

Jika anda tidak lagi menginginkan kehamilan, anda juga boleh berbincang dengan doktor mengenai pilihan kaedah perancangan yang sesuai, sama ada kaedah kekal (mengikat tiub fallopio) ataupun kaedah sementara yang berkesan seperti implan, suntikan, alat dalam rahim dan pil.

HARIAN METRO..
 
Sponsored Post

saiful6445

Fun Poster
Joined
Feb 7, 2010
Messages
263
Reaction score
1
Points
15
bukan pil perancang ni bahaya ke..wife aku dok baca buku kata bahaya..
 

Norafiza

Freshie
Joined
Jan 2, 2011
Messages
10
Reaction score
0
Points
3
Try makan Makjun Anggun Bistari & Herba Maharani bagus untuk kaum wanita yg inginkan kesihatan dalaman dan juge luaran :)
sila PM saya [email protected] @ sms 0163715104
 
Last edited:

Syedz

CG Top Poster Club
Joined
Dec 23, 2008
Messages
21,979
Reaction score
109
Points
128
kalo pil tu sebabkan barah,
dah lama dah pil tu xda dalam pasaran..
 

hakita00

Active+ Member
Joined
Nov 20, 2008
Messages
3,014
Reaction score
2
Points
30
guna ja maajun perancang kehamilan...selamat, merancang kehamilan dan badan pun sihat

kalau nak tau..pm ja saya
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register