BTC USD 94,861.5 Gold USD 3,306.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pikap Elektrik JAC T9 EV Mula Di Jual Pada Harga RM199,888

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
67,450
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
67,450
Reaction score
7,417
Points
916
Awards
1
Dengan lambakan kereta elektrik di pasaran tempatan ditawarkan dalam kelas sedan, SUV dan juga MPV, pastinya terdapat persaingan sengit dalam kelas tersebut namun hari ini JAC membawakan satu kelainan apabila mengumumkan pikap elektrik 4×4 yang pertama akan dijual di pasaran tempatan.

JAC-T9-EV-Pikap-Elektrik-Malaysia-IMG_8276-950x534.jpg.webp
JAC-T9-EV-launch-IMG_2560-950x534.jpg.webp


JAC T9 EV merupakan pikap elektrik yang dibina berasaskan model T9 yang sama namun menggunakan bahan api diesel. Berkongsi cesi dan struktur asas, pikap elektrik JAC T9 EV merupakan kenderaan pacuan empat roda yang menawarkan keselesaan seperti paparan inforia bersaiz 10.4-inci yang menyokong Apple CarPlay atau Android Auto, pengecas nirwayar 50W, paparan skrin pemanduan 7-inci, 5 mod pemanduan, dan juga lengkap dengan fungsi swapandu tahap 2.

JAC-T9-EV-Pikap-Elektrik-Malaysia-IMG_8259-950x534.jpg.webp


Dari segi spesifikasi, JAC T9 EV ini mempunyai bateri bersaiz 88 kWh LFP yang memberikan jarak perjalanan 340 KM WLTP. Pengecasan pantas DC 88kW membolehkan pengecasan 15-80% sepantas 45min. Pengecasan AC 15-100% pula akan mengambil masa selama 8 jam 30 minit. Ia mempunyai dua motor elektrik yang memberikan kuasa 220kW dan tork maksimum 516nm, dan mempunyai kelajuan maksimum 140 km/j.

JAC-T9-EV-Pikap-Elektrik-Malaysia-IMG_8260-950x534.jpg.webp


JAC T9 EV ini dijual pada harga RM 199,888 dan akan didatangkan dengan jaminan selama 6 tahun atau 200,000 Km tertakluk yang mana satu dahulu. JAC turut menyatakan harga T9 EV ini akan kekal sehingga akhir tahun dan ini merupakan satu langkah yang boleh dipuji. Jika anda tidak berminat dengan kereta elektrik kerana pengkelasannya, JAC T9 EV mungkin sesuai untuk anda yang inginkan pikap elektrik.​
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register