BTC USD 35,343.0 Gold USD 1,877.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pierluigi Collina: Pengadil Lagenda Yang Tegas Dan Digeruni Dari Itali

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,615
Reaction score
12,779
Points
2,376
TRIVIA 🍁 | Pierluigi Collina: Pengadil Legenda Yang Tegas Dan Digeruni Dari Itali

Bercerita tentang pengadil legenda, pastinya kita akan terbayang wajah Pierluigi Collina.

“Kamu ingat saya bergurau?”

Itu antara kata-kata yang seringkali diucapkan Pierluigi Collina ketika para pemain menganggap beliau sedang melakukan pengadilan yang kelakar.

Collina: Saya tak pernah gentar

Bercakap kepada laman UEFA pada 2012, pengadil legenda menyatakan sepanjang bertugas di atas Padang beliau tidak pernah gentar dengan mana-mana pemain termasuk bintang bola sepak dunia.

“Saya tidak akan sesekali terpengaruh ataupun rasa gentar untuk melayangkan kad sekiranya perlu. Mereka (pemain) tidak perlu membuang masa untuk mempengaruhi keputusan saya.”

Siapa tidak kenal dengan pengadil berasal dari Itali ini? Renungan matanya yang tajam dan wajahnya yang bengis membuatkan ramai pemain hanya mampu akur dan tunduk tengah keputusannya.

Cabaran dan karier

Itali melahirkan ramai lagenda bola sepak. Di lapangan pengadilan pula Collina dianggap sebagai yang terbaik dalam sejarah mereka dan antara pengadil legenda yang terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Pada usia 24 tahun, beliau kehilangan kesemua rambutnya. Paling teruk beliau digantung tugasan daripada liga Itali kerana dikatakan tidak berpersonaliti menarik.

Collina berkata: “Pada ketika itu di Itali, mereka menganggap pengadil botak ini tidak menarik dan orang tidak suka tengok. Bagi mereka pengadil harus ‘sempurna’.”

Namun selepas itu beliau kembali bertugas selepas mendapat sokongan daripada ramai penyokong bola sepak yang menganggap ia satu tindakan mengarut oleh bola sepak Itali. Siapa kisah pasal paras rupa? Yang penting keterampilan dan kredibiliti ketika bertugas.

Collina pernah memberitahu: “Seperti rakan saya yang lain, saya ketika kecil bercita-cita mahu menjadi pemain bola sepak. Tak ada seorang pun mengimpikan untuk menjadi pengadil.”

Ketika remaja beliau bermain dalam posisi tengah di dalam pasukan bola sepak. Beliau peminat pasukan Bologna ketika kecil. Namun Collina akur bahawa dirinya tidak cukup bagus untuk menjadi pemain profesional – kerana di Itali sarat dengan bakat yang lebih hebat. Collina memang seorang yang tegas – oleh sebab itu beliau dipanggil Kojak – oleh rakan-rakannya.

Selepas gagal menyertai beberapa akademi dan pasukan remaja di Itali, beliau akhirnya memutuskan untuk menjadi pengadil pada usia 17 tahun. Dan ternyata ianya satu pilihan ‘terpaksa’ yang tepat.

Kemuncak karier

Ini kerana ketika menjadi profesional beliau pernah dianugerahkan pengadil terbaik tahunan FIFA untuk 6 tahun berturut-turut.

Pengalaman beliau di atas padang sebagai pemain bola sepak dan juga kemampuan beliau untuk memahami ragam pemain – menjadi kekuatan utama Collina dalam pengadilan.

Selepas terlibat aktif menjadi pengadil, barulah Collina sedar bahawa pengadil ada cabaran yang sangat besar. Mereka menjadi orang tengah di lapangan pertempuran 2 pasukan.

Daripada menjadi pengadil Serie C2, beliau terus naik ke Serie C1 dan kemudiannya ke Serie A.

Beliau mengadili perlawanan Piala Dunia pertama pada temasya Piala Dunia 1998. Pada Jun 2002, Collina berada di kemuncak karier apabila dipilih menjadi pengadil final Piala Dunia – di antara Jerman dan Brazil.

Fasa akhir karier

Pada 2004, Collina terpaksa bersara kerana peraturan oleh UEFA ketika itu. Selepas itu FIGC menaikkan umur persaraan wajib kepada 46 tahun. Ramai yang menganggap keputusan itu kerana Collina. Ada pengadil terasa hati menyatakan Collina anak emas FIFA.

Namun Collina dilarang untuk mengadili perlawanan di Itali selepas beliau menandatangani perjanjian dengan Opel. Collina memutuskan untuk bersara penuh daripada karier pengadilan kerana isu tersebut. Perlawanan kompetitif terakhir beliau adili adalah pada 24 Ogos 2005 – perlawanan kelayakan UCL – di antara Villareal dan Everton.

Itulah serba sedikit tentang Pierluigi Collina. Pengadil legenda yang tiada ganti. Ketika Itali dilanda skandal Calciopoli, ada 2 sahaja pengadil yang disahkan bersih iaitu Rosetti dan Collina.

Collina langsung tak tertarik dengan sebarang tawaran ketika itu – sedangkan ramai pengadil merasakan tawaran itu mustahil untuk ditolak.

Salah satu prinsip Collina adalah: “Anda perlu dihormati di gelanggang perlawanan bukan kerana orang takut kepada anda, tetapi kerena mereka percayakan anda.” Oleh itu beliau tidak sesekali mahu para pemain dan pasukan yang beliau adili dikhianati.

Populariti Collina membuatkan beliau menjadi pengadil pertama menjadi muka hadapan dalam permainan Pro Evolution Soccer 3 – dan kekal satu-satunya sehingga kini.

Kredit Artikel : Semuanya Bola
✍🏻 : Zorro_Boro


 

CG Sponsors




Top
Log in Register