BTC USD 38,028.7 Gold USD 1,776.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[PIC] Keajaiban Telaga Zam-Zam & Molekul Air Zam Zam

Saleh83

Active+ Member
Joined
Apr 2, 2010
Messages
4,258
Reaction score
118
Points
38
السلام عليكم

Memandangkan Musim Haji Hampir Ke Penghujungnya. Selepas Aku Minum Air Zam Zam Semalam, Tercetus Dalam Minda Aku Untuk Berkongsi Tentang Keajaiban Air Zam Zam. Aku Percaya Ada Kawan2 CG Pernah Membuka Thread Perbezaan Molekul2 Air ZamZam dgn Air Biasa. Tapi Kalau Dah Ada Thread Ni... Aku Nak Refresh Balik La Ye... :)cgrock

kabah21.jpg


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.(Surah Ibrahim: Ayat 7)

Dunia barat telah gagal menanamkan keraguan terhadap sumber Air Zam Zam. Mereka telah mempersoalkan tentang keberkatan serta keupayaan telaga Zam Zam yang mampu menampung keperluan jutaan umat Islam yang berkunjung ke Mekah semenjak dari dahulu sehingga hari ini. Ini adalah kerada kedudukan Mekah yang jarang menerima hujan dan mengalami suhu panas melampau dimana kawasan-kawasan tadahan di sekitarnya semuanya kering belaka.

mukdw1.jpg


9id8pu.jpg


2ywj149.jpg


e7mfxk.gif


2h4i59u.jpg


24od69v.jpg


Telaga Zam Zam telah lama di kenali semenjak zaman Nabi Ismail a.s. iaitu ketika ibundanya Siti Hajar berlari-lari diantara bukit Safa dan Marwah untuk mencari air di padang pasir yang tandus dan kering pada ketika itu.

Setelah ratusan tahun pasca penggaliannya, Kerajaan Arab Saudi telah menjalankan projek terbesar untuk pembersih telaga Zam Zam dan membuat lakaran yang sangat lengkap berkenaan keadaan perigi Zam Zam, sumber mata air dan lain-lainnya.

Pada ketika itu, di Eropah telah tersebar daayah di kalangan orang-orang yang cuba menimbulkan keraguan terhadap Islam kononnya air Zam Zam tidak layak untuk di minum. Berdasarkan andaian bahawa lokasi perigi Zam Zam yang terletak di tengah-tengah Mekah dan di paras yang lebih rendah dari permukaan laut, mereka yakin bahawa air limbahan daripada kawasan sekitarnya yang tidak bersih boleh berkumpul di telaga Zam Zam.

Berikutan daripada itu, suatu keputusan telah di buat pada tahun 1971 untuk membawa sampel air Zam Zam ke sebuah makmal di Eropah bagi mengesahkan kepada seluruh dunia samada air Zam Zam adalah layak dan selamat untuk di minum.

Mu’inuddin Ahmad, seorang Jurutera Kimia yang juga merupakan pegawai di Jabatan Pertanian dan Saliran Arab Saudi pada masa itu mengatakan bahawa dia telah mengambil sampel air Zam Zam untuk di jadikan kajian. Itulah kali pertama beliau dapat melihat secara terus punca air Zam Zam.

Secara logiknya, agak sukar untuk beliau mempercayai keajaiban telaga ini yang hanya berukuran hanya 18 kaki tinggi dan lebarnya tidak lebih dari 14 kaki tetapi mampu memenuhi keperluan jutaan gallon air setiap tahun bagi jutaan jemaah Haji semenjak penemuannya di zaman Nabi Allah Ibrahim a.s. lagi.

Untuk mengzukur saiz telaga Zam Zam, Mu’inuddin telah mandi terlebih dahulu dan kemudiannya turun kedalam telaga tersebut yang airnya bertakung hingga ke paras bahu. Beliau cuba mencari punca aliran air di seluruh penjuru telaga tetapi tidak bertemu dengan sebarang sumber.

Beliau membuat keputusan untuk menyedut telaga Zam Zam menggunakan pam penyedut air yang besar dan berkuasa tinggi. Ini adalah bertujuan untuk melihat punca matair yang memasuki telaga Zam Zam. Walaubagaimanapun, usaha untuk mengeringkan telaga tidak membuahkan hasil kerana air tidak pernah susut walaupun sekuat mana dan sebanyak mana air itu di sedut. MasyaAllah!.

Dari situ, Mu’inuddin telah mengambil sampel untuk di bawa ke makmal di Eropah. Ujikaji yang sama juga telah di lakukan oleh Jabatan Pertanian dan Saliran Arab Saudi terhadap sampel air Zam Zam tersebut di makmal mereka. Akhirnya, hasil dari kajian kedua-dua makmal tersebut telah mengesahkan bahawa air Zam Zam adalah selamat untuk di minum.

Perbezaannya, air Zam Zam di dapati mengandungi kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi yang menjadi salah satu faktor air Zam Zam ini dapat memberi kesegaran dan semangat kepada para jemaah haji yang mengalami jerit payah dan keletihan ketika mengerjakan ibadah haji. Lebih dari itu, air Zam Zam mengandungi rangkaian unsur fluorine yang berfungsi untuk membasmi kuman.

Hasil uji kaji makmal di Eropah ini telah menggagalkan usaha barat untuk menanamkan keraguan terhadap mukjizat air Zam Zam. Namun begitu, tanpa bukti uji kaji makmal seluruh umat Islam telah di yakinkan terlebih dahulu melalui rekod sejarah air Zam Zam yang semenjak kira-kira 4900 tahun dahulu lagi telah di gunakan sebagai minuman oleh jutaan jemaah haji tanpa mengalami sebarang masalah malah memberi khasiat yang luar biasa. Air Zam Zam yang di sediakan untuk para jemaah haji adalah di ambil terus dari sumber telaga Zam Zam tanpa di rawat dengan klorin.

Subhanallah! Di antara mukjizat yang terdapat pada air Zam Zam lagi ialah, di dalamnya tidak pernah membiak tumbuhan kulat atau hidupan-hidupan lain yang terdapat di dalam telaga-telaga lain sehingga membuatkan rasa serta baunya berbeza-beza. Sekiranya anda berpeluang untuk menyimpan air Zam Zam di tanah air, ianya tetap segar seperti biasa walaupun di simpan lama di dalam rumah anda.

Salah satu keajaiban lagi ialah, bagaimana di kawasan gurun batu yang tandus, kering dan panasnya boleh mencecah sehingga 500 darjah celsius itu boleh muncul sebuah telaga yang tidak pernah kering sejak ribuan tahun silam malah telah di ambil oleh berbillion manusia semenjak penemuannya.

Sementara itu, kerja-kerja pembinaan untuk pembesaran Masjidil Haram yang sangat ‘mega’ telah dijalankan semenjak tahun 2007 sehingga kini yang melibatkan penggalian serta pemecahan batu granite dan penggalian tanah bagi pembinaan ruang basement di sekitar pembangunan. Namun, sehingga kini tiada terdapat sebarang laporan tentang penemuan sumber matair semasa penggalian di buat. Malah telaga Zam Zam masih membekalkan air seperti biasa tanpa mengalami sebarang gangguan.

Wallahua’lam.

Nabi s.a.w. bersabda,
خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ

“Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan sebagai ubat kepada penyakit.”

Doa ketika hendak meminum air Zam Zam;
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا

Ya Allah! aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat,
وَرِزْقًا وَاسِعًا

Dan rezki yang luas,
وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ

Dan ubat dari segala penyakit. (H.R. al-Hakim)

Amin.
 
Last edited:
Sponsored Post

Saleh83

Active+ Member
Joined
Apr 2, 2010
Messages
4,258
Reaction score
118
Points
38
Molekul Air Zam-Zam yang sangat Menakjubkan

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dengan keizinanNYA air penawar boleh menyembuhkan penyakit, baca dan
hayatilah petikan dibawah:



Petikan ceramah oleh Ustaz Abdullah Mahmud di Surau Wisma Telekom Semarak. Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak
boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari
Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri
satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana
baru-baru ini yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada
orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari
Universiti Malaya).



Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun.
Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa “slide”
ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian.
Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai,
laut, perigi dan bermacam lagi).



Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan
molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi
samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan
sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu
berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa
molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel
air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul
air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian
(bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan
warna-warna yang menarik melebihi 12 warna.

molekul-air-zam-zam.jpg


MasyaAllah, cantiknya. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”. Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab
Pensyarah. Profesor berkata ”Saya tak tahu samada betul atau tidak
air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat
mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan
itu mereka membuat “experiment” bagaimanakah yang dikatakan kata-kata
dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin
dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing.
Lalu seorang ”volunteer” bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang
telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molekul air membentuk
seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut
yang buncit).


Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat
dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian
dan berkilau-kilau. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah
diskrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.Subhanallah. …. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah
kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :


“Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.
 

mamaimran

Super Active Member
Joined
Jun 14, 2009
Messages
6,048
Reaction score
146
Points
73
amat mengagumkan.. :eek:. 2 minggu sudah sy berikan air zam-zam(dari ahib) pada anak saya syukur dgn izin allah demam anak sy selama sebulan telah sembuh tapi sepekara yg memelikkan badan anak saya tidak kebah(berpeluh) tiba2 saja suhu dia drop pada tahap yg normal. syukur alhamdulillah.
 

ilhamjabil

Super Active Member
Joined
Jul 27, 2008
Messages
6,886
Reaction score
1,533
Points
141
Thanks TT...info bergambar yg berguna
 

haris4949

Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
1,254
Reaction score
8
Points
25
Thanks TT..info yg amat berguna..
Lps ni kena minum hari2..
 

cekmeksu11

Active Member
Joined
May 21, 2008
Messages
2,451
Reaction score
8
Points
25
tima kasih tt krn ilmu y bguna ni...
 
Last edited:

mejar

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,019
Reaction score
1
Points
25
Thx TT...
info yg sgt bagus..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register