[pic beskal geng CG] CG Cycling Club

CG Sponsors




mat gen2

Active+ Member
Joined
Nov 3, 2012
Messages
3,270
Reaction score
23
Points
25
fuhhh lama tak kayuh..tahun ni cukup 5 tahun aku main mtb..

2017 last basikal jual giant XTC 29er..Rm 2.5k jual sbb modal kawin..

tahun lpas bulan 7 beli balik giant fathom Rm3.5k..skrg anak baru 5 bulan so xdak masa nk kayuh..:))
 
Sponsored Post

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,881
Reaction score
511
Points
161
earthhour Shah Alam,ada cyclist meninggal,ada sapa tau detail...
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,809
Reaction score
20,778
Points
1,661
Peserta basikal Earth Hour maut sakit jantung


Dalam kejadian pukul 9.50 malam, Iskandar Dzalman Yahya (topi hijau) dikatakan rebah ketika berkayuh menyertai aktiviti anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

SHAH ALAM - Seorang peserta aktiviti basikal program ‘60+ Earth Hour’ maut diserang penyakit jantung di Persiaran Datuk Bandar di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.50 malam, Iskandar Dzalman Yahya, 47, dikatakan rebah ketika berkayuh menyertai aktiviti anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, kejadian dikatakan berlaku di Persiaran Datuk Bandar berdekatan dengan bangunan SIRIM di Seksyen 14 di sini.

“Mangsa dikatakan tiba-tiba terjatuh dari basikalnya sebelum pasukan perubatan kemudiannya memberikan bantuan kecemasan.

"Mangsa yang dihantar ke Hospital Shah Alam di sini kemudiannya disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Baharudin, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terdahulu, Iskandar Dzalman dipercayai sempat memuat satu status di Facebook pada jam 8.12 pagi semalam yang memaklumkan dia akan menunaikan solat Maghrib sebelum menyertai kayuhan itu.

"Sabtu ni (hari ini tau) malam Ahad, Jom Solat Maghrib kat Masjid Al-Azahriah Seksyen 18. Lepas Maghrib (tayar golek 8pm tau)," jelasnya.


http://www.kosmo.com.my/terkini/peserta-basikal-earth-hour-maut-diserang-sakit-jantung-1.873825
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
16,472
Reaction score
1,110
Points
206
BERHATI2LAH BAHAYO KOLESTROL & JANTUNG TERSUMBAT!

sapo2 yg aktif senam spt kayuh bskl, joging & apo2 ajo senaman high intensity berhati2lah, sbb klu ado kolestrol yg boleh sebabkan saluran darah sumbat sampai jadi kes skt jantung/stroke tiba2 rebah masa senam @ selepas senam

den akhir2 ni klu senam [email protected] tak sampai 5min ado raso skt dada, panas/pedih dada, raso sempit susah nak benapeh..... tanda2 kolestrol tu

skt den kno kontrol mkn kurangkan minyak/garam/gula & senaman ringkas2 ajo low intensity spt jnjalan2 di tasik ajo

cyclist yg meninggal tu tak mustahil bilo dio kayuh laju2 dado raso sakit sgt2 sampai bleh pitam, jatuh & mati...
 

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,881
Reaction score
511
Points
161
kurangkan makantelor banyak...

makanan yg goreng goreng jangan letak telor...tu yg kolesterol tinggi...
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
16,472
Reaction score
1,110
Points
206


LTdL 2019: Tun M rasmi peringkat pertama

NASIONAL April 6, 2019 12:55 pm

KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini merasmikan majlis pelepasan peringkat pertama perlumbaan basikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 di hadapan KLCC, di sini.

Tepat 12 tengah hari, beliau melepaskan 132 peserta daripada 22 pasukan yang akan berkayuh membabitkan laluan dari Kuala Lumpur ke Tampin, Negeri Sembilan sejauh 176.9 kilometer.

Sebelum itu, ketibaan beliau diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagi perlumbaan pembukaan ini, kelebihan dilihat memihak kepada pakar pendakian apabila melalui empat zon pendakian sepanjang perlumbaan dengan tiga pendakian Kategori 3 iaitu Ampang Look Point, Bukit Tangga dan Bukit Putus serta satu Kategori 2 di Genting Peres.

Pelumba juga akan melalui tiga zon pecutan di kilometer (KM) 25.4 Pekan Batu 18, KM 110.6 Ampangan dan KM 138 Kuala Pilah.

Pelumba dijangka tiba di garisan penamat di Jalan Besar Tampin sekitar pukul 4 petang.

LTLD 2019 menawarkan 4 kategori jersi yang bakal menjadi rebutan iaitu juara Keseluruhan (jersi kuning), Raja Bukit (jersi merah), Raja Pecut (jersi hijau) dan Juara Asia (jersi putih), selain Pasukan Terbaik Keseluruhan dan Pasukan Terbaik Asia sepanjang jelajah lapan peringkat meliputi jarak keseluruhan 1,225.8km. -BERNAMA
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
16,472
Reaction score
1,110
Points
206
kurangkan makantelor banyak...

makanan yg goreng goreng jangan letak telor...tu yg kolesterol tinggi...
tapi geng bina badan bnyk mkn telor utk amik protin bro, tu yg den musykil tu... geng2 sado ni takdo mslh kolestrol ko?

ko mkn telor putih ajo?:-?
 

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,881
Reaction score
511
Points
161
hari ni LTDL pergi Bukit Hantu Loop/Genting Perez,Kuala Klawang...
.perghhh...

kalau kita,kena train dulu bukit Bangsar,Bukit tunku... dah biasa,boleh try sana...
 

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,881
Reaction score
511
Points
161
tapi geng bina badan bnyk mkn telor utk amik protin bro, tu yg den musykil tu... geng2 sado ni takdo mslh kolestrol ko?

ko mkn telor putih ajo?:-?

Diorang pro,takper kot,ayam yg bertelor tu dah inject genetic,lainla telor ayam kampong tak problem kot...
 

mdnor34

CG Top Poster Club
Joined
Nov 12, 2008
Messages
47,383
Reaction score
137
Points
133
tapi geng bina badan bnyk mkn telor utk amik protin bro, tu yg den musykil tu... geng2 sado ni takdo mslh kolestrol ko?

ko mkn telor putih ajo?:-?
Diorg guna khasiat tu utk workout jadi xde lah kolestrol ..
Sama gak org takut makan nasi lebih....
Atlit mkn nasi 2 Pinggan pun bdn xnaik sebab guna tenaga tu..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register