BTC USD 62,776.8 Gold USD 1,780.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Piala Malaysia 2021 (17 Sep - 27 Nov)

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,479
Reaction score
15,618
Points
2,376
200px-Trofi-Piala_Malaysia.jpg

Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah hampir mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air

Senarai Juara Piala Malaysia

Piala Malaysia

2020 Dibatalkan Akibat COVID19
2019 JDT [3][0] Kedah
2018 Perak 2 – 2 (AET 3 - 3) (Penalti 5 - 3) Terengganu
2017 Johor Darul Ta'zim 2 – 0 Kedah
2016 Kedah 1 – 1 (6–5 Penalti) Selangor
2015 Selangor 2 – 0 Kedah
2014 Pahang 2 – 2 (5–3 Penalti) Johor Darul Ta'zim
2013 Pahang 1 – 0 Kelantan
2012 Kelantan 3 – 2 ATM
2011 Negeri Sembilan 2 – 1 Terengganu
2010 Kelantan 2 – 1 Negeri Sembilan
2009 Negeri Sembilan 3 – 1 Kelantan
2008 Kedah 3 – 2 Selangor
2007 Kedah 3 – 0 Perak
2006 Perlis 2 – 1 Negeri Sembilan
2005 Selangor 3 – 0 Perlis
2004 Perlis 1 – 0 Kedah
2003 Selangor MPPJ FC 3 – 0 Sabah
2002 Selangor 1 – 0 (gol emas) Sabah
2001 Terengganu 2 – 1 Perak
2000 Perak 2 – 0 Negeri Sembilan
1999 Brunei 2 – 1 Sarawak
1998 Perak 1 – 1 (5-3 Penalti) Terengganu
1997 Selangor 1 – 0 (gol emas) Pahang
1996 Selangor 0 – 0 (5-3 Penalti) Sabah
1995 Selangor 1 – 0 (gol emas) Pahang
1994 Singapura 4 – 0 Pahang
1993 Kedah 2 – 0 Singapura
1992 Pahang 1 – 0 Kedah
1991 Johor 3 – 1 Selangor
1990 Kedah 3 – 1 Singapura
1989 Kuala Lumpur 2 – 1 Kedah
1988 Kuala Lumpur 3 – 0 Kedah
1987 Kuala Lumpur 1 – 0 Kedah
1986 Selangor 6 – 1 Johor
1985 Johor 2 – 0 Kuala Lumpur
1984 Selangor 3 – 1 Pahang
1983 Pahang 3 – 2 (Masa tambahan) Selangor
1982 Selangor 1 – 0 Terengganu
1981 Selangor Selangor 4 – 0 Singapura
1980 Singapura 2 – 1 Selangor
1979 Selangor 2 – 0 Singapura
1978 Selangor 4 – 2 Singapura
1977 Singapura 3 – 2 (Masa tambahan) Pulau Pinang
1976 Selangor 3 – 0 Singapura
1975 Selangor 1 – 0 Singapura
1974 Pulau Pinang 2 – 1 Perak
1973 Selangor 2 – 1 Terengganu
1972 Selangor 3 – 1 Perak
1971 Selangor 3 – 1 Perak
1970 Perak 1 – 0 Kelantan
1969 Selangor 1 – 0 Pulau Pinang
1968 Selangor 8 – 1 Pulau Pinang
1967 Perak 2 – 1 Singapura

Piala HMS Malaya

1966 Selangor 1 – 0 ATM
1965 Singapura 3 – 1 Selangor
1964 Singapura 3 – 2 Perak
1963 Selangor 6 – 2 Pulau Pinang
1962 Selangor 1 – 0 Pulau Pinang
1961 Selangor 4 – 2 Perak
1960 Singapura 2 – 0 Perak
1959 Selangor 4 – 0 Perak
1958 Pulau Pinang 3 – 3 (3-1 Ulangan) Singapura
1957 Perak 3 – 2 Selangor
1956 Selangor 2 – 1 Singapura
1955 Singapura 3 – 1 Kelantan
1954 Pulau Pinang 3 – 0 Singapura
1953 Pulau Pinang 3 – 2 Singapura
1952 Singapura 3 – 2 Pulau Pinang
1951 Singapura 6 – 0 Negeri Perak Perak
1950 Singapura 2 – 0 Pulau Pinang
1949 Selangor 3 – 2 ATM
1948 Negeri Sembilan 2 – 2 (2-1 Ulangan) Selangor
1942-1947 TIDAK DIPERTANDINGKAN
1941 Singapura 2 – 1 Pulau Pinang
1940 Singapura 2 – 0 Kedah
1939 Singapura 3 – 1 Selangor
1938 Selangor 1 – 0 Singapura
1937 Singapura 2 – 1 Selangor
1936 Selangor 1 – 0 Singapura
1935 Selangor 3 – 2 Singapura
1934 Singapura 2 – 1 Pulau Pinang
1933 Singapura 8 – 2 Selangor

Piala Malaya

1932 Singapura 5 – 3 Selangor
1931 Perak 3 – 1 Singapura
1930 Singapura 3 – 0 Selangor
1929 Selangor 2 – 2 (Berkongsi Juara) Singapura
1928 Selangor 2 – 2 (Berkongsi Juara) Singapura
1927 Selangor 8 – 1 Singapura
1926 Perak 1 – 0 Singapura
1925 Singapura 2 – 1 Selangor
1924 Singapura 1 – 0 Selangor
1923 Singapura 2 – 1 Perak
1922 Selangor 3 – 2 Singapura
1921 Singapura 2 – 1 Selangor

Pasukan Terbaik

Selangor - 33
Singapura - 24
Perak - 8
Kedah - 5
Pulau Pinang - 4
Pahang - 4
Negeri Sembilan - 3
Kuala Lumpur - 3
Johor Darul Takzim - 2
Kelantan - 2
Johor - 2
Perlis - 2
Terengganu - 1
Brunei - 1
Selangor MPPJ - 1

Penampilan Final Terbanyak

Selangor - 49
Singapura - 43
Perak - 19
Kedah - 14
Pulau Pinang - 13
Pahang - 8
Negeri Sembilan - 6
Kelantan - 6
Kuala Lumpur - 4
Terengganu - 6
Johor - 3
Perlis - 3
Sabah - 3
ATM - 3
Johor Darul Takzim - 3
Brunei - 1
Selangor MPPJ - 1
Sarawak - 1
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,479
Reaction score
15,618
Points
2,376

JDT buru Piala Malaysia

Oleh Rizar Mohd Noor- September 13, 2021 @ 1:49pm
[email protected]

jeto_1631512156.jpg


Pemain JDT menyampaikan piala Liga Super kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai tanda penghormatan di atas kejayaan pasukan itu menjuarai kejuaraan liga lapan musim berturut-turut. Foto Johor Southern Tigers


JOHOR BAHRU: Selepas menjuarai Liga Super lapan musim berturut-turut musim ini, Johor Darui Ta'zim (JDT) mahu mengintai peluang untuk memburu kejuaraan Piala Malaysia pula yang bakal menyingkap tirainya hujung bulan ini.

Malah, kejayaan melakar kemenangan 11 kali berturut-turut selepas menewaskan KL City FC 2-1 pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi mampu menjadi tonik terbaik buat Harimau Selatan untuk memburu piala berprestij itu selepas ia dibatalkan musim lalu.

Pada perlawanan itu, jaringan sendiri pemain KL City FC, Nik Mohd Shahrul Azim pada minit ke-69 membantu kemenangan JDT selepas jaringan Izreen Izwandy pada minit ke-25 memadamkan gol, Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-15.

Bagi pengendali JDT, Benjamin Mora pengalaman menjuarai piala liga kali kelapan jelas mematangkan lagi setiap pemain yang menjadi bekalan penting bagi persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia yang dianggap begitu mencabar.

Katanya, untuk seketika pemain akan diberi cuti tiga hari selepas memerah segala keringat bagi memastikan kejuaraan liga dan kemudian akan kembali menjalani latihan untuk menerusi saingan piala berprestij.

"Kami akan lihat bagaimana cara untuk beraksi dalam kempen Piala Malaysia kerana di JDT kita ada objektif dan objektif pertama untuk menang dalam setiap perlawanan yang diharungi.

"Objektif seterusnya adalah mencabar diri masing-masing untuk memenangi satu lagi piala.

"Inilah cara kami lakukan dan ini juga cara kami melaksanakan dengan latihan yang tersusun bagi membentuk persefahaman taktikal tatkala beraksi di padang kerana semuanya berhubung kait untuk mencapai kejayaan.

"Apapun, kami akan beri yang terbaik dalam saingan Piala Malaysia dan kami harus bersedia kerana pasukan lawan sudah pasti mahu menewaskan kami dalam setiap perlawanan," katanya.

Mengulas kemenangan JDT pada perlawanan itu, Mora mengakui aksi menentang KL City kendalian Bojan Hodak memang sukar, apatah lagi selepas dia terpaksa mengeluarkan Leandro Velazquez seawal babak pertama yang menjejaskan corak permainan di posisi tengah.

Mora juga belum pasti sama ada kecederaan yang dialami Velazquez serius atau sebaliknya dan perlu menunggu laporan daripada pihak perubatan.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,479
Reaction score
15,618
Points
2,376
PIALA MALAYSIA 2021 | Aksi JDT, Kumpulan A & B Jadi Tumpuan

Piala Malaysia musim ini mencecah usia satu abad penganjuran menjadikan ianya antara saingan tertua dilangsungkan di peringkat Asia.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,479
Reaction score
15,618
Points
2,376
PIALA MALAYSIA | TFC Azam Bangkit, PJ CITY FC & Sabah FC Cuba Intai Peluang

Terengganu FC yang dilabel antara pasukan mantap musim ini pula mahu bangkit dari kekecewaan dalam aksi Liga Super.

Saingan kumpulan B tetap dianggap sukar kerana rekod dua kemenangan ke atas pencabar Selangor FC dan Perak FC bukanlah jaminan keputusan sama kali ini.

Datuk Ong Kim Swee yang baharu diberikan tugas pengendali Sabah FC sudah mula mengadakan perbincangan dengan barisan kejurulatihan.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,479
Reaction score
15,618
Points
2,376
PIALA MALAYSIA 2021 | Sabah FC Mampu Bangkit Dibawah Kim Swee - Hassan Sani

Legenda bola sepak Sabah, Datuk Hassan Sani menaruh kepercayaan kepada pasukan Sabah FC mampu kembali digeruni dibawah kendalian ketua jurulatih baru Datuk Ong Kim Swee.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,479
Reaction score
15,618
Points
2,376

MFL impi Piala Malaysia diserikan kehadiran penonton

September 16, 2021 @ 9:02pm

Piala_Malaysia_2021_1631808773.jpg


MFL mengharapkan saingan Piala Malaysia musim ini akan lebih meriah dengan kehadiran penonton di stadium mengikut kapasiti ditetapkan dan SOP.


KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menaruh harapan saingan Piala Malaysia yang akan bermula 25 September ini akan diserikan dengan kehadiran penonton di stadium.

Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan berharap permohonan pihaknya untuk mendapat kebenaran kehadiran penyokong ke stadium diberi pertimbangan sebaiknya selepas pengumuman kelonggaran baharu oleh kerajaan bagi sektor sosial dan sukan.

Sempena Piala Malaysia menyambut ulang tahun ke-100 penganjurannya musim ini, beliau menyifatkan kehadiran semula penonton di stadium akan menjadikan kejohanan yang mempunyai nilai cukup tinggi dalam sejarah bola sepak negara itu lebih bermakna.

"Pastinya sesuatu yang menarik jika penyokong-penyokong dibenarkan masuk ke stadium dengan kapasiti tertentu serta SOP (prosedur operasi standard) yang ketat," katanya dalam ucapan sempena sambutan Hari Malaysia 2021 di laman Facebook MFL, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju memberi kelonggaran baharu bagi aktiviti sukan dan rekreasi di negeri Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata aktiviti sukan dan rekreasi termasuk aktiviti berpasukan bersentuhan fizikal seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw dibenarkan mengikut kapasiti penuh sukan tersebut dan terhad bagi individu yang telah lengkap vaksin COVID-19 serta berlangsung di premis yang mempunyai kawalan penyeliaan sepenuhnya.

Sementara itu, Ab Ghani percaya peningkatan jumlah rakyat yang telah lengkap vaksinasi dapat memberikan impak positif dalam masa terdekat, namun bersetuju setiap individu perlu terus berdisiplin mematuhi SOP ditetapkan.

Menyentuh mengenai sambutan Hari Malaysia, Ab Ghani berkata sukan bola sepak adalah antara ejen perpaduan rakyat apabila segenap lapisan masyarakat akan bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan tersayang.

"Akhir kata, jadilah rakyat yang prihatin demi Malaysia dan seperti sukan bola sepak yang mementingkan kerjasama berpasukan, marilah bersama-sama kita bersatu dalam usaha menghapuskan rantaian pandemik COVID-19," katanya.

- BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,479
Reaction score
15,618
Points
2,376

4 pasukan jadi pilihan saingan Piala Malaysia

Oleh Zulfaizan Mansor- September 16, 2021 @ 11:17pm
[email protected]

pio16_1631805407.jpg


Undian peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia musim ini. - Foto ihsan Facebook MFL.


KUALA LUMPUR: Empat pasukan teratas Liga Super - Johor Darul Ta'zim (JDT), Kedah Darul Aman FC (KDA), Penang FC dan Terengganu FC (TFC) - dijangka menjadi antara pasukan yang akan mengungguli empat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan menjelaskan jangkaan itu berdasarkan prestasi semasa pasukan terbabit sepanjang liga musim ini.

Beliau menganggap JDT pasukan yang berdepan tugas paling mudah untuk muncul juara Kumpulan D selepas hanya diundi bersama PJ City FC, Sabah FC dan pasukan tangga keempat Liga Perdana.

"Jika lihat di atas kertas dan berdasarkan prestasi semasa, JDT akan menjuarai Kumpulan D. Kita kena akur bahawa JDT berada pada satu kelas yang melebihi pasukan lain.

"Kedah pula berada dalam keadaan yang sangat bagus selepas muncul naib juara Liga Super dan mendapat tiket ke Piala AFC. Mereka pasukan yang sudah 'masak' dengan Piala Malaysia yang mana setiap tahun akan layak sekurang-kurangnya ke suku akhir, separuh akhir atau final dan saya rasa mereka akan ungguli Kumpulan C.

"Kumpulan B sangat sengit kerana TFC, Selangor FC ada peluang dan Perak FC pun kita tak boleh ketepikan sebab pada perlawanan terakhir liga mereka menang. TFC dan Selangor jadi pasukan pilihan, tapi saya beranggapan TFC akan juara kumpulan.

"Penang pasukan yang sangat tidak dijangka yang mana mereka baru naik ke Liga Super dan memberi impak dalam pertandingan itu. Mereka akan ungguli Kumpulan A ini bersama Sri Pahang FC," katanya kepada BH Sukan.

Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia akan bermula pada 25 September hingga 10 November dan disusuli aksi suku akhir pada 14 dan 18 November, sementara pusingan separuh akhir (22 dan 26 November) dan final pada 30 November.

Selain itu, Wan Jamak yang pernah menjuarai Piala Malaysia bersama Negeri Sembilan pada 2009 mengakui kemungkinan akan berlaku kejutan daripada pasukan bawahan termasuk wakil dari Liga Perdana.

"Kalau tengok atas kertas dan prestasi semasa, pasukan yang saya sebutkan itu akan ungguli setiap kumpulan. Tapi dalam analisis, kadang-kadang apa yang kita tengok atas kertas berbeza dengan keputusan di atas padang.

"Sejarah juga sudah membuktikan bahawa dalam Piala Malaysia ini, pasukan kerdil pun boleh menjadi juara. Itu menunjukkan ada sejarah menyatakan pasukan bawahan tak boleh dipandang mudah," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,479
Reaction score
15,618
Points
2,376
PIALA MALAYSIA | Kehadiran Penyokong Di Stadium Antara Cadangan KBS

Kehadiran penyokong di stadium saksi perlawanan Piala Malaysia antara cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 - Ahmad Faizal

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,479
Reaction score
15,618
Points
2,376
PIALA MALAYSIA 2021 | Mampukah Penang FC Teruskan Elemen Kejutan?

Sekalipun tanpa penonton dan masih dalam SOP ketat saingan 100 Tahun Piala Malaysia akan tetap menemui peminatnya dengan debaran tersendiri.

Antara tumpuan malam esok aksi Penang FC dan Terengganu FC, dua pasukan yang mampu melakar kejutan pada edisi kali ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register