BTC USD 84,300.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH tidak terlibat himpunan solidariti untuk Najib - Anwar

zackpenang

Active+ Member
gem
Messages
4,980
Joined
Jan 9, 2010
Messages
4,980
Reaction score
1,762
Points
111

PH tidak terlibat himpunan solidariti untuk Najib - Anwar​

Arney Syema Binti Anua
Arney Syema Binti Anua
03 Januari 2025 01:58pm
Masa membaca: 2 minit
Share on Facebook

Share on Twitter

Share on Whatsapp

Anwar

Anwar

A
A
A
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam Himpunan Solidariti bagi menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan pada Isnin ini di Istana Kehakiman Putrajaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pakatan Harapan tidak terlibat,” kata Pengerusi PH itu secara ringkas ketika ditanya pemberita selepas lawatan dan makan tengah hari di pusat penjaja Lestari Niaga Madani @ Wirawati di Kampung Pandan, di sini pada Jumaat.

Himpunan terbabit dilaporkan sebagai bentuk sokongan daripada ahli UMNO terhadap Najib yang juga bekas presiden parti itu. Surat arahan daripada Pas turut tular yang menggalakkan ahli parti itu menyertai himpunan berkenaan.
Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.
Ditanya mengenai kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng supaya tidak menyinggung UMNO, Anwar menganggapnya perkara biasa dan tiada masalah dengan penyataan itu.

Guan Eng sebelum ini dilaporkan mengingatkan kepada UMNO bahawa sebarang program bersama parti pembangkang khususnya Pas termasuk dalam himpunan itu akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register