PH Johor ajak UMNO bentuk kerajaan negeri

CG Sponsors




The Maut

Active+ Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
4,697
Reaction score
103
Points
43
AMANAH_JOHOR_AMINOLHUDA_HASSAN_1602665926.jpg

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan (baju merah). - Foto NSTP

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor sedia menjalinkan hubungan dengan UMNO bagi mewujudkan kerajaan negeri sekiranya parti itu memutuskan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan, berkata UMNO perlu menjadi 'gentleman' dalam membuat keputusan dengan tidak melakukan ugutan politik di saat negara berhadapan wabak COVID-19.

Katanya, PH Johor bersedia menerima ADUN khususnya yang pernah bersama PH ketika Pilihan Raya Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mahupun mana-mana ADUN UMNO untuk kembali memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri.

"UMNO Johor kini mempunyai 14 Ahli ADUN dan jika mereka memutuskan untuk tidak menyokong PN lagi, maka kedudukan PN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor goyah berikutan mereka mempunyai kelebihan dua wakil rakyat iaitu 29 berbanding PH Johor, 27 ADUN.

"Namun UMNO Johor perlulah ikhlas dan jangan mengharap habuan dan sebagainya, kerana kami di PH adalah sebuah parti yang telus dalam menjaga kepentingan dan kestabilan negeri.

"Jika UMNO membuat keputusan keluar PN, kita sama-sama perlu kembalikan mandat rakyat sewaktu pilihan raya lalu dengan menitikberatkan soal kebajikan dan hak rakyat, bukannya merebut-rebut mengejar jawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Aminolhuda mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam yang dilaporkan berkata, parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik PN dan akan memberi syarat baharu kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Keputusan itu mampu memberi kesan kepada kedudukan kerajaan Johor berikutan 14 daripada 29 Ahli ADUN PN adalah daripada UMNO manakala 14 lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), MIC (dua) dan PAS (satu).

PH pula mempunyai 27 kerusi DUN membabitkan 14 kerusi daripada DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) (sembilan) dan PKR (empat).

Mengulas lanjut, Aminolhuda yang juga ADUN Parit Yaani dan Ketua Pembangkang DUN Johor berkata, pada masa ini, semua pihak seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat dan negara berbanding agenda dan kepentingan individu.

"Bagaimana rakyat mahu menikmati pemerintahan yang baik sekiranya perkara ini terus berlaku. Rakyat kini dilihat seperti tidak menjadi kepentingan kerajaan PN Johor apabila mereka kini lebih sibuk menjaga bilangan ADUN berbanding menjaga kepentingan rakyat," katanya.

https://origin.bharian.com.my/berita/politik/2020/10/741874/ph-johor-ajak-umno-bentuk-kerajaan-negeri
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,271
Reaction score
2,139
Points
206
lompat si katak lompat.
 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,009
Reaction score
264
Points
51
Terbaik..

Kerajaan sekarang patut dah dibubarkan...

Ada usul vote of no confident.. Tapi tak berani bawa..

Say BYE2 to kerajaan PN yg syok sendiri..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,597
Reaction score
11,045
Points
1,906
Menurut DAP dalam satu kenyataan, hal ini tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Pimpinan PH Johor.
#AWANInews #AWANI745 #PolitikMalaysia

DAP Johor terkejut dakwaan 'dipelawa' kerjasama PH-UMNO bentuk kerajaan negeri
Astro Awani
Oktober 14, 2020 23:55 MYT
DAP Johor terkejut dakwaan 'dipelawa' kerjasama PH-UMNO bentuk kerajaan negeri

Menurut DAP dalam satu kenyataan hari ini, hal ini tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Pimpinan PH Johor.

KUALA LUMPUR: DAP Johor mendakwa terkilan dengan kenyataan berkaitan pelawaan kerjasama Pakatan Harapan dan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan negeri, sekiranya parti itu memutuskan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN).

Menurut DAP dalam satu kenyataan hari ini, hal ini tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Pimpinan PH Johor.

"Pada hemat kami, sebarang usaha atau strategi untuk mengembalikan mandat rakyat dan membentuk kerajaan haruslah dalam makluman dan persetujuan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Johor," menurut kenyataan itu di sini, pada Rabu.



Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam dilaporkan berkata, parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik PN. Sebaliknya, ia akan memberi syarat baharu kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian untuk dilaksanakan, secepat mungkin.

Keputusan itu mampu memberi impak kepada kedudukan kerajaan Johor berikutan 14 daripada 29 Ahli ADUN PN adalah daripada UMNO manakala 14 lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), MIC (dua) dan Pas (satu).

PH memegang 27 kerusi DUN membabitkan 14 kerusi daripada DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) (sembilan) dan PKR (empat).


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,597
Reaction score
11,045
Points
1,906
alaa DAP, awak belajar la terima ketuanan Melayu

seronok tau dengar gandingan UMNO-DAP ni, ketuanan melayu-Cina all together, pastu campur dengan PKR yg nak samarata semua pihak, mesti bagus kombinasi ni
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
8,163
Reaction score
1,276
Points
151
Nak Bentuk kerajaan tak Ajak Abang Long DAP, marahlah Abang Long tu :ROFLMAO:
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,623
Reaction score
185
Points
43
pulak dah....lain macam sandiwara politik malaysia ni....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register