BTC USD 86,099.7 Gold USD 3,045.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH boleh menang dua pertiga jika berlaku persempadanan semula

zackpenang

Active+ Member
gem
Messages
4,965
Joined
Jan 9, 2010
Messages
4,965
Reaction score
1,762
Points
111

PH boleh menang dua pertiga jika berlaku persempadanan semula​

NOR SYAMIRA LIANA NOR ASHAHA
NOR SYAMIRA LIANA NOR ASHAHA
Disember 2024 11:56pm
Masa membaca: 2 minit

Interviu bertajuk 'PRU awal: PH-BN boleh menang?' berlangsung di Dewan Karangkraf pada Khamis menampilkan Penganalisis Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub sebagai ahli panel. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) berpotensi menang dua pertiga jika berlaku persempadanan semula kawasan Parlimen sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfiq Yaakub berkata, jangkaan tersebut berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 52 sampel untuk dipecahkan lebih daripada satu kawasan.

Menurutnya, PH berupaya untuk menambah kemenangan sebanyak 59 kerusi Parlimen hasil pecahan kerusi kawasan bandar yang sebelum ini dimenangi.
“Persempadanan semula itu sangat penting kepada mana-mana parti pemerintah. Bagi saya, dalam tempoh ini, ia begitu penting kepada PH untuk memecahkan kawasan yang menjadi kubu kuat dan kemudiannya menambah bilangan kerusi supaya memberi kelebihan kepada mereka dalam PRU16.

“Perkara itu tidak mustahil berlaku dan sudah tiba masanya persempadanan semula di kawasan tertentu dilakukan kerana... kalau kita lihat satu kawasan itu maju dari segi pembangunan maka populasi pengundi juga meningkat dengan pesat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Interviu bertajuk ‘PRU awal: PH-BN boleh menang?’ yang dihoskan oleh Haizir Othman di Dewan Karangkraf pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohammad Tawfiq memberitahu bahawa persempadanan itu bukan sahaja memberi kelebihan kepada parti politik malah turut dirasai rakyat.
Jelas beliau, jika perkara tersebut dilaksanakan maka masyarakat akan memperoleh perkhidmatan yang terbaik daripada wakil rakyat mereka.

Dalam pada itu, Mohammad Tawfiq turut menegaskan bahawa persempadanan semula itu juga perlu dilakukan terhadap negeri-negeri yang memberi undi besar kepada Perikatan Nasional (PN).
“Rakyat melihat setiap tindak tanduk yang dilakukan parti pemerintah kerana mereka ini sudah cukup matang dengan perkembangan politik dan mempunyai kuasa melalui peti undi.
Sinar Harian

Berita Telus & Tulus menerusi E-Mel setiap hari!​

“Jadi bagi saya persempadanan semula selain daripada memberi kelebihan kepada parti pemerintah, ia sebenarnya untuk menjaga kebajikan rakyat.
“Jangan terlalu padat di suatu kawasan sehingga rakyat nak jumpa wakil rakyat pun susah sehingga menyebabkan perkhidmatan terjejas,” ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

whatsapp sinarharian
 
Sponsored Post

Kerajaan Perpaduan berpotensi menang PRU16, ‘kunci’ ada pada Anwar - Pakar​

NOR SYAMIRA LIANA NOR ASHAHA
NOR SYAMIRA LIANA NOR ASHAHA
Disember 2024 11:30pm
Masa membaca: 2 minit

Interviu bertajuk 'PRU awal: PH-BN boleh menang?' berlangsung di Dewan Karangkraf pada Khamis menampilkan Penganalisis Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub sebagai ahli panel. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Interviu bertajuk 'PRU awal: PH-BN boleh menang?' berlangsung di Dewan Karangkraf pada Khamis menampilkan Penganalisis Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub sebagai ahli panel. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
SHAH ALAM - Kerajaan Perpaduan berpotensi untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) walaupun dilaksanakan lebih awal sebelum tamat penggal.
Bagaimanapun, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfiq Yaakub berkata, satu strategi politik penting untuk memastikan agihan kerusi itu memberi manfaat kelebihan kepada kedua-dua gabungan.

Menurutnya, jika tidak dilakukan dilakukan satu agihan kerusi yang tepat atau tidak ada pemberontakan dalaman BN, gabungan itu boleh membentuk kerajaan pada PRU16 akan datang.
“Pun begitu, perlu ada ketegasan daripada Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kerana kedua-duanya penting dalam mencorak Kerajaan Perpaduan.

“Kuncinya (rahsia raih kemenangan) itu ada pada Anwar. Kalau Anwar berjaya menjinakkan pemimpin daripada DAP, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi saya tidak ada masalah PH untuk bekerjasama semula dengan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Interviu bertajuk ‘PRU awal: PH-BN boleh menang?’ yang dihoskan oleh Haizir Othman di Dewan Karangkraf pada Khamis.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinan bahawa Kerajaan Madani mempunyai kelebihan memenangi PRU16 jika diadakan dalam tempoh terdekat.
Menurut Anwar, keyakinan tersebut berdasarkan kerangka pentadbirannya yang mementingkan aspek pengurusan ekonomi.

Mengulas lanjut, Mohammad Tawfiq memberitahu bahawa dalam tempoh dua tahun Kerajaan Perpaduan mentadbir, ketenteraman dalam PH dan kestabilan politik berjaya diwujudkan walaupun berdepan isu-isu tertentu.
Pada masa sama, beliau berkata, kunci yang kestabilan politik negara kini adalah disebabkan Pindaan Akta Anti Lompat Parti 2022.
Sinar Harian

Berita Telus & Tulus menerusi E-Mel setiap hari!​

“Jadi itulah sebenarnya formula yang menyebabkan satu keamanan dan kestabilan politik itu muncul kembali di negara kita, walau apa sahaja cubaan atau langkah yang cuba diambil oleh pihak pembangkang itu berjaya dipatahkan.
“Kunci itu telah menyekat pelbagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan. Dengan pindaan akta itu, ia sekurang-kurangnya meredakan suhu politik negara dan menyebabkan segala ruang dan laluan untuk meruntuhkan kerajaan sukar dilakukan,” ujarnya
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register