cek mek molek
CG Super Hardcore Club
- Messages
- 142,616
Paid Membership
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 142,616
- Reaction score
- 25,591
- Points
- 2,866
- Awards
- 1
PH-BN bakal rampas dua negeri pembangkang PRN nanti – PM
4 July 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama tetamu yang hadir selepas Peluncuran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam ketika di Kompleks Islam Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN 04 JULAI 2023.
PUTRAJAYA – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka bakal merampas dua negeri pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Keyakinan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi PH itu juga tidak menolak kemungkinan untuk terus kekal memerintah di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
“Sekarang ini kita nampak menjurus kepada kedua negeri lagi (bakal ditawan PRN nanti). Itu saya akan umumkan kemudian,” katanya selepas melancarkan buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di Kompleks Islam di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat gimik Peluncuran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam ketika di Kompleks Islam Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN 04 JULAI 2023.
Keyakinan Anwar berdasarkan hasil kajian dan maklumat yang diperoleh.
“Saya di dalam kerajaan ini ada dapat sedikit maklumat tambahan bahawa saya lihat tiga negeri tersebut sangat kuat untuk dipertahankan,” ujarnya.
PRN ke-15 turut membabitkan tiga lagi negeri iaitu Kedah, Terengganu dan Kedah yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN).
Dalam pada itu, Anwar memberitahu, pengagihan kerusi bersama BN telah selesai sepenuhnya dan tiada pertindihan yang berlaku.
Last edited: