BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGM Rampas Mercun Dan Bunga Api RM10,000

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
BESUT, 8 Ogos (Bernama) -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3 merampas sejumlah mercun dan bunga api yang dianggar bernilai RM10,000 yang dipercayai diseludup dari negara jiran, selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Selising Pasir Puteh, Kelantan petang semalam.

Komandernya 3 ACP Mohd Saleh Mat Jani berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki berumur 45 tahun dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, yang dibuat hasil maklumat awam dan intipan Unit Risikan Marin sejak tiga minggu lepas.

Beliau berkata lelaki itu yang merupakan seorang peniaga pasar malam di Kota Baharu mengaku bahawa mercun dan bunga api berkenaan adalah untuk pasaran di luar Kelantan menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

"Bertindak atas maklumat, sembilan anggota PGM bersama seorang pegawai menyerbu rumah berkenaan dan menemui mercun serta bunga api itu," katanya kepada pemberita di sini pada hari Sabtu.

Mohd Saleh berkata semua mercun dan bunga api itu ditemui dalam beberapa kotak yang ditutup dengan plastik hitam, dan menurutnya lelaki itu ditahan reman untuk membantu siasatan, manakala kes sedang disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Sementara itu di TUMPAT, Kelantan, Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas mercun bernilai kira-kira RM35,000 yang dipercayai cuba diseludup ke dalam negara, selepas memeriksa sebuah kereta berhampiran pangkalan haram dekat Kampung Bendang Pak Wong, di sini, Jumaat lepas.

Komander UPP Kelantan Mazlan Che Hamid berkata kegiatan itu dibongkar selepas lima anggota UPP Pengkalan Kubor yang diketuai Kpl Mohamad Othman menjumpai sebuah kereta Proton Saga yang diletakkan di bahu jalan di kawasan berkenaan, hasil maklumat orang awam pada pukul 1.49 pagi.

"Selepas diperiksa pasukan kami menjumpai mercun pelbagai jenis yang dimuatkan dalam lima guni dan dua kotak besar, dipercayai cuba diseludup untuk dijual di pasaran tempatan sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di Kompleks UPP Pengkalan Kubur, di sini.

Beliau berkata pihaknya menunggu hampir setengah jam untuk mengesan pemilik kereta itu, sebelum kereta berkenaan dibawa ke pejabat UPP Pengkalan Kubur untuk pemeriksaan lanjut.

"Semua barang kes yang bernilai RM35,000 itu akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Bahagian Pencegahan untuk tindakan lanjut," katanya dan menambah bahawa semua mercun itu didapati dari jenis Thunder Clap, Saddam dan Mancis, buatan China.

--BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register