BTC USD 95,261.9 Gold USD 2,897.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Tumpaskan Kegiatan Seludup Gula, Minyak Masak Ke Thailand

Md Hanif

Fun Poster
Messages
840
Joined
Jun 13, 2023
Messages
840
Reaction score
64
Points
25
76cee4388a7fba6edcc0f2ac86e330196731bba182a51

0bf9b34c61d71451e6f9e7bf3143554e6731bbb6a858d

Sebanyak 13,000 kilogram (kg) gula untuk diseludup ke Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Kulim Wakaf Bharu, Tumpat semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 pada 5 petang selepas menahan sebuah lori jenis Isuzu dipandu lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori, ditemui barangan runcit iaitu gula kasar tanpa dokumen yang sah.

“Suspek yang ditahan ialah seorang lelaki berumur 26 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup gula itu ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM40,285.20 dan kesemua barangan rampasan serta suspek dibawa ke Balai Polis Wakaf Bharu untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan pada 6 petang di kampung sama, anggota Batalion 8 turut menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak masak.

Nik Ros Azhan berkata rampasan dilakukan selepas menahan sebuah lori jenis Daihatsu dan sebuah van jenis Toyota Hiace dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.

“Hasil pemeriksaan ditemui 300 kotak minyak masak dalam dua kenderaan itu tanpa dokumen yang sah, manakala kedua-dua suspek berumur 56 dan 24 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup minyak masak berkenaan ke negara jiran.

“Anggaran nilai rampasan minyak masak berjumlah RM12,750 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Sponsored Post

Nasional
5 individu dikehendaki, terbabit kes seleweng diesel di Kelantan
21 November 2024, 6:36pm
153
Shares
facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonemail sharing button

Lima individu termasuk seorang wanita dikehendaki pihak berkuasa bagi pertuduhan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. FOTO NSTP/IHSAN KPDN
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengesan lima individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes berkaitan kawalan bekalan barang.

Kesemua mereka yang berusia 24 hingga 55 tahun dan warga tempatan itu dikehendaki bagi pertuduhan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, lima individu itu dikehendaki untuk kes berkaitan penyelewengan 3,399 liter diesel yang dirampas Februari lalu.

“Pada 13 November lalu, seorang pemilik lori berusia 64 tahun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu memiliki 3,399 liter diesel tanpa lesen dan gagal mengemukakan maklumat atau dokumen berhubung bahan api itu.

“Barang kawalan itu ditemukan dalam lori tangki miliknya dalam rampasan di Jalan Kampung Gong Kala Sungai Petai, Pasir Puteh pada 2 Februari lalu.

“Lima individu yang dihendaki ini disyaki terbabit dalam kes berkenaan untuk dijalankan pertuduhan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azman berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi pejabat KPDN Negeri Kelantan atau melaporkannya kepada pihak berkuasa atau menghubungi terus pegawai penyiasat di talian 019-6556497.
 
PGA rampas beras, lembu, kenderaan bernilai lebih RM800,000 di sempadan​

07 Januari 2025 08:40pm

Nik Ros Azhan

Nik Ros Azhan

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas dua treler, lebih 35 metrik tan beras serta 14 ekor lembu dianggarkan bernilai lebih RM800,000 dalam dua rampasan berasingan di Pasir Mas dan Tanah Merah, hari ini dan semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pasukannya bersama Unit Kereta Peronda daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas menahan sebuah treler dalam keadaan mencurigakan di pangkalan haram Yasin di Lubok Gong, Pasir Mas, 9.30 pagi, hari ini.

"Hasil pemeriksaan di bahagian belakang treler ditemukan 35,290 kilogram (kg) beras Siam bernilai RM141,160 disyaki diseludup masuk dari Thailand.

"Seorang pemandu lelaki berusia 32 tahun gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan beras yang dibawa telah ditahan dan siasatan lanjut dipercayai kesemua beras tersebut dibawa masuk dari negara jiran melalui laluan tidak sah,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya kesemua barangan rampasan termasuk beras dan treler jenis Volvo dianggarkan bernilai RM561,160 manakala suspek diserahkan kepada pihak Kawalselia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, anggota Batalion 9 PGA menahan sebuah treler jenis Hino yang membawa 14 ekor lembu bernilai RM136,500 di Sekatan Jalan Raya Lalang Pepuyu, 3.30 petang semalam.

Beliau berkata, pemandu treler itu iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun mengemukakan dokumen berkaitan lembu yang dibawa namun kesemua tag telinga haiwan itu tidak sama seperti dalam permit pindah binatang yang diberikan serta meragukan.

"Keseluruhan rampasan iaitu lembu dan treler dianggarkan bernilai RM321,500 telah dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan lanjut oleh Jabatan Veterinar," katanya. - Bernama

Dorang seludup kereta apa tu? Hailak ke?
 
Back
Top
Log in Register