BTC USD 85,903.4 Gold USD 3,050.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA rampas jeans seludup dari Thailand lebih RM19,000

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,807
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
58,807
Reaction score
6,837
Points
881
Awards
1
PGA rampas jeans seludup lebih RM19,000

Komander Briged Tenggara PGA Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata warga tempatan yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, ditahan di kawasan berhampiran.

Bernama08 Nov 2024, 06:48 PM
Free Malaysia Today

Beberapa bungkusan mengandungi 129 helai seluar jeans tanpa dokumen sah yang ditemui dalam Naza Citra di pangkalan haram Pok Mat Khamis lalu. (Gambar PGA7)
KOTA BHARU:
Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan sindiket menyeludup 129 seluar jeans dipercayai dari Thailand dianggarkan bernilai RM19,350 dalam operasi Taring Wawasan, Khamis lepas.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Nik Ros Azhan Ab Hamid, berkata seluar itu ditemui dalam Naza Citra dipandu seorang lelaki di pangkalan haram Pok Mat, Rantau Panjang pada 6.30 petang.

Beliau berkata, warga tempatan yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, ditahan di kawasan berhampiran.

“Hasil pemeriksaan menemui beberapa bungkusan mengandungi 129 helai seluar jeans dalam kenderaan itu tanpa dokumen sah.

“Suspek dan semua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, PGA akan terus mempergiatkan usaha mengekang kegiatan penyeludupan berleluasa di sempadan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
 
Back
Top
Log in Register