BTC USD 94,452.0 Gold USD 2,690.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Kelantan rampas 40,000 pokok orkid seludup dari Thailand bernilai RM2.1 juta

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,145
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,145
Reaction score
6,702
Points
881
Awards
1
PGA Kelantan rampas 40,000 pokok orkid seludup bernilai RM2.1 juta


Foto FB Briged Tenggara PGA
KOTA BHARU, 7 Oktober - Sebanyak 40,000 pokok orkid bernilai RM2.1 juta yang dipercayai diseludup dari Thailand berjaya dirampas sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) dalam Op Taring Wawasan Kelantan, pada Ahad.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata kegiatan penyeludupan tersebut berjaya dipatahkan ketika sekatan jalan raya dilakukan di Chabang Empat Salam, Rantau Panjang, dekat sini pada kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Semasa kejadian, anggota PGA7 yang sedang membuat kawalan mendapati sebuah lori mencurigakan, dipandu oleh seorang lelaki berusia 52 tahun, Lori tersebut kemudian diarahkan berhenti untuk pemeriksaan lanjut.

"Hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori terbabit menemui lebih 40,000 pokok orkid yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah, untuk pasaran tempatan di Kelantan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Nik Ros Azhan suspek bersama kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Rantau Panjang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.-BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register