BTC USD 86,099.7 Gold USD 3,045.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA gagalkan cubaan seludup pokok durian, petai dari Thailand bernilai lebih RM2 juta

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,806
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
58,806
Reaction score
6,837
Points
881
Awards
1
PGA gagalkan cubaan seludup pokok durian, petai bernilai lebih RM2 juta

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
A view of the sea

PGA menggagalkan kegiatan penyeludupan pokok hiasan dan pokok durian serta petai dari Thailand membabitkan nilai lebih RM2 juta. FOTO ihsan PGA
Rantau Panjang: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan kegiatan penyeludupan pokok hiasan dan pokok durian serta petai dari Thailand membabitkan nilai lebih RM2 juta menerusi dua rampasan di sini, semalam dan tengah malam tadi.

Rampasan pertama jam 9 pagi semalam di Batu Karang sebelum rampasan kedua jam 12.20 tengah malam tadi di hadapan Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Rantau Panjang.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata serbuan pertama dilakukan selepas pihaknya menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 1,500 anak pokok pelbagai buah-buahan seperti durian Monthong, dokong dan petai dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam lori terbabit.

"Tanaman ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit. Suspek seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tanaman itu ke pasaran tempatan.

"Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM800,000 dan kes disiasat dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, rampasan kedua membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun selepas menahan lori yang dipandunya.

"Pemeriksaan dalam lori berkenaan terdapat lebih 2,000 anak pokok bunga pelbagai jenis antaranya jenis Willow, Lavender, Texas Sage, Oleander dan lain-lain lagi dipercayai diseludup dari Thailand.

"Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM1.25 juta termasuk kenderaan dan kes disiasat dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5," katanya.

Disiarkan pada: February 6, 2025 @ 12:47pm
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register