BTC USD 26,512.7 Gold USD 1,965.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pfizer jangka jualan vaksin COVID-19 jatuh mendadak

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,405
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,405
Reaction score
5,236
Points
481
Awards
1
Pfizer jangka jualan vaksin COVID-19 jatuh mendadak

Pfizer merekodkan jualan AS$56 bilion vaksin COVID-19 pada 2022 - Foto AFP
BENGALURU/NEW JERSEY: Pfizer Inc mengunjurkan penurunan lebih besar daripada jangkaan jualan vaksin dan rawatan COVID-19 pada 2023, meningkatkan lagi kebimbangan pelabur terhadap permintaan bagi produk berkenaan apabila kerajaan di seluruh dunia mengurangkan tempahan serta menyusun inventori.

Ketua Eksekutif, Albert Bourla, berkata 2023 akan menjadi 'tahun peralihan' bagi produk COVID-19 Pfizer, sebelum berpotensi kembali meningkat pada 2024.

Jualan tahunan Pfizer melepasi paras AS$100 bilion buat kali pertama pada 2022, dipacu oleh jualan melebihi AS$56 bilion vaksin COVID-19 dan rawatan antiviral Paxlovid.

Ia menjangkakan pendapatan pada 2023 antara AS$67 bilion hingga AS$71 bilion.

"Kami sedang membina kedudukan modal besar yang kami tahu bagaimanapun dapat digunakan untuk menjana pertumbuhan," kata Bourla kepada penganalisis dan pelabur dalam satu panggilan persidangan.

"Kami sedang membina sebuah enjin R&D (penyelidikan dan pembangunan) yang lebih produktif berbanding sebelumnya."

Syarikat itu melancarkan lima produk baharu tahun lalu dan berharap akan memperkenalkan sehingga 14 produk lagi dalam tempoh setahun setengah akan datang, termasuk vaksin bagi 'respiratory syncytial virus' (RSV) dan vaksin selesema mRNA.

Saham Pfizer susut sedikit kepada AS$43.53. Saham syarikat itu merosot 15 peratus tahun ini.

Penganalisis Citi, Andrew Baum, berkata syarikat itu bergelut untuk keluar daripada kebergantungannya terhadap ubat-ubatan COVID-19.

"Kami melihat perubahan kecil kepada pandangan berhati-hati kami terhadap perniagaan selain COVID-19 Pfizer," katanya dalam satu nota penyelidikan.

-Reuters
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register