Petronas untung RM63b

CG Sponsors




eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatat kenaikan keuntungan sebelum cukai sebanyak 48.6 peratus bagi enam bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2008 kepada RM63.26 bilion berbanding RM42.57 bilion untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Perolehan bagi syarikat petroleum itu bagi tempoh kewangan tersebut adalah sebanyak RM157.20 bilion berbanding RM102.86 bilion untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Petronas dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai faktor kenaikan dalam prestasi kewangannya.

Untung bersih bagi tempoh berkenaan juga meningkat sebanyak 46 peratus kepada RM38.64 bilion berbanding RM26.47 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.

"Penyumbang terbesar kepada perolehan bagi tempoh kewangan berkenaan adalah daripada segmen perniagaan minyak sebanyak 49.8 peratus dengan nilai sebanyak RM78.22 bilion," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, daripada jumlah tersebut, produk petroleum yang ditapis menyumbang sebanyak RM60.72 bilion manakala bakinya daripada dagangan minyak mentah.

Penyumbang kedua terbesar kepada perolehan kumpulan pula adalah daripada segmen penerokaan dan pengeluaran yang menyumbang sebanyak 19.7 peratus bernilai RM30.87 bilion, tambah kenyataan itu.

Daripada jumlah berkenaan, minyak mentah menyumbang sebanyak 18 peratus bernilai RM28.19 bilion manakala gas asli sebanyak 1.7 peratus berjumlah RM2.68 bilion.

Menurut kenyataan itu, perniagaan gas pula adalah penyumbang ketiga terbesar kepada perolehan Petronas sebanyak 17.9 peratus, yang mana gas asli cecair (LNG) menyumbang 14.4 peratus dengan nilai berjumlah RM22.67 bilion manakala gas yang diproses pula menyumbang 3.5 peratus bernilai RM5.49 bilion.

Selain itu menurut kenyataan itu, segmen perniagaan domestik telah menyumbang sebanyak RM31.53 bilion (20 peratus) kepada perolehan syarikat, pasaran eksport sebanyak RM56.70 bilion (36.1 peratus) manakala operasi luar negara berjumlah RM68.95 bilion (43.9 peratus).

Kenyataan Petronas itu menjelaskan, lebihan baki tunai bagi tahun kewangan tersebut adalah sebanyak RM72.23 bilion berbanding RM71.45 bilion tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, syarikat petroleum itu memberitahu, perbelanjaan modal bagi tempoh kewangan berkenaan adalah sebanyak RM23.18 bilion berbanding RM13.29 bilion untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, daripada jumlah berkenaan, segmen penerokaan dan pengeluaran membabitkan peruntukan RM18.53 bilion, minyak sebanyak RM1.15 bilion, gas dan petrokimia masing-masing RM604 juta dan RM501 juta manakala peruntukan untuk segmen perkapalan adalah RM2.07 bilion.

Perbelanjaan modal untuk segmen demografik bagi tahun kewangan tersebut adalah sebanyak RM23.18 bilion berbanding RM13.29 bilion.

Petronas berkata, daripada jumlah tersebut, perbelanjaan modal untuk segmen domestik adalah sebanyak RM10.72 bilion manakala pasaran antarabangsa berjumlah RM12.45 bilion.
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Memang patutlah Petronas umumkan keuntungan kepada rakyat supaya tak menimbulkan perasaan ketidakpuashatian rakyat kepada Kerajaan. Petronas merupakan antara penjana kewangan terbesar negara. Sekaligus penjamin tahap ekonomi negara berada di tahap yang membanggakan. Kalau Petronas tak istiharkan keuntungan mereka, maka jadilah keadaan huru hara kat negara ni. Rakyat pasti berasa tidak puas hati dengan Kerajaan.
 

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
94
Points
120
tu dia... terbongkar sikit demi sedikit...
 

klon8504

Super Active Member
Joined
Jun 21, 2008
Messages
5,110
Reaction score
6
Points
65
urm banyak nyee untung.. bagus lah tu
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
untung banyak... apa lagi kan????
turunlagi rege minyak tuuuuuuuuuuuuu.................
huhu..
 

klon8504

Super Active Member
Joined
Jun 21, 2008
Messages
5,110
Reaction score
6
Points
65
untung banyak... apa lagi kan????
turunlagi rege minyak tuuuuuuuuuuuuu.................
huhu..
hehehe.. mugkin buleh.. tpi mesti diowg kaji dri aspek lain kan.
 

juri

Fun Poster
Platinum Member
Joined
Apr 7, 2007
Messages
362
Reaction score
43
Points
20
Kalo Petronas tu I punyer....kan best...
ialah banyaknya duit petronas ni. tapi tahun depan mungkin untung petronas ni akan berkurangan sebab harga minyak dunia jatuh...:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register