BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Petronas Chemicals alami kerugian RM789 juta pada suku ketiga

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,989
Joined
Apr 18, 2010
Messages
47,989
Reaction score
5,220
Points
486
Awards
1
progressing-energy-chemical5_1732084931.jpg


KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM789 juta untuk suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding keuntungan bersih RM424 juta pada suku sama setahun lalu.

Pendapatannya pada suku dikaji adalah sebanyak RM7.98 bilion berbanding RM6.78 bilion pada suku sama tahun lalu.

Menurut PCG, kerugian bersih itu kebanyakannya didorong oleh kerugian pertukaran mata wang asing yang tidak direalisasi atas penilaian semula hutang di Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (PPC) dan penilaian semula pinjaman pemegang saham kepada PPC.

"Pada suku dikaji, dolar AS merosot berbanding ringgit Malaysia daripada 4.721 pada 30 Jun 2024 kepada 4.107 pada 30 September 2024.

"Keuntungan selepas cukai (PAT) kumpulan dianggarkan pada RM352 juta, jika tidak termasuk kesan kerugian pertukaran mata wang asing," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PPC ialah syarikat usaha sama 50:50 antara PCG dan Saudi Aramco yang terletak di Pengerang Integrated Complex (PIC) di Johor.

Kompleks berkenaan terdiri daripada empat loji polimer dan satu loji glikol dengan kapasiti reka bentuk secara keseluruhan sebanyak tiga juta tan metrik setahun.

Kemudahan ini menyelesaikan ujian prestasi pada suku ketiga 2024, lebih awal dari operasi komersial yang disasarkan pada akhir 2024.

PCG berkata, PPC ialah syarikat mata wang fungsian dalam dolar AS dan kelemahan dolar AS berbanding ringgit baru-baru ini telah mengakibatkan kerugian pertukaran mata wang asing yang tidak direalisasi setelah penilaian semula hutang berjumlah RM536 juta, yang direkodkan oleh PCG.

"Selain itu, PCG telah menyediakan pinjaman pemegang saham yang didominasikan dalam dolar AS kepada PPC yang juga terdedah kepada pertukaran mata wang asing yang tidak direalisasi berjumlah RM492 juta, disebabkan pergerakan pertukaran mata wang asing yang tidak menguntungkan.

"Jumlah kerugian pertukaran mata wang asing pada suku ketiga 2024 ialah RM1.1 bilion dan ini termasuk kerugian pertukaran mata wang asing daripada operasi-operasi lain berjumlah RM86 juta," katanya.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail, berkata prestasi kewangan kumpulan untuk suku dikaji amat terkesan oleh kemerosotan dolsr AS berbanding ringgit terutamanya daripada pelaburan mereka di PPC.

"Dari segi operasi, prestasi perniagaan teras kami bertambah baik pada suku ketiga 2024 apabila merekodkan penggunaan loji yang lebih tinggi di operasi di Malaysia, menyumbang kepada jumlah jualan yang lebih tinggi.

"Kami telah menyelesaikan semua jiuan prestasi di unit petrokimia di PPC dan kini sedang bersiap sedia untuk operasi komersial, yang disasarkan pada akhir tahun ini.

"Ini adalah pencapaian penting bagi kami, dalam menyampaikan sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk mengukuhkan perniagaan bahan kimia asas dan mempelbagaikan secara terpilih kepada derivatif dan bahan kimia khusus," katanya.

Beliau menambah, molekul yang tersedia daripada rantaian berasaskan nafta akan membolehkan PCG mengembangkan tawaran menjangkaui portfolio semasa, termasuk produk yang lebih khusus dan inovatif di peringkat hiliran.

"Bagaimanapun, boleh diramalkan bahawa permulaan aset bermodal intensif yang berskala besar ini akan memberi kesan material kepada pendapatan kumpulan, termasuk kesan pertukaran mata wang pada suku dikaji.

"Jika dolar AS terus meningkat pada suku keempat 2024, kami akan menjangka pembalikan separa terhadap kerugian pertukaran mata wang asing yang tidak direalisasi," katanya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register