BTC USD 39,978.6 Gold USD 1,863.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peti Surat Pos Malaysia - Tong sampah penyeluk saku

arjan

Fun Poster
Joined
May 14, 2010
Messages
570
Reaction score
11
Points
15
Di petik dari Bharian Oleh Halina Mohd Noor

pix_gal0


KUALA LUMPUR: Peragut dan penyeluk saku menjadikan peti surat Pos Malaysia di sekitar bandar raya ini sebagai tempat memulangkan semula dompet mangsa selepas mengambil wang mereka.

Perbuatan penjenayah yang masih mempunyai perasaan untuk memulangkan dokumen penting milik mangsa mereka itu, dikesan kebanyakan posmen yang sering menemui pelbagai jenis dompet ketika mengutip surat setiap hari.

Sekurang-kurangnya satu dompet ditemui setiap hari daripada 20 peti surat khususnya di kawasan yang disenarai hitam kerana mempunyai kadar jenayah tinggi seperti di Sentul, sekitar Jalan Pahang dan Pudu.
Minggu lalu, posmen, Mohd Sabri Yaacob, 24, menemui dompet milik penulis yang hilang dipercayai ada kaitan dengan penyeluk saku di dalam peti surat di Jalan Pahang, di sini.

Mohd Sabri menghubungi nombor pejabat yang tertera pada kad panggilan penulis yang ditemui dalam dompet berkenaan untuk memaklumkan mengenainya.

Mohd Sabri berkata, bukan sesuatu yang baru bagi posmen sepertinya menemui dompet di dalam peti surat kerana sejak bertugas dua tahun lalu beliau menemui beratus dompet.

Semua dompet yang ditemui boleh dikatakan tiada lagi wang yang tinggal tetapi hanya dokumen penting seperti kad pengenalan, kad kredit dan kad bank. Mungkin penjenayah tidak mahu menyusahkan mangsanya dengan kehilangan dokumen berkenaan.
Dompet yang ditinggalkan biasanya sudah buruk atau kusam, manakala yang masih cantik diambil kerana boleh dijual semula terutama yang ada jenama terkenal manakala dokumen berkenaan diikat dengan getah atau dibalut dengan kertas surat khabar sebelum ditinggalkan, katanya yang ditemui ketika mengutip surat di Taman Maluri di sini bersama rakan setugas, Azlan Abidin, 37.

Azlan yang bekerja sebagai posmen sejak lapan tahun lalu, berkata posmen yang menemui dompet berkenaan akan cuba menghubungi nombor telefon pemilik sekiranya ada sebarang maklumat di dalamnya kerana memahami betapa sukarnya apabila kehilangan semua dokumen berkenaan.

Jika tiada, kami akan masukkan semula ke dalam karung surat dan hantar kepada pihak bertanggungjawab di Pos Malaysia untuk tindakan seterusnya.

Selain dompet, kami menemui dokumen lain seperti pasport dan surat beranak. Malah, saya pernah menemui kad pengenalan polis milik sepasang suami isteri.

Kebiasaannya, kami banyak menemui dompet dan dokumen penting ini selepas cuti hujung minggu atau pada hari pertama bekerja termasuk pada musim perayaan, katanya.



Satu lagi tugas murni posmen untuk masyarakat bagi mengembali kepada empunya. :)cgrock








.
 
Last edited:
Sponsored Post

persada

Account locked as requested by owner
Joined
Jul 16, 2009
Messages
4,776
Reaction score
54
Points
35
wah 2 in 1 ni hihihih ;D
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,921
Reaction score
541
Points
161
baguslah tu,skrg ni penyeluk saku dah berhemah,terima kasih kepada penyeluk saku hahahahaha
 

-Johan-

Super Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
6,838
Reaction score
116
Points
73
macam-macam hal.... penyeluk saku pun masih ada hati ye..
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
da boleh letak tag... peti surat /peti dompet
 

aaril

Fun Poster
Joined
May 2, 2008
Messages
829
Reaction score
6
Points
15
Ada juga yang rasa hati nak pulangkan...dari peragut yang jahanam tu,
 

bintara80

Active Member
Joined
Aug 11, 2010
Messages
2,462
Reaction score
22
Points
35
ataukah...peragut ini pernah kehilangan IC sbb tu payah nak masuk lokap?
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,852
Reaction score
40
Points
130
penyeluk saku tetap jahat walaupun di wat macam tu.
wat keje haram, macam mane hidup nak dapat berkat.
 

zalie78

Fun Poster
Joined
Nov 20, 2007
Messages
537
Reaction score
3
Points
15
ni bukan peragut yg pulang kan ..org ramaiyg masukan dalam peti surat anyway thank to bro posmen
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register