Santai Pesta Pasang Bendera

CG Sponsors




MrLey

Active+ Member
Joined
Jan 1, 2010
Messages
3,292
Reaction score
68
Points
30
Salam CGrians,

Saje je den nak santai santai lepas penat pasang bendera.

Jauh jauh den balik siang tadi (Kulai ke Kuala Selangor) dan join rakan taman perumahan pasang bendera untuk pilihanraya.
Pastinya bendera Pakatan Rakyat.

Kawan-kawan dah ready buluh dalam 300 batang tapi dapat peruntukan bendera Pakatan 50 helai je.

Dapat bendera petang tadi hantar kedai minta jahit tepi untuk senang nak masukkan batang.

Tengah pasang-pasang datang satu team anak mudah India tanya mana bahagian mereka nak pasang. Kami tanya dari parti mana?

Mereka kata semalam mereka pasang bendera BN. Kami cakap maaf la salah parti ni. Mereka masih nak tolong pasang. Katanya tak kira apa parti janji dapat upah.

Kami dengan lembut cakap..maaf la bang. Kami dari Pakatan buat kerja ikhlas dari hati. Kami tak terima atau bagi upah. Malah kami sendiri keluarkan wang kalau perlu untuk menjayakan tugasan ni.

Kami tahu peruntukan bendera Pakatan taman ni 50 helai je bukan sebab takde duit nak tempah bendera tapi sebab kami taknak membazir. Memang itu yang kami persetujui dalam meeting. Kita bukan nak menang bendera tapi kami nak menang undi.

Anak-anak muda India tu jadi macam segan. Mereka kata semalam pasang BN mereka janji bagi upah. Bila tanya rupanya duit upah dah bagi pada orang yg in-charge tapi tak dapat kat mereka.

Akhirnya mereka tolong juga pasang bendera Pakatan walau tau tak dapat upah. Kerana marah mereka tanggalkan bendera BN yang dipasang semalam.

Tapi baiknya geng-geng Pakatan kami cakap..brother tak perlu turunkan semula bendera BN tu..itu dah kira salah..kita pilihanraya bukan mau gaduh..nanti orang BN kata kami yang turunkan..janji masa undi brother tau mana satu nak undi..yang ihklas atau yang menipu..

Kami pun naikkan semula bendera BN tadi bersama bendera Pakatan yang ada 50 helai je..Mungkin sehari dua lagi kami terima bendera PAS pula. Geng India tadi nak join pasang juga walaupun ditegaskan takde upah. Minum kat kedai lepas pasang je den dan rakan rakan boleh bawa.

Itulah al kisah den malam ni dengan cerita yang den raso nak kongsi bersama.

BN - segalanya duit.
Kasi BR1M pada yang tak bayar cukai yang dapat. Yang bayar cukai melopong.

Pakatan - duit bukan segalanya.
Kita tak janjikan tunai atau gula-gula tapi Merakyatkan Ekonomi Selangor. Kami Selangor dah rasa...yang negeri lain pun patut kena rasa.


:)cgrock:)cgrock:)cgrock

Terkenang arwah ayahanda..bekas Pengarah Pilihanraya Pakatan di Selangor pada PRU yang lepas-lepas.
Anakanda akan meneruskan perjuangan ayahanda selagi Pakatan ini tidak terpesong dan tercemar (iaitu tidak merakyatkan ekonomi tapi hanya untuk kroni).
 
Sponsored Post

MrLey

Active+ Member
Joined
Jan 1, 2010
Messages
3,292
Reaction score
68
Points
30
Wah ada lagi bendera dah sampai..tapi esok pulak la..dah lewat ni takut mengganggu warga taman..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register