Info Pesta Buku Selangor 2020 - Hadiah cabutan bertuah keseluruhan RM49,500

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,092
Reaction score
1,575
Points
206

PBS2020 berlangsung dari 27 Februari hingga 8 Mac 2020 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Ia akan dibuka dari 10 pagi hingga 9.30 malam (setiap hari) dan 10 pagi hingga 10.30 malam (Sabtu & Ahad).
AGENSISELANGOR

by Norhayati UmorFebruari 12, 2020 11:23 am

SHAH ALAM, 12 FEB: Pesta Buku Selangor 2020 (PBS2020) bermula 27 Februari ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM49,500 menerusi cabutan bertuah setiap hari, kata pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Mastura Muhamad berkata dengan pembelian serendah RM30 sahaja, seramai sembilan pengunjung dipilih setiap hari untuk menerima RM500 sepanjang 11 hari pesta buku itu berlangsung.

“Cabutan bertuah ini diumumkan pada 6.30 petang dan 8.30 malam setiap hari dan kami menjangkakan kehadiran 500,000 pengunjung pada pesta buku kali ini,” katanya kepada SelangorKini.

Bertemakan “Jom Baca Buku”, acara perasmian PBS2020 bakal disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari pada 1 Mac.
Sebanyak 140 gerai jualan disediakan dengan penyertaan 100 pempamer pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa, pesta buku itu bertujuan mendidik masyarakat budaya membaca dan mencintai buku.

Antara aktiviti dijalankan adalah seminar etnosains Melayu, seminar pemikiran Islam, bengkel magik rubik dan cabaran hotmath, selain slot khas bersama Persatuan The Lost Food Project.
PBS2020 berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dari 10 pagi hingga 9 malam dan dilanjutkan kepada 10.30 malam bagi Sabtu dan Ahad.

sumber - https://selangorkini.my/2020/02/pesta-buku-selangor-2020-tawar-hadiah-cabutan-keseluruhan-rm49500/
 
Sponsored Post

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,572
Reaction score
265
Points
96
Bagus ni mesti buku jual harga murah
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Rasai Interaksi Bersama Karektor Buku Di Pesta Buku Selangor

29.02.2020 - Shah Alam, Pengunjung di Pesta Buku Selangor 2020 (PBS2020) boleh merasai pengalaman berinteraksi dengan karakter di dalam buku sekaligus memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Pempamer Jendela Informasi Sdn Bhd, Muhammad Afiq Azlan, 25, berkata pesta tahunan itu memberi peluang kepada orang ramai merasai suasana itu melalui teknologi Augmented Reality (AR) atau realiti berperantara di tapak pameran syarikat penerbitannya.

Katanya AR adalah teknologi membolehkan seseorang mengalaminya melalui audio dan video tiga dimensi.

AR adalah sejenis kesan visual dihasilkan oleh telefon bimbit atau komputer apabila objek visual yang ada pada buku atau apa jua bahan bercetak menghasilkan pemandangan sebenar yang kelihatan di paparan skrin.

Hasilnya, pengguna dapat memandang dunia sebenar melalui skrin komputer atau telefon dan mereka mendapati seolah-olah visual tersebut wujud secara realiti.

“Walaupun buku dijual berteknologi tinggi serta diimport dari Australia, tetapi harganya masih mampu dimiliki.

“Sebuah buku berharga serendah RM45 dan kita menawarkan promosi tiga buku berharga RM120,” katanya menambah pembeli boleh memuat turun aplikasi ‘Hippo Magic’ secara percuma di telefon pintar.

Bagi pempamer ALFA and Friends Sdn Bhd, Noor Fazliyana Mohamad Fadzil, 26, berkata pihaknya menawarkan komik Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) meliputi 30 isu termasuk perkakas eksperimen untuk kanak-kanak berumur lingkungan empat hingga sembilan tahun

“Kita menyediakan produk khas untuk ibu bapa supaya mereka boleh meluangkan masa mengajar dan mendedahkan anak-anak berkaitan sistem STEM.

“Dalam perkakas eksperimen, kami menyertakan garis panduan lengkap dari awal hingga akhir dan teori yang mudah difahami,” katanya.

Bertemakan “Jom Baca Buku”, acara perasmian PBS2020 dijadual disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari esok.

Sebanyak 140 gerai jualan disediakan dengan penyertaan 100 pempamer pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa, pesta buku itu bertujuan mendidik masyarakat budaya membaca dan mencintai buku.

Antara aktiviti dijalankan adalah seminar etnosains Melayu, seminar pemikiran Islam, bengkel magik rubik dan cabaran hotmath, selain slot khas bersama Persatuan The Lost Food Project.

PBS2020 berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dari 10 pagi hingga 9 malam dan dilanjutkan kepada 10.30 malam bagi Sabtu dan Ahad.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/02/rasai-interaksi-bersama-karektor-buku-di-pesta-buku-selangor/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Jadikan Pesta Buku Selangor Bertaraf Antarabangsa

01.03.2020 - Shah Alam, Penganjuran Pesta Buku Selangor 2020 (PBS2020) diharap melonjakkan prestasinya sebagai acara tahunan bertaraf antarabangsa, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata penganjuran pesta buku itu menjadi salah satu faktor yang mampu menjana ekonomi dan pemangkin kepada budaya ilmu.

Katanya faktor itu menjadi antara sebab utama penganjuran pesta buku setiap tahun bermula pada 2006 di Kompleks PKNS Shah Alam sebelum berpindah ke Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 2011.

“Pertukaran lokasi pesta buku ini titik penting kerana Pesta Buku Selangor terpaksa berdiri di atas kekuatan identitinya sendiri tanpa bergantung kepada keramaian pengunjung ke pusat membeli-belah,” kata Amirudin ketika majlis perasmian PBS2020 di SACC, hari ini.

Beliau berkata kajian dilakukan untuk Pesta Buku Toronto 2012 anggaran pengunjung 75,000 hingga 125,000 menunjukkan pesta buku menyumbang sehingga $39 juta (Canadian Dollar) dalam kesan ekonomi, menambah 600 pekerjaan kepada ekonomi tempatan dan menarik kira-kira 20,000 pelancong.

“PBS diharap sentiasa progresif dengan keperluan semasa masyarakat, menjadi pemangkin, berdaya imaginatif dan menguntungkan pembaca, penerbit serta pengarang dalam mencari semula minat terhadap buku agar ia konsisten sebagai budaya ilmu,” katanya.

Pesta buku kali ke-15 ini anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Kerajaan Negeri membawa tema ‘Jom Baca’ bersempena sambutan KL Ibu Kota Buku Dunia 2020.

Dengan penyertaan 100 pempamer, penganjur menyasarkan kehadiran 500,000 pengunjung sepanjang 11 hari pesta sehingga 8 Mac hadapan.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/03/mb-jadikan-pesta-buku-selangor-bertaraf-antarabangsa/
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,092
Reaction score
1,575
Points
206
yeahh marreyy habihkan duit gaji utk beli buku anak2 anda ekekeekeke

p/s - klu ado buku2 lamo jual harga rm1 sebuah, baru den akan borong 10 bijik buku ekekeke
 
Sponsored Post
Top
Log in Register