BTC USD 19,385.6 Gold USD 1,690.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesilat Kristian dedah sebab pakai tudung

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,772
Joined
Jun 17, 2007
Messages
30,772
Reaction score
4,126
Points
261
Awards
1
Pesilat Kristian dedah sebab pakai tudung
7574-E2-FF-4-ED0-4-AE9-B446-D89-EBA81453-F.jpg

Oleh Saiful Affendy Sapran
A view of the sea
MERRYWATI sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat. FOTO Ihsan Pesaka
Kuala Lumpur: Pesilat negara, Merrywati Manuil menjawab persoalan ramai pihak mengapa memakai tudung pada penampilannya di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 dekat Ayer Keroh bulan lalu sedangkan dirinya adalah beragama Kristian.

Merrywati yang memenangi pingat emas pada kejohanan itu bagi Kategori Solo Kreatif Wanita sekali gus memegang status juara dunia menjelaskan tindakannya itu adalah bagi menghormati seni silat warisan orang Melayu.

"Banyak yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang-orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat.

"Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan. Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan," katanya menerusi status media sosial miliknya.

Jelas pesilat berasal dari Sabah itu, tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak yang meminta dirinya untuk memakai tudung.

"Semestinya tiada paksaan dari mana-mana pihak. Saya belajar ilmu orang Melayu sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari.

"Semoga persoalan berkaitan memakai tudung ini terjawab. Aihh jangan serius bah kita kita juga baini. Kalau orang Melayu ada Mat Kilau, saya orang Murut ada Aki Antanom," katanya merujuk kepada wira tempatan itu yang memimpin orang Murut untuk menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) satu ketika dahulu.

Merrywati adalah antara penyumbang tujuh emas skuad silat negara di kejohanan itu sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Disiarkan pada: August 8, 2022 @ 11:16am
 
Sponsored Post

susah2je

Legendary Member
gem
Messages
18,950
Joined
Aug 19, 2006
Messages
18,950
Reaction score
1,341
Points
191
Dalam kitab Kristian pun pompuan diorang wajib pakai tudung. Kitab ajar lain, paderi gereja ajar lain. Tu yg keliru.

Pesilat asal Sabah beragama Kristian memakai tudung takda isu pada aku. Lain lah kalau dia Hindu atau topekong Buddha
 

ViperX

Super Active Member
gem
Messages
5,883
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,883
Reaction score
980
Points
121
Takda isu sangat la. kdg2 tengok kawad polis/tentera pun ada yg pakai tudung untuk tujuan keseragaman.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
116,097
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
116,097
Reaction score
18,946
Points
2,566
Awards
1
dia memahami apa yg tersirat melalui silat
dan dia begitu respek dengan silat, tahu adabnya dan menjiwainya
 

susah2je

Legendary Member
gem
Messages
18,950
Joined
Aug 19, 2006
Messages
18,950
Reaction score
1,341
Points
191
Yg jadi isu soal adat berpakaian religious attires ni bila naik moto di highway Pak Haji pakai serban dan kebetulan difollow dari belakang oleh Singh benggali yg pakai serban. Polis roadblock tahan Pak Haji tapi Singh dikasi lepas.
 

ViperX

Super Active Member
gem
Messages
5,883
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,883
Reaction score
980
Points
121
Yg jadi isu soal adat berpakaian religious attires ni bila naik moto di highway Pak Haji pakai serban dan kebetulan difollow dari belakang oleh Singh benggali yg pakai serban. Polis roadblock tahan Pak Haji tapi Singh dikasi lepas.
Polis singh berjanggut boleh, polis muslim berjanggut x boleh, semak, selekah, tak terurus.
 

frankdun3

Fun Poster
Messages
744
Joined
Nov 3, 2009
Messages
744
Reaction score
154
Points
68
Dalam kitab Kristian pun pompuan diorang wajib pakai tudung. Kitab ajar lain, paderi gereja ajar lain. Tu yg keliru.

Pesilat asal Sabah beragama Kristian memakai tudung takda isu pada aku. Lain lah kalau dia Hindu atau topekong Buddha
yess, betol bro...
 

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,867
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
25,867
Reaction score
3,763
Points
266
Awards
1
tudung je pun ape issue
bukan wajib pun pakai tudung
yang wajib tutup aurat
 
Sponsored Post

Top
Log in Register