BTC USD 95,769.0 Gold USD 2,894.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawat ringan mendarat cemas berpunca daripada masalah enjin

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,248
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,248
Reaction score
1,339
Points
201
10204.jpeg
10208.jpeg
10211.jpeg
10213.jpeg


Klang: Juruterbang dan pelatih juruterbang sebuah pesawat yang mendarat cemas di kawasan lapang dekat Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini, dilaporkan selamat.

Juruterbang, Rolando Barba Jr dan pelatih juruterbang, Muhammad Ridz Farhan Ridzwan tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.13 petang.

"Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Klang Utara dan Klang Selatan membabitkan kekuatan 33 pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.

"Pegawai Operasi Negeri, Mustakim Rimon yang berada di lokasi kejadian melaporkan pesawat diperiksa dan tidak menunjukkan tanda kebakaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, juruterbang dan pelatih juruterbang dilaporkan selamat dalam kejadian itu.

Terdahulu, sebuah pesawat ringan milik Kelab Penerbangan Subang dilaporkan melakukan pendaratan cemas di satu kawasan lapang dekat Pelabuhan Klang, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud dilaporkan berkata, pesawat Piper PA-28-161 dengan pendaftaran 9M-ANA dinaiki dua individu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 2.50 petang.

Beliau dilaporkan berkata, Menara Kawalan Subang menerima panggilan 'mayday' pada 2.58 petang dan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) CAAM di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur diaktifkan.

Artikel ➡️ Harian Metro


Masalah enjin dipercayai punca pesawat ringan mendarat cemas

KLANG - Masalah enjin gagal berfungsi dipercayai punca pesawat ringan Piper PA-28-161 mendarat cemas di kawasan lapang tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Bandar Sultan Suleiman di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira jam 3.30 petang.

Sepasukan anggota polis telah digerakkan ke lokasi dan mendapati dua kru iaitu juruterbang dan pelatih masing-masing berusia 57 tahun serta 23 tahun dalam keadaan selamat.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku semasa pesawat sedang menjalani latihan penerbangan dari Lapangan Terbang Subang menuju ke Kuala Selangor.

Katanya, pesawat dipercayai mengalami kegagalan mekanikal iaitu enjin gagal berfungsi semasa di udara.

Jurulatih kemudian mengambil tindakan untuk mendaratkan pesawat," ujarnya.

Tambah Vijaya Rao, kes ini diambil alih oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat dengan pendaftaran 9M-ANA yang dikendalikan oleh Kelab Penerbangan Subang dinaiki dua individu telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 2.50 petang.

Siasatan akan dijalankan di bawah Bahagian XXIII Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Artikel ➡️ Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register