Pesawat menuju AS & UK tidak boleh lagi bawa gajet elektronik besar ke ruang kabin

Recommended Brokers


myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,824
Reaction score
570
Points
161
Pesawat menuju AS & UK tidak boleh lagi bawa gajet elektronik besar ke ruang kabin

Para penumpang yang ke Amerika Syarikat menaiki pesawat milik sesetengah syarikat penerbangan asing akan diminta untuk mendaftar masuk peralatan elektronik yang saiznya lebih besar daripada telefon bimbit.

Larangan itu bakal dikuat kuasa atas sebab-sebab mengelak kemungkinan ancaman keselamatan, lapor Reuters.

Peraturan baharu itu dijangka diumumkan pada Selasa oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, selepas dipertimbangkan pihak pemerintah.

Satu sumber menyatakan, peraturan itu bakal dikenakan kepada lapan atau 10 syarikat penerbangan. Satu sumber lagi mengiyakan laporan Associated Press yang menyatakan, larangan itu memberi kesan kepada prosedur pemeriksaan di 10 lapangan terbang di lapan buah Negara di Asia Barat dan Afrika Utara.

Reuters sebelum ini melaporkan larangan itu juga melibatkan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jordan dan Arab Saudi.

Tiada syarikat penerbangan AS yang dikenakan larangan yang sama. Penumpang dibenarkan membawa masuk peralatan seperti komputer tablet, pemain DVD mudah alih, komputer riba dan kamera, ke ruang kabin.

Sementara itu, CNN yang memetik seorang pegawai kanan AS melaporkan, larangan membawa masuk barangan elektronik ke atas beberapa pesawat syarikat penerbangan, mempunyai kaitan dengan aktiviti al-Qaeda di Semenanjung Arab dan juga berdasarkan maklumat dari Yaman.

Setakat ini, beberapa saluran media di negara terlibat, seperti akhbar Al Riyadh, melaporkan bahawa pihak berkuasa penerbangannya telah diberitahu bahawa ‘pesawat yang berlepas dari lapangan terbang Arab Saudi ke AS perlu mematuhi arahan agensi keselamatan AS iaitu komputer riba dan tablet perlu didaftar masuk dalam bagasi’.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/beberapa-pesawat-menuju-tidak-boleh-lagi-bawa-gajet-elektronik-besar-ke-ruang-kabin-136202
 
Update # 1
Larangan Gajet Masuk Kabin, Britain Ikut Langkah AS

Britain menjadi negara pertama mengikut jejak langkah Amerika Syarikat (AS) untuk melarang kemasukan peralatan elektronik tertentu ke dalam kabin pesawat melibatkan lapangan terbang dari majoriti negara Islam di Asia Barat dan Afrika Utara atas alasan keselamatan.

Terdahulu, AS menguatkuasakan larangan terhadap penumpang agar tidak membawa masuk gajet yang lebih besar daripada telefon pintar termasuk komputer tablet, pemain DVD mudah-alih, komputer riba dan kamera ke dalam kabin pesawat.

Peralatan terbabit hanya dibenarkan disimpan di ruang kargo dan didaftar masuk sebagai bagasi.

Larangan itu dikuatkuasakan selepas agensi perisikan AS mendapat maklumat bahawa militan Daesh membangunkan teknologi bom yang mampu disembunyikan dalam gajet untuk digunakan menyerang kepentingan negara tersebut.

Lapangan terbang di 10 negara Islam dikenakan larangan itu bagi mengekang serangan dilakukan ke atas negara Barat yang menjadi sasaran militan Daesh.

Peraturan itu dikuatkuasakan bermula Selasa melibatkan penerbangan yang memasuki AS dari Amman, Jordan; Kaherah; Istanbul; Jeddah dan Riyadh di Saudi Arabia; Kuwait City; Casablanca, Maghribi; Doha, Qatar; Dubaidan Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu.

Semua syarikat penerbangan yang terlibat iaitu Royal Jordanian Airlines, Egypt Air, Turkish Airlines, Saudi Arabian Airlines, Kuwait Airways, Royal Air Maroc, Qatar Airways, Emirates dan Etihad Airways diberi masa sehingga Jumaat untuk mematuhi peraturan tersebut.

Secara keseluruhan, kira-kira 50 penerbangan pada setiap hari yang memasuki AS akan terikat dengan peraturan ketat itu.

Selain Britain, Australia dijangka mengambil langkah sama walaupun kerajaan negara itu belum merancang untuk mengenakan peraturan larangan tersebut.

Larangan AS itu dijangka menyebabkan kelewatan berlaku di lapangan terbang yang dikenakan peraturan tersebut tetapi pentadbiran Presiden Donald Trump mendakwa, langkah terbabit tidak ada kaitan dengan larangan perjalanan ke atas enam negara Islam.

Bagaimanapun larangan itu hanya bersifat sementara seperti yang ditetapkan kerajaan AS iaitu pada 14 Oktober depan.

Sumber://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/03/22/larangan-gajet/
Update # 1 Update # 1
Syarikat penerbangan Asia Barat perli arahan US tidak benar bawa gajet ke ruang kabin

BEBERAPA syarikat penerbangan Asia Barat menghasilkan beberapa iklan untuk perli perintah Amerika Syarikat yang tidak membenarkan penumpang membawa peralatan elektronik besar ke ruang kabin.

Antara syarikat penerbangan yang bertindak demikian adalah Royal Jordanian.

Menerusi satu iklan yang dimuat naik di akaun Twitter, mereka berkata setiap minggu ada sahaja larangan yang dikuatkuasakan.



Namun, ia berkata larangan itu tidak akan menjejaskan pengalaman para penumpang di dalam pesawat dengan perkhidmatan hiburan yang disediakan.

Ia kemudian kongsi 12 perkara yang boleh dilakukan di dalam pesawat tanpa komputer riba atau peranti.




Reuters sebelum ini melaporkan larangan itu melibatkan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jordan dan Arab Saudi.

Tiada syarikat penerbangan AS yang dikenakan larangan yang sama.

CNN yang memetik seorang pegawai kanan AS melaporkan, larangan membawa masuk barangan elektronik ke atas beberapa pesawat syarikat penerbangan, mempunyai kaitan dengan aktiviti al-Qaeda di Semenanjung Arab dan juga berdasarkan maklumat dari Yaman.


http://www.astroawani.com/berita-dunia/syarikat-penerbangan-asia-barat-perli-arahan-tidak-benar-bawa-gajet-ke-ruang-kabin-136620
Update # 1
US mungkin larang komputer riba dalam pesawat



WASHINGTON: Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, John Kelly, menimbang untuk mengharamkan komputer riba dalam penerbangan antarabangsa ketika wujud tanda-tanda negara itu berdepan ancaman sebenar.


Ditanya Fox News sama ada beliau akan melaksanakan larangan meluas itu, Kelly berkata: "Mungkin."

Katanya wujud pelbagai ancaman sebenar terhadap penerbangan.

Menurutnya, pengganas taksub dengan idea menjatuhkan pesawat dalam penerbangan, terutamanya penerbangan Amerika Syarikat. - AFP


http://www.bharian.com.my/node/287395
Last edited:
Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,156
Reaction score
5,773
Points
1,346
atas sebab-sebab mengelak kemungkinan ancaman keselamatan
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,824
Reaction score
570
Points
161
Jangan satu dunia ikut sudah.

Komputer riba dan tablet tak selamat dalam ruang bagasi kapal.

Dah berapa banyak kali bag kena buka dan barang hilang walaupun berkunci.
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,037
Reaction score
1,511
Points
596
Jangan satu dunia ikut sudah.

Komputer riba dan tablet tak selamat dalam ruang bagasi kapal.

Dah berapa banyak kali bag kena buka dan barang hilang walaupun berkunci.
sebaiknya tablet dan smartphone ok kot

yang laptop bawa kecik sikit ok kot:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,824
Reaction score
570
Points
161
Larangan Gajet Masuk Kabin, Britain Ikut Langkah AS

Britain menjadi negara pertama mengikut jejak langkah Amerika Syarikat (AS) untuk melarang kemasukan peralatan elektronik tertentu ke dalam kabin pesawat melibatkan lapangan terbang dari majoriti negara Islam di Asia Barat dan Afrika Utara atas alasan keselamatan.

Terdahulu, AS menguatkuasakan larangan terhadap penumpang agar tidak membawa masuk gajet yang lebih besar daripada telefon pintar termasuk komputer tablet, pemain DVD mudah-alih, komputer riba dan kamera ke dalam kabin pesawat.

Peralatan terbabit hanya dibenarkan disimpan di ruang kargo dan didaftar masuk sebagai bagasi.

Larangan itu dikuatkuasakan selepas agensi perisikan AS mendapat maklumat bahawa militan Daesh membangunkan teknologi bom yang mampu disembunyikan dalam gajet untuk digunakan menyerang kepentingan negara tersebut.

Lapangan terbang di 10 negara Islam dikenakan larangan itu bagi mengekang serangan dilakukan ke atas negara Barat yang menjadi sasaran militan Daesh.

Peraturan itu dikuatkuasakan bermula Selasa melibatkan penerbangan yang memasuki AS dari Amman, Jordan; Kaherah; Istanbul; Jeddah dan Riyadh di Saudi Arabia; Kuwait City; Casablanca, Maghribi; Doha, Qatar; Dubaidan Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu.

Semua syarikat penerbangan yang terlibat iaitu Royal Jordanian Airlines, Egypt Air, Turkish Airlines, Saudi Arabian Airlines, Kuwait Airways, Royal Air Maroc, Qatar Airways, Emirates dan Etihad Airways diberi masa sehingga Jumaat untuk mematuhi peraturan tersebut.

Secara keseluruhan, kira-kira 50 penerbangan pada setiap hari yang memasuki AS akan terikat dengan peraturan ketat itu.

Selain Britain, Australia dijangka mengambil langkah sama walaupun kerajaan negara itu belum merancang untuk mengenakan peraturan larangan tersebut.

Larangan AS itu dijangka menyebabkan kelewatan berlaku di lapangan terbang yang dikenakan peraturan tersebut tetapi pentadbiran Presiden Donald Trump mendakwa, langkah terbabit tidak ada kaitan dengan larangan perjalanan ke atas enam negara Islam.

Bagaimanapun larangan itu hanya bersifat sementara seperti yang ditetapkan kerajaan AS iaitu pada 14 Oktober depan.

Sumber://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/03/22/larangan-gajet/
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,824
Reaction score
570
Points
161
sebaiknya tablet dan smartphone ok kot

yang laptop bawa kecik sikit ok kot:)cgrock:)cgrock:)cgrock
Kalau ikut larangan ini, laptop kecil seperti netbook pun tak lepas Daus. Alasan diberikan masih boleh muat bom.
 

sayasuka

Legendary Member
Joined
Oct 17, 2011
Messages
12,964
Reaction score
100
Points
123
mereka dah mula ambil kangkah drastik, lebih ketat untuk kurangkan risiko :D
 

lpsoldier007

CG Top Poster Club
Joined
Dec 22, 2010
Messages
24,403
Reaction score
485
Points
131
Jangan satu dunia ikut sudah.

Komputer riba dan tablet tak selamat dalam ruang bagasi kapal.

Dah berapa banyak kali bag kena buka dan barang hilang walaupun berkunci.
Seeloknya wrap aje dkt airport. Kalau kene koyak dan barang hilang, claim insurans luggage.
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,037
Reaction score
1,511
Points
596
kira lepas nie nak pi amerika susah kan

kira pi Kanada ok la best pa sana
 

dukati

Active Member
Joined
Feb 28, 2009
Messages
2,219
Reaction score
10
Points
25
Laptop for gaming berisiko tinggi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register