Pesawat Cathay Pacific, Virgin Blue nyaris bertembung

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
MELBOURNE: Pengawal Trafik Udara dipersalahkan berikutan insiden yang hampir mengakibatkan pertembungan pesawat Virgin Blue dari Melbourne dan pesawat Cathay Pacific yang dalam penerbangan ke sini.

Northern Territory News hari ini melaporkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sedang menyiasat bagaimana pesawat penumpang Boeing Virgin Blue dan Airbus A330 Cathay Pacific nyaris bertembung di udara Selasa lalu.

Penerbangan DJ1457 Virgin Blue yang membawa 120 penumpang didapati memasuki laluan penerbangan CX135 Cathay Pacific di selatan Katherine dalam ruang udara Northern Territory.

Laporan awal mendapati kedua-dua penerbangan itu menuju satu sama lain dalam "laluan dua hala" yang sama.

Difahamkan pesawat Virgin Blue yang terbang ke arah utara berada terlalu hampir dengan penerbangan Cathay Pacific yang sedang menghala ke selatan dari Hong Kong ke Melbourne.

ATSB berkata apabila krew pesawat Cathay Pacific menyoal pengawal trafik, barulah mereka mengarahkannya naik ke laluan lain serta melencong ke kanan bagi mengelak pertembungan.

Krew penerbangan Virgin Blue kemudian memberitahu pengawal trafik udara bahawa mereka akan melencong ke kanan dan kedua-dua pesawat melewati satu sama lain dengan selamat.

Penyiasat ATSB menganggapkan insiden itu sebagai "serius".

Kesilapan itu dipercayai dilakukan oleh pengawal trafik udara yang berpangkalan di Brisbane. - Bernama
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Pilot2 tu tak nampak double line kot :D
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
xde papan tanda la ni...
 

amien

Fun Poster
Joined
Oct 27, 2009
Messages
647
Reaction score
10
Points
15
itu la, hari tu aku da anta proposal utk traffic light udara tapi xmo..
padan muka..
:)paid
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,098
Reaction score
268
Points
91
ala, kalau depa tekan brek ckit pun dh ok.
 

vedder9

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,350
Reaction score
123
Points
123
Bahaya betul.. nasib baik x berlanggar
 

bedino01

Junior Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
74
Reaction score
1
Points
11
mesti bawa laju. dah tu tak pasang signal plak
 
Sponsored Post
Top
Log in Register