BTC USD 25,682.1 Gold USD 1,962.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Pesawat Boeing 747 Terakhir Siap DiBina, Tamatan Pengeluaran Selama 54 Tahun

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,643
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,643
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
Pesawat terakhir Boeing 747 siap dibina di kilang Boeing yang terletak di Everett, Washington. Dengan ini pengeluaran pesawat yang menerima nama jolokan Jumbo dan Ratu Angkasa ini akhirnya tamat selepas 54 tahun.

Boeing-747-8-Terakhir-B-950x535.jpg.webp


Atlas Air yang merupakan sebuah syarikat penerbangan kargo menjadi pelanggan terakhir pesawat Boeing 757-8 ini. Model pesawat ini juga adalah kapal terbang komersial paling panjang yang beroperasi sekarang. Sejak 1967, sebanyak 1574 Boeing 747 telah dibina dengan ia turut digunakan oleh Malaysia Airlines. Pandemik menyebabkan pesawat gergasi dihentikan operasi oleh syarikat penerbangan untuk mengurangkan kos operasi. Pesawat dua enjin seperti Boeing 787 Dreamliner dan Airbus A350 dilihat sebagai pilihan yang lebih lestari. Airbus terlebih dahulu menamatkan pengeluaran pesawat dua tingkat mereka A380 pada tahun 2021 dengan ia gagal mencuri takhta 747 sebagai ratu udara.

Boeing-747-8-Terakhir-950x534.jpg.webp


Dalam sejarah operasi bermula 1969, 747 menjadi simbol status syarikat penerbangan utama. Model rekaan khas diubahsuai menjadi Air Force One bagi kegunaan presiden Amerika Syarikat. Ia turut terlibat dalam tragedi kemalangan udara terburuk dalam sejarah di Tenerife yang mengakibatkan 583 kematian.

Sumber asal https://boeing.mediaroom.com/2022-1...Everett-Factory#assets_20295_131185-117:21224
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,801
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,801
Reaction score
28,296
Points
2,836
Awards
2

Jumbo jet 747 terakhir dari Boeing​

02 Februari 2023 11:27am

2078051.jpg

Ribuan pekerja Boeing termasuk mereka yang digelar 'Incredibles' kerana membangunkan pesawat itu pada 1960-an menyaksikan detik bersejarah pesawat ke-1,574 dan terakhir yang pernah dibina. - Agensi


EVERETT - Boeing menghantar pesawat ikonik 747 yang terakhir kepada Atlas Air di Washington pada Selasa lalu sekali gus menandakan berakhirnya era 'jet jumbo' itu di udara.

Beribu-ribu pekerja Boeing termasuk sebilangan veteran digelar "Incredibles" yang membangunkan pesawat jet tersebut pada 1960-an menyaksikan penghantaran terakhir jet penuh bersejarah itu, yang menerajui perjalanan udara bagi penumpang di pelbagai pelosok dunia dan melambangkan pencapaian Amerika Syarikat (AS) sebagai peneraju dalam pembinaan pesawat.

Acara gilang-gemilang di kilang Boeing tersebut turut menampilkan selebriti John Travolta yang mengimbau kembali pengalamannya mempelajari bagaimana untuk menerbangkan pesawat 747-400 sebagai duta Qantas Airlines.

"(Ia adalah) program paling berat yang perlu dilalui mana-mana juruterbang komersial," kata Travolta yang menyifatkan jet itu sebagai pesawat yang "paling teliti dirancang dan pesawat paling selamat pernah dibina."

Digelar sebagai "Queen of the Skies" atau "Ratu Langit", Boeing 747 adalah pesawat jet dua lorong yang pertama di dunia, dibangunkan dan dibina oleh Boeing dalam tempoh 28 bulan.

Ia direka dan dibina selama 28 bulan dengan Pan Am menjadi syarikat pengendali pertama pada 1970.

Kemudahan Boeing di Everett, Washington merupakan tapak pengilangan Boeing 747 sejak ia diperkenalkan dan kilang itu dibina pada 1967 untuk menghasilkan pesawat gergasi itu serta kekal sebagai kilang terbesar di dunia, menurut Boeing.

Namun selepas 50 tahun, permintaan pelanggan bagi jet jumbo itu kian berkurangan ketika Boeing dan Airbus membangunkan pesawat-pesawat lebar yang dipacu oleh dua enjin yang lebih menjimatkan minyak.

Apabila Boeing mengesahkan pada Julai 2020 bahawa ia akan menamatkan pengeluaran pesawat 747, ia hanya menghasilkan jet itu pada kadar separuh pada setiap bulan.

Boeing menghantar lima pesawat 747 pada 2022, manakala pada 1990 iaitu tahun kemuncaknya apabila syarikat itu mengeluarkan jenis 747-400 yang paling laris dijual, Boeing menghantar 70 buah jet 747.

Boeing menyatakan kesemua pekerja program 747 akan dipindahkan ke jawatan-jawatan lain atau sudah bersara dengan sukarela.

Pesawat 747 yang terakhir siap dibina pada 7 Disember lalu menjadikan jumlah keseluruhan 1,574 jet tersebut dikeluarkan oleh Boeing dan menamatkan Pengeluaran Selama 54 Tahun. - Agensi


 
Sponsored Post

Top
Log in Register