BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawah minta padi naik harga

GamezStar

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,678
Top Poster #1
Joined
Jul 1, 2008
Messages
64,678
Reaction score
7,805
Points
881
kalau utk rakyat malaysia je aku rasa cukup je.. tapi da berape juta foregner duk malaysia.. org local kene tempias

SEKINCHAN, 11 MEI: Permintaan pesawah di Sabak Bernam supaya harga padi dinaikkan kepada RM1,400 satu tan bakal meringankan beban golongan itu berikutan peningkatan kos operasi.

pastu beras naik...nanti nasi kosong je Rm3 sebungkus.....yg kaya pulak org tengah..bukan petani
 
nasi oh nasi. dapnya.
 
kos sara hidup ni mrmqng berantai.. last3 gaji 1.5k pon serupa 1.3k sebelum3 ni
pantang dengar gaji naik...ada je tangan yg nak cekup duit tu....cth minyak masak 5 kg.....tak termasuk dalam kawalan..dan bebas naik harga...tapi kerajaan nasihat jgn naik melampau....tadi dengar berita ada yg sampai RM40....tapi aku tak pasti..malam ni baru nak gi tgk...
 
memang patut lama dh naik... setan rm1200 tu dah lama sgt dah.

yang untung kilang padi la
 
Kos operasi meningkat, pesawah khuatir jejas kualiti padi​

SEKINCHAN, 11 MEI: Permintaan pesawah di Sabak Bernam supaya harga padi dinaikkan kepada RM1,400 satu tan bakal meringankan beban golongan itu berikutan peningkatan kos operasi.
Menurut Pua Yan Tat, 62, harga semasa yang ditetapkan ketika ini iaitu RM1,200 satu tan tidak mampu menampung kos operasi kerana harga racun dan baja meningkat lebih 150 peratus.

P_DemonstrasiPesawah008-500x333.jpg
Pua Yan Tat

“Harga sedia ada tidak berubah sejak beberapa tahun lalu. Walaupun harga barang kawalan lain meningkat, harga jualan padi masih sama.
“Lebih 10 tahun lalu harga padi pernah mencecah RM1,500, tetapi kenapa sekarang harga tidak naik? Ia memberi tekanan kepada kami,” katanya kepada Selangorkini.
Hairul Nizam Samsuri, 49, pula berkata jika harga padi tidak dinaikkan, ia mungkin akan menjejaskan kualiti tanaman dan secara tidak langsung boleh menjejaskan pengeluaran negara.
“Kami juga perlu fikirkan keperluan keluarga. Kalau harga baja, racun makin tinggi, mungkin terpaksa kurangkan kegiatan membaja dan meracun, sekali gus memberi kesan pada kualiti tanaman,” katanya.
Sementara itu, Mohd Asri Badrun, 60, mengakui bantuan benih dan baja daripada Kerajaan Negeri banyak membantu petani mengurangkan kos operasi.

P_DemonstrasiPesawah010-500x333.jpg
Mohd Asri Badrul

“Bagaimanapun itu tidak mencukupi. Kami perlukan harga padi yang tinggi supaya dapat menampung keperluan tanaman,” katanya.
Terdahulu kira-kira 100 petani sekitar Sabak Bernam bersama Ahli Dewan Negeri Sekinchan Ng Suee Lim menggesa kerajaan menaikkan harga padi.
Kumpulan berkenaan turut mendesak potongan basah dikembalikan kepada paras 17 peratus selain subsidi padi dinaikkan daripada RM360 kepada RM500 satu tan.
 
padi negara patut subsidi.. duit nak subsidi amik dari cukai perniagaan.. dan cukai3 foregner.. ni foregner untung bersih makan subsidi malaysia apo la
 
Back
Top
Log in Register