Pesawah berdemonstrasi tuntut hak

CG Sponsors




fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
KUALA ROMPIN – Kira-kira 50 penduduk mewakili 890 pesawah Paya Setajam Mukim Anak Endau di sini, membuat perhimpunan aman bagi mendesak Kerajaan Negeri menyerahkan geran hak milik tanah tanaman padi yang mereka usahakan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pesawah Paya Setajam, Md Salleh Md Dim, 59, berkata, sebelum ini Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, ketika melawat mangsa ribut pada April tahun lalu pernah bertitah memperkenankan permohonan pesawah terbabit dengan mengarahkan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Rompin supaya menyerahkan geran hak milik tanah tersebut.

Malah katanya, arahan itu dipersetujui pegawai daerah dan juga Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jama�luddin Jarjis bagi membolehkan pesawah dari Kampung Setajam, Kurnia, Lantang dan Pianggu mendapatkan hak mereka.

“Kami antara penduduk awal yang berhijrah dan meneroka tanah di sini meminta agar PTD Rompin meluluskan segera geran seperti titah Sultan Ahlmad Shah ketika melawat mangsa ribut pada April lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.:

Md Salleh, berkata kawasan penanaman padi terbabit dibuka menerusi skim penggalakan tanaman padi pada 1978.

Menurutnya, kira-kira 1,000 peneroka rata-ratanya dari Kedah berhijrah ke sini bagi menyertai skim tersebut dengan keadaan sekitar kawasan itu yang dipenuhi hutan.

“Bayangkan ketika itu kawasan ini hutan belantara dan saya antara generasi awal bersama yang lain membanting tulang empat kerat kami meneroka kawasan ini untuk dijadikan jelapang padi.

“Sejak itu, kawasan ini menjadi antara pengeluar padi terbesar di daerah ini dan generasi awal peneroka mula mendesak kerajaan negeri memberikan geran hak milik sebagai jaminan masa depan termasuk untuk anak-anak.

Md Salleh meluahkan rasa kesal berikutan sehingga kini belum ada sebarang maklum balas daripada Kerajaan Negeri biarpun Sultan Ahmad Shah sendiri menitahkan supaya diberi geran berkenaan.

Menurutnya, berikutan kegagalan memberi geran berkenaan, wujud masalah berbangkit termasuk berkaitan pemberian lesen menduduki sementara (TOL).

“Ada kira-kira 200 TOL yang sepatutnya diberikan kepada pesawah yang mengusahakan tanaman sebaliknya diberikan kepada orang yang langsung tidak tinggal di kawasan ini serta tiada kena mengena dengan tanah terbabit.

“Berikutan masalah ini, pesawah bimbang akan berdepan tuntutan pengusiran yang mungkin akan difailkan pihak yang mendapat TOL berkenaan.

Malah katanya, mereka juga bimbang wujud pertikaian hak milik bagi tujuan pewarisan tanah nanti kerana pesawah di sini bertungkus lumus mengusahakan tanaman namun pada akhirnya tanah menjadi milik orang lain.

Berikutan itu, Md Salleh berkata, satu memorandum akan dihantar ke Pejabat Menteri Besar, PTD Rompin serta Pejabat Ahli Parlimen Rompin mengenai tuntutan berkenaan.

“Sekiranya masih tiada maklum balas, mungkin memorandum sama akan disembah maklum ke bawah duli tuanku,” katanya.



erm..tmpt najib tu..x jauh pun...ape kata pak nan mb pahang?sultan phg?asik pegi london jek...erm...pahang2..tah bila la nak sedar yg diorg ni kena maen gan umno..:(scam



p/s:sekadar pendapat peribadi..
 
Sponsored Post

adaman

Fun Poster
Joined
Mar 9, 2009
Messages
296
Reaction score
10
Points
15
Kuala Rompin ni kot blah mana?? kedah ka..?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register