BTC USD 57,231.7 Gold USD 1,789.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawah bebas tuduhan rogol rakan anak

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KOTA BHARU: Seorang pesawah yang dibebaskan daripada tuduhan merogol rakan sekelas anaknya yang berusia 12 tahun, kira-kira tujuh tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menganggapnya sebagai hadiah sempena sambutan Maal Hijrah, hari ini.

Wan Mat Zain Wan Omar, 65, yang juga seorang bomoh, dari Rantau Panjang, sebelum ini dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada Mac 2005, selepas disabitkan kesalahan merogol mangsa pada waktu malam di rumahnya pada 5 Ogos 2002.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin, dalam keputusannya semalam, menerima rayuan tertuduh kerana mendapati Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika menjatuhkan hukuman itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ketika mangsa bersama dua lagi anak perempuannya tidur di atas toto dalam kelambu di ruang tamu rumah.

Dia disabitkan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, dan boleh dipenjara antara lima hingga maksimum 30 tahun serta sebatan atau kedua-duanya.

Dalam prosiding rayuan yang berlangsung kira-kira setengah jam semalam, tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Abdul Aziz Derashid, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussin.

Dalam hujahnya, Mohd Azman berkata, pembebasan tertuduh dibuat selepas beliau mendapati tiada ujian potensi dilakukan untuk memastikan tertuduh boleh melakukan hubungan seks, selain dakwaan melakukan perbuatan itu dalam kelambu ketika tidur bersama dua anaknya adalah diragukan sebagai manusia biasa.

“Laporan perubatan juga menunjukkan ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa kira-kira tiga hari sebelum ujian, sedangkan pemeriksaan itu dilakukan sebulan selepas kejadian rogol didakwa berlaku. Selain itu, tempat kejadian yang gelap menyukarkan mangsa mengecam siapa yang melakukannya.

"Keputusan ini (pembebasan) saya buat berdasarkan keterangan (dikemukakan kepada mahkamah). Awak buat atau tidak, (tertuduh) kena jawab di Padang Mahsyar," katanya kepada tertuduh ketika membacakan keputusannya itu.

Bagaimanapun, Mohd Azman membenarkan pihak pendakwaan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Sebaik keluar dari kamar mahkamah selepas keputusan dibacakan, tertuduh kelihatan memeluk beberapa ahli keluarganya dan anggota polis sambil mengucapkan rasa syukur.

Ketika ditemui media, Wan Mat Zain, berkata beliau merancang mengadakan majlis kenduri kesyukuran selepas menempuh trauma kerana berdepan tuduhan itu sejak lebih tujuh tahun lalu.

"Bagi saya, ini adalah hadiah paling bermakna sempena sambutan Maal Hijrah esok (hari ini). Saya trauma selama tujuh tahun dan dalam tempoh itu, masyarakat memberikan pelbagai tanggapan kepada saya.

"Ketika ini, saya cuma terfikir untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan kejadian ini saya anggap dugaan daripada Allah SWT," katanya yang ditemani isteri, Siti Lijah Mat Amin, 58.
 
Sponsored Post

acan

Banned
Messages
19,661
Joined
May 31, 2009
Messages
19,661
Reaction score
15
Points
120
pergh..seksa betul dye kne..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register