BTC USD 26,894.8 Gold USD 1,976.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesara polis maut, SUV dirempuh lelaki positif dadah

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,987
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,987
Reaction score
588
Points
121
Pesara polis maut, SUV dirempuh lelaki positif dadah

FB_IMG_1676187596887.jpg
FB_IMG_1676187598893.jpg

GUA MUSANG – Seorang pesara polis maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki bersama keluarganya dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang disyaki positif dadah di Kilometer 66, Jalan Gua Musang- Kuala Krai berhampiran Sungai Lakit di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, Adam Mat Hasan, 63, yang berada di tempat duduk penumpang belakang SUV jenis Perodua Ativa meninggal dunia di lokasi kejadian apabila mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, mangsa menaiki SUV yang dipandu anak lelakinya, Muhamad Muhaimin, 25, bersama isteri, Che Romayni Che Ismail, 55, dan seorang lagi anak, Nurul Qurratul Ain Nazifa, 24.

Menurutnya, empat beranak itu sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang menuju ke Kuala Krai.

“Semasa tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.

“Keadaan itu menyebabkan kereta Proton Saga itu bertembung dengan SUV yang dinaiki mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Choon Foo memberitahu, Adam disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isteri serta anak perempuannya mengalami kecederaan pada hidung dan kepala. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Ujian saringan air kencing terhadap pemandu kereta jenis Proton Saga itu mendapati lelaki tersebut positif methamphetamine dan ganja. Suspek telah ditahan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
 
Top
Log in Register