Pesara kerajaan mati ditetak, isteri cedera disamun

CG Sponsors




KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,676
Reaction score
539
Points
161
kes mcm ni..
ada ke lawyer yang akan defend 13 penjenayah ni..lagi2 yang membunuh tu
Ada je. Kerajaan akan appoint counsel utk defend. Defend untuk pastikan perjalanan trial tu berjalanan dengan adil. Ni proses biasa. Tak semestinya counsel tu tak bermoral sebab defend suspek.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,689
Reaction score
11,931
Points
2,376

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,472
Reaction score
1,082
Points
151
tengok baldi2 tu .. rumah tengah renovate, saspek mungkin Indon ya?

macam orang yang tau selok belok rumah tu yang buat ..
Selalu laju ja maklumat ang bro sekali ngn gambar suspek lg....tp kali nie slow, xdpt maklumat ka
 

Ahmad Pintu8_8

Active Member
Joined
Mar 26, 2012
Messages
1,859
Reaction score
157
Points
43
#kualalumpur Suspek mengaku menetak mangsa hingga mati.
https://www.hmetro.com.my/.../suspek-utama-tetak-dr-wan...

Suspek utama tetak Dr Wan Hassan ditahan


HUZIR menunjukkan gambar suspek dalam buruan pihaknya susulan kes itu.FOTO Asyraf Hamzah.

HUZIR menunjukkan gambar suspek dalam buruan pihaknya susulan kes itu.FOTO Asyraf Hamzah.



Kuala Lumpur: Suspek utama yang menetak mati bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr Wan Hassan Wan Embong, berjaya ditahan dalam tiga siri serbuan di Setapak dan Semenyih, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, selain suspek utama itu, dua lagi suspek turut ditahan dalam serbuan antara jam 3.30 pagi hingga jam 5 pagi di Jalan Genting Klang, Jalan Air Panas, Setapak dan Jalan Rinching, Semenyih.

"Soal siasat awal ke atas suspek berusia 23 tahun yang ditahan di Jalan Rinching, mendapati dia bertanggungjawab menetak mangsa dalam kejadian berkenaan.

"Polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang masih bebas dikenali sebagai Sugu Thangarajoo berusia 27 tahun," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Huzir berkata, pihaknya percaya dapat menyelesaikan beberapa siri kes samun didalangi kumpulan itu di sekitar Lembah Klang, susulan penahanan semua suspek berkenaan.

"Semalam kita umumkan tangkapan terhadap 10 individu dan mereka juga masih ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes samun lain di sekitar Lembah Klang.

"Salah seorang individu yang ditahan awal pagi tadi adalah individu yang membantu suspek utama melarikan diri ke Semenyih," katanya.

Menurutnya, polis percaya ketika kejadian terdapat empat suspek yang melakukan samun di rumah mangsa dengan dua suspek di dalam rumah, manakala dua lagi menunggu di dalam kenderaan.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi kelmarin, rumah dihuni Dr Wan Hassan dan isteri, Sarifah Yusof, 70, di Bukit Bandaraya, Bangsar dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta wang menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala, isteri mangsa ditetak di bahagian bahu kanan.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 2:01 PM

pergh tetak kawasan memang niat nak bunuh ni,

isteri mangsa, Allah masih panjangkan umur, penyamun tetak kena bahu..ni jenis coldblood..ikat je sudah lah, orang dah berumur pun balun nak tetak..

memang dasar.....
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,906
Reaction score
11,654
Points
1,906
Bunuh Dr Wan Hassan: Suspek terakhir ditahan


LAPORAN portal Harian Metro

LAPORAN portal Harian Metro

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan sudah menahan suspek terakhir yang menyamun dan menetak bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong.
"Ya betul, suspek adalah suspek terakhir yang terbabit dalam kes ini," kata Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat terperinci penahanan itu bagi mengelak mengganggu siasatan.

Kelmarin, suspek utama yang menetak mati Dr Wan Hassan berjaya ditahan dalam tiga siri serbuan di Setapak dan Semenyih.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata, selain lelaki 23 tahun itu, dua lagi suspek turut ditahan dalam serbuan antara jam 3.30 pagi hingga jam 5 pagi di Jalan Genting Klang dan Jalan Air Panas di Setapak, di sini serta Jalan Rinching, Semenyih.

Huzir juga berkata, polis memburu seorang lagi suspek berkai kes berkenaan yang dikenali Sugu Thangarajoo, 27.



Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 12:33 PM

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,906
Reaction score
11,654
Points
1,906
Ditangkap pagi tadi#malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../bunuh-pesara-mardi.../

Bunuh pesara MARDI : Suspek akhir direman hingga 8 Disember


3 December 2020

MGF25092020_PC-KEJAYAAN-JSJ-KUALA-LUMPUR05.jpg

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Saiful Azly Kamaruddin. foto AFFAN FAUZI, 25 SEPTEMBER 2020


KUALA LUMPUR – Suspek keempat dalam kes bunuh bekas Penyelidik Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) iaitu Sugu Thanggarajoo direman selama enam hari.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, reman ke atas suspek berusia 27 tahun itu untuk membantu polis melengkapkan kes tersebut.


“Suspek keempat dan juga terakhir yang ditangkap di Air Panas, Setapak 4.30 pagi tadi oleh Pasukan JSJ Kuala Lumpur telah direman enam hari bermula hari ini untuk lengkapkan kertas siasatan polis.
“Sebelum ini, tiga orang suspek termasuk suspek utama yang telah melarikan diri dan bersembunyi di Rinching, Semenyih berjaya ditangkap.

“Dengan tangkapan kesemua empat suspek berkenaan, kes dianggap selesai dan kita akan ambil tindakan lanjut apabila kertas siasatan selesai,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Sementara itu katanya, 10 suspek tangkapan pertama dalam kes ini juga direman sehingga 6 Disember ini manakala tiga suspek lagi dalam tangkapan kedua Selasa lalu direman sehingga 9 Disember 2020.
Dalam kejadian di Bukit Bandaraya Bangsa itu, isteri mangsa turut dicederakan.

Kumpulan itu dipercayai turut terlibat dalam kes samun di Taman Tiara, Titiwangsa.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-MalaysiaGazette
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,906
Reaction score
11,654
Points
1,906
4 suspek bunuh penyelidik Mardi didakwa di mahkamah#malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../4-suspek-bunuh.../

4 suspek bunuh penyelidik Mardi didakwa pagi ini


9 December 2020

court.jpg


KUALA LUMPUR – Empat lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bekas Penyelidik Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 29 November lalu.

Kesemua suspek akan dituduh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Dalam kejadian tersebut, Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, maut akibat ditetak manakala isterinya, Sarifah Yusof, 70, cedera di tangan kanan akibat ditetak.



Mangsa dipercayai ditetak dengan parang apabila cuba melawan dua lelaki tidak bertopeng yang memecah masuk dari tingkap dapur banglo dua tingkat itu.

Suspek-suspek yang sama juga turut dituduh dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan menggunakan senjata) bersabit dengan kes samun di Setapak Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,321
Reaction score
2,403
Points
206
semua india ke?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register