Pesara kerajaan mati ditetak, isteri cedera disamun

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,487
Reaction score
11,774
Points
1,906
Pesara kerajaan mati ditetak, isteri cedera disamun

29 November 2020

pesara-kerajaan-mati-ditetak-isteri-cedera.jpg

Pesara kerajaan mati ditetak manakala isterinya turut dicederakan oleh penyamun dalam kejadian di Bukit Bandaraya, ibu negara awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang pesara kerajaan mati ditetak parang awal pagi ini ketika bergelut dengan dua individu yang memecah masuk rumahnya di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini untuk menyamun.

Ketua polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, anggota polis, Mohamad Azwan Musa di Pusat Kawalan Brickfields telah menerima paggilan pada jam 4 pagi daripada seorang wanita yang memaklumkan rumah ibunya telah dipecah masuk dan bapanya telah ditetak oleh dua lelaki.


“Pantai Control Centre telah mengarahkan Sektor 12 untuk pergi ke lokasi kejadian, dan telah dimaklumkan mangsa mati di lokasi kejadian.
“Mangsa dikenalpasti sebagai Wan Hassan Wan Embong seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun merupakan pesara kerajaan dan polis menemui kecederaan di muka dan leher mangsa.

samun-berparang.jpg

Kedua-dua suspek penyamun bersenjatakan parang memasuki sebuah banglo menerusi pintu dapur pada jam 3.30 pagi tadi. Foto Ihsan polis IPD Brickfields

“Manakala isterinya juga pesara guru kerajaan berusia 70 tahun turut ditetak di bahu kanan oleh penyamun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuar memberitahu, menurut isteri mangsa, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi apabila suaminya terdengar bunyi bising di bahagian dapur.

Tambah beliau, mangsa terserempak dengan dua lelaki bersenjatakan parang yang mengugut supaya menyerahkan duit.

“Mangsa kemudian cuba melawan dan seterusnya telah ditetak. Isteri mangsa turut ditetak dengan parang di bahagian bahu kanan semasa kejadian oleh penyamun.

“Saspek kemudian mengambil barang-barang berharga (belum dapat dipastikan jenis dan nilainya) seterusnya melarikan diri mengikut tingkap dapur.

“Pihak forensik, kesihatan dan anjing pengesan Unit K9 telah dimaklumkan dan hadir di tempat kejadian untuk mendapatkan barang bukti dan kesan cap jari untuk mengesan suspek serta siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Jelas beliau, siasatan lanjut forensik di tempat kejadian mendapati mangsa dipercayai diserang dengan menggunakan objek tajam berdasarkan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan mangsa.

Malah katanya,mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan mayat telah dibawa untuk proses bedah siasat.


Menurutnya lagi,kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tegas beliau, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan pemburuan suspek telah dipergiatkan oleh polis untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut atau saksi boleh menghubungi IPD Brickfields di talian 03-22979222 untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan polis,” tegas beliau.- MalaysiaGazette


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,487
Reaction score
11,774
Points
1,906
Innalillah, semoga arwah sentiasa berada dlm rahmat Allah
semoga isteri arwah cepat sembuh dan pulih
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,487
Reaction score
11,774
Points
1,906
menurut NST, arwah adalah bekas MARDI researcher dengan gelaran doktor PhD


KUALA LUMPUR: A former researcher with the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) with the title of doctor was killed in a pre-dawn home invasion at his double-storey house in Bangsar today.

Brickfields district police chief Assistant Commissioner Anuar Omar earlier told Berita Harian that at least two men were believed to have broken into the home during a power outage at about 3am.

He said the 70-year-old victim was slashed on his neck and body and died at the scene while his wife was admitted to the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC) with slash wounds to her shoulder.

It is learnt that the intruders broke into the house armed with machetes afterwhich the victim and his wife were roused from their sleep by sounds coming from the kitchen.

 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,124
Reaction score
90
Points
80
innalilhah...kejam betul la penyamun ni

dlm kes2 lain..mangsa melawan balik..sampai cedera parah penyamun..hujung2 tuan rumah yang masuk penjara..
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,297
Reaction score
323
Points
46
rumah besar, tp mcm takde ciri2 keselamatan..
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,060
Reaction score
4,388
Points
601
Mangsa maut ditetak, isi masa persaraan di masjid, jadi guru al-Quran

KUALA LUMPUR: Allahyarham Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, yang maut ditetak dalam kejadian samun di rumahnya awal pagi tadi, mengabadikan hidupnya selepas bersara dengan beribadat serta membaca al-Quran.

Dr Wan Hassan yang bersara daripada jawatan Pengarah Teknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) lebih 15 tahun lalu, sentiasa menghabiskan masanya di masjid, selain menjadi guru Al-Quran di tiga buah masjid.

Anak saudaranya yang juga pakar perlembagaan dan jurisprudens watan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, berkata sejak bersara, arwah tidak melakukan aktiviti lain selain beribadat dan menulis buku.

"Arwah yang kami kenali adalah seorang tokoh keluarga yang sentiasa memberi nasihat kepada anak cucunya, termasuklah kami sebagai anak saudara. Walaupun sudah dewasa, arwah sentiasa membimbing kami dalam isu-isu agama.

"Rutin wajibnya selepas pencen adalah ke masjid dan membaca al-Quran hingga beliau turut diberi kepercayaan menjadi imam bagi khariah Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar. Beliau juga menjadi guru al-Quran kepada warga emas di tiga buah masjid," katanya kepada BH, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi meluahkan rasa ralat kerana tidak sempat memperkemaskan manuskrip Panduan Mudah Membaca al-Quran yang disusun sendiri Allahyarham untuk dijadikan buku.

"Selain al-Quran, arwah juga minat menulis buku-buku agama dan pertanian. Manuskrip terbaharunya akan saya siapkan dan Insya Allah akan dapat dimanfaatkan umat Islam negara ini kelak," katanya.

Ditanya mengenai keadaan ahli keluarga Wan Hassan, Wan Ahmad Fauzi menjelaskan masing-masing masih dalam keadaan terkejut lagi kerana tidak menyangka kejadian sedemikian berlaku.

"Seorang anak lelakinya yang juga doktor di Australia, juga dalam penerbangan pulang sejurus mendengar khabar ini," katanya.

Beliau berkata, jenazah arwah masih berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tujuan bedah siasat dan pihak keluarga masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai proses pengebumian jenazah.

BH sebelum ini melaporkan, bekas pesara MARDI itu terbunuh, manakala isterinya cedera ditetak, sekurang-kurangnya oleh dua perompak dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata perompak memecah masuk kediaman itu ketika kawasan perumahan berkenaan terputus bekalan elektrik.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,395
Reaction score
11,963
Points
2,376
Kawasan mewah situ
Salam takziah buat keluarga mangsa
 

aeolian

Active+ Member
Joined
Jul 30, 2010
Messages
3,356
Reaction score
165
Points
48
tak selamat sungguh negara ni
 

seiryu82

Active+ Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
3,245
Reaction score
96
Points
40
Tingkap dapur xde grill.
Salam takziah diucapkan kpd keluarga mangsa.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register