Pesara kerajaan ditahan rogol anak kandung dan anak tiri

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,673
Reaction score
2,994
Points
201
KEPALA BATAS: Polis menahan seorang pesara kerajaan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol anak kandung yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun dan anak tirinya, 17, sejak beberapa tahun lalu, di rumah mereka di Tasek Gelugor.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata lelaki berusia 65 tahun itu ditahan, pada Jumaat lalu susulan laporan polis oleh isterinya yang juga ibu kepada kedua-dua mangsa.

"Kejadian terbongkar selepas isterinya berusia 47 tahun mengesan perubahan sikap anak perempuan OKU yang suka menyendiri dan bercakap seorang diri, selain banyak berkurung di dalam bilik.

"Kanak-kanak itu yang cacat penglihatan mata kanan serta lambat menerima pelajaran kemudian dibawa oleh ibunya berjumpa dengan guru disiplin dan guru pendidikan khas di sekolah sebelum mangsa mula menceritakan kejadian yang menimpa dirinya," katanya hari ini.

Menurut Noorzainy, kanak-kanak itu mendakwa mula dirogol oleh bapa kandungnya sejak 2019, namun tidak berani menceritakan kepada sesiapa kerana suspek mengugut akan memukulnya.

Sebaik pulang ke rumah, ibu mangsa bertanyakan perkara sama kepada anak perempuannya yang berusia 17 tahun dan remaja berkenaan mengaku sering dirogol oleh bapa tirinya sejak lima tahun lalu.

"Menurut remaja itu dia dirogol sekurang-kurangnya dua kali seminggu ketika ibunya tiada di rumah kerana bekerja. Polis merakamkan percakapan kedua-dua mangsa dan mereka turut dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Beliau berkata, lelaki warga emas berkenaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah.– BERNAMA

 
Sponsored Post

hiduprakyat

Fun Poster
Joined
Dec 6, 2010
Messages
589
Reaction score
40
Points
20
gari_tua_1593944796.jpg


KEPALA BATAS: Polis menahan seorang pesara kerajaan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol anak kandung yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun dan anak tirinya, 17, sejak beberapa tahun lalu, di rumah mereka di Tasek Gelugor.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata lelaki berusia 65 tahun itu ditahan, pada Jumaat lalu susulan laporan polis oleh isterinya yang juga ibu kepada kedua-dua mangsa.

"Kejadian terbongkar selepas isterinya berusia 47 tahun mengesan perubahan sikap anak perempuan OKU yang suka menyendiri dan bercakap seorang diri, selain banyak berkurung di dalam bilik.

"Kanak-kanak itu yang cacat penglihatan mata kanan serta lambat menerima pelajaran kemudian dibawa oleh ibunya berjumpa dengan guru disiplin dan guru pendidikan khas di sekolah sebelum mangsa mula menceritakan kejadian yang menimpa dirinya," katanya hari ini.

Menurut Noorzainy, kanak-kanak itu mendakwa mula dirogol oleh bapa kandungnya sejak 2019, namun tidak berani menceritakan kepada sesiapa kerana suspek mengugut akan memukulnya.

Sebaik pulang ke rumah, ibu mangsa bertanyakan perkara sama kepada anak perempuannya yang berusia 17 tahun dan remaja berkenaan mengaku sering dirogol oleh bapa tirinya sejak lima tahun lalu.

"Menurut remaja itu dia dirogol sekurang-kurangnya dua kali seminggu ketika ibunya tiada di rumah kerana bekerja. Polis merakamkan percakapan kedua-dua mangsa dan mereka turut dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Beliau berkata, lelaki warga emas berkenaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah.


== bharian
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,673
Reaction score
2,994
Points
201


PESARA kerajaan dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas tuduhan merogol anak tiri dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya.


Bagi pertuduhan rogol, tertuduh yang berusia 65 tahun mengaku salah di hadapan Hakim Noor Aini Yusof atas tuduhan memperkosa anak tirinya yang berumur 17 tahun.

Mengikut pertuduhan, kejadian berlaku 11 pagi pada 10 Jun lalu di rumah mereka di Taman Desa Ara, Tasek Gelugor.


Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung berusia 11 tahun, tertuduh memohon dibicarakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Lelaki itu dituduh melakukan perbuatan terbabit pada 4.30 petang, 18 Mac lalu juga di rumah mereka di Taman Desa Ara, Tasek Gelugor.

Justeru dia dakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris dan JG Kaameni memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh kerana dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kedua-dua mangsa.

Roslina berkata, ia bagi mengelak kejadian sama berulang selain kesalahan dilakukan tertuduh sangat serius.

Hakim kedua-dua mahkamah sesyen tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan tertuduh ditahan polis pada 3 Julai lalu susulan laporan dibuat isterinya yang juga ibu kepada kedua-dua mangsa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor dilaporkan berkata, kejadian terbongkar selepas isterinya yang berusia 47 tahun mengesan perubahan sikap anak perempuan berstatus orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun yang menyendiri dan bercakap seorang diri selain banyak berkurung di dalam bilik.

Menurutnya, kanak-kanak itu dibawa berjumpa dengan guru disiplin dan guru pendidikan khas di sekolah sebelum mangsa menceritakan kejadian menimpa.

Sebaik pulang ke rumah, ibu mangsa bertanyakan perkara sama kepada anak perempuannya berusia 17 tahun dan remaja berkenaan mengaku turut dirogol.

 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,712
Reaction score
1,607
Points
201
65 tahun tu.......
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,437
Reaction score
340
Points
41
ni la dia..muda2 x tgk blue..dh tua br merenyam..
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,882
Reaction score
101
Points
43
umo 65 ade ank umo 11 tahun, mcm cgu kt skolah sini pencen tp ade ank skolah rendah lg...
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,437
Reaction score
1,463
Points
206
Sabda Rasulullah SAW:
Tiga golongan manusia Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, tidak akan memandang kepada mereka, dan tidak akan mensucikan mereka, sedang mereka akan ditimpa siksaan yang pedih, yaitu:

1. Orang tua yang berzina
2. Seorang raja yang pendusta
3. Orang miskin yang sombong.
(HR Muslim dan Nasa’I)

Hadis ini menerangkan bahwa balasan yang akan diterima oleh orang tua yang berzina pada hari kiamat kelak ialah Allah tidak akan berbicara dan memandang kepada mereka, sedang mereka tidak akan disucikan (diampunkan dosa) dan akan ditimpakan azab siksa yang pedih.

sumber - https://www.facebook.com/ImamMuda.H...memberitahu-bahwa-berzina-a/2113578062029300/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register