balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
TEMERLOH - Seorang pesara jabatan kerajaan dari Kampung Batu Satu di sini, kecewa apabila gagal membuka akaun bank bagi keperluan anaknya yang mahu melanjutkan pengajian akibat kerosakan cip Mykad.
Saedan Bakar, 57, berkata, akibat Mykad anaknya Mohd Amir Robani, 19, yang baru siap pada Ogos tahun lalu tidak dapat dikesan mesin pengimbas bank terbabit, anaknya menghadapi kesukaran memasuki kolej.
Menurutnya, selepas pihak bank kata cip rosak, kami bergegas ke pejabat pendaftaran (JPN) Temerloh dan disahkan pegawainya memang rosak dan anak saya diminta membuat Mykad baru serta dikenakan RM10.
“Anak saya baru tamat pengajian di Sekolah Menengah Teknik Temerloh dan ditawar melanjutkan pengajian di sebuah kolej kemahiran teknikal di Kuala Lumpur dan perlu buka akaun di bank terbabit untuk masukkan wang pinjaman.
“Yang menghairankan saya Mykad yang belum pun sampai setahun tapi dah rosak dan dikenakan bayaran RM10 sedangkan kerosakan itu bukan berpunca daripada kami,” katanya.
Saedan berkata, dia kecewa kerana kerajaan sering menyebut tentang KPI (Key Performance Indicator) dan NKRA (National Key Result Areas) iaitu usaha kerajaan untuk memenuhi keperluan rakyat.
Kata bekas kakitangan Jabatan Pertanian itu, JPN berada di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri, justeru perkhidmatan sepatutnya lebih canggih kerana Mykad adalah barang paling mustahak.
“Sekarang banyak urusan menggunakan Mykad dan dikesan melalui mesin pengimbas. Jika gagal dikesan maknanya taraf anak saya sama dengan pendatang tanpa izin atau pemegang Mykad palsu,” katanya.
Saedan berkata, dia banyak mendengar rungutan orang sebelum ini yang menghadapi masalah sama.
Justeru dia mahu kerajaan mengambil serius perkara ini.
sumber;http://www.sinarharian.com.my/pesara-kecewa-mutu-mykad-1.174587