Pesara guru kempunan RM50,000 dalam bilik lesap

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA TERENGGANU: Impian seorang pesara guru agama dari Kampung Banggol Tuan Muda di sini, menyimpan wang dalam bank tidak kesampaian selepas wang tunai RM50,000 dalam bilik tidurnya hilang, awal pagi kelmarin.

Mangsa mengeluarkan wang berkenaan dari sebuah bank di bandar ini Khamis lalu untuk dimasukkan dalam akaun sebuah bank lain, namun disebabkan kesuntukan masa, gagal berbuat demikian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata mangsa membawa pulang wang berkenaan ke rumah dan menyimpan dalam bilik tidur utama.

“Sebaik terjaga dari tidur jam 7 pagi, mangsa terkejut apabila mendapati bilik tidurnya berselerak dan wang tunai RM50,000 itu hilang.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa tidur bersama keluarganya di rumah berkenaan dan tidak menyedari kediaman mereka dipecah masuk,” katanya.

Menurutnya, mangsa memberitahu anak lelakinya yang juga seorang guru berusia 28 tahun sebelum membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Manir, jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan dengan bersembunyi pada waktu malam untuk melakukan jenayah.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan berusia 60 tahun yang tinggal berhampiran rumah mangsa berkata, pencuri cuba masuk dalam rumahnya ketika dia bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal.

Pengawal keselamatan yang hanya dikenali sebagai Awang berkata, penjenayah melarikan diri apabila disergah isterinya jam 3 pagi.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
awat simpan cash banyak2 dirumah
 

adamma

CG Top Poster Club
Joined
Mar 7, 2007
Messages
23,639
Reaction score
39
Points
120
dh tau lewat, pegi kuarkan ptg2 wtpe.. guna je online transfer kn senang...
 

monohaihyip

Active Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
1,316
Reaction score
13
Points
25
X mustahil klu pencuri ini ada dBank, sewaktu duit itu dkluarkan
 

TwiStEd pIps

Super Active Member
Joined
Sep 10, 2009
Messages
7,545
Reaction score
4
Points
65
haha.. ni orang yang dia kenal la ambik tu.. tu la duit punya pasal.. >:) >:) >:)
 

302

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2009
Messages
10,841
Reaction score
65
Points
125
adui rugi2..kalo aku tau lame da aku mintak 10k kat pakcik 2:))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register