pesanan buat yg nak mohon ATM.....

CG Sponsors




AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Jangan Sertai ATM Kerana Tiada Pilihan Atau Terpaksa
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat memerlukan generasi muda yang berminat menyertai pasukan itu, bagi memastikan kesinambungan keselamatan negara terus terjamin, dan bukan disebabkan faktor tiada pilihan kerjaya yang lain.

Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata situasi negara yang aman menyebabkan masyarakat memandang ringan usaha menjaga kedaulatan negara.

"Melihatkan keadaan negara yang aman, mereka seolah-olah meminggirkan aspek keselamatan dan tidak mahu menyertai kita. Perlu diingat, keselamatan negara bukan terletak pada bahu anggota tentera semata-mata tetapi juga semua orang.

"Oleh itu, ATM mahu golongan muda yang punya minat dan semangat sukarela menyertai tentera dan bukannya disebabkan tiada pilihan lain atau terpaksa," katanya kepada pemberita di MyCareer Fair 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu.

Selain itu, katanya, pendapatan juga merupakan faktor penyebab mengapa golongan muda kurang berminat untuk menjadi sebahagian daripada sayap pasukan pertahanan itu.

"Kita tidak menolak kemungkinan pendapatan yang ditawarkan dirasakan tidak berbaloi berbanding kerjaya lain dan ini menyebabkan mereka tidak mahu menjadi anggota tentera," katanya.

Abdul Aziz berkata statistik pengambilan perajurit ATM pada 2009 menunjukkan kaum Melayu mencatatkan penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 91.55 peratus berbanding kaum Cina iaitu 0.1 peratus diikuti India sebanyak 1.01 peratus dan lain-lain kaum sebanyak 7.35.

Katanya, dakwaan bahawa ATM untuk kaum Melayu sahaja juga adalah tidak berasas sama sekali.

"Siapa cakap ATM untuk orang Melayu sahaja. Hanya Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sahaja yang dikhususkan untuk orang Melayu, selain daripada itu ia adalah terbuka (untuk semua).

"Kita masih ada pelbagai cabang lagi. Tentera Laut (TLDM) dan udara (TUDM), ia dibuka untuk semua bangsa dan kita tidak memberi layanan istimewa untuk satu-satu bangsa itu.

Beliau berkata ATM membuka pengambilan 4,000 pegawai dan anggota sahaja bagi setiap tahun dan jumlah itu adalah mencukupi mengikut keperluan masa kini.

Abdul Aziz berkata ATM juga merupakan bidang kerjaya yang unik kerana pasukan itu sentiasa menjaga kebajikan anggota bermula ketika mereka memulakan perkhidmatan sehinggalah berakhirnya hayat anggota tentera terbabit.

"ATM menyediakan latihan peralihan kepada warganya sebelum mereka menamatkan perkhidmatan masing-masing yang bertujuan membekalkan mereka dengan kepakaran baru dan meningkatkan kepakaran yang sedia ada bagi mereka meneroka kerjaya baru selepas bersara.

"Selain itu, melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran, kebajikan veteran ATM turut dijaga dan faedah ini adalah satu bonus kepada mereka yang bergelar anggota tentera," katanya.

ATM membuka lima gerai pada pameran MyCareer Fair yang berlangsung sehingga esok meliputi pameran oleh Tentera Darat, TUDM dan TLDM selain daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Pameran itu mengenai kepelbagaian kerjaya serta penglibatan ATM dalam misi Pertubuhan Bangsa Bersatu. BERNAMA
 
Sponsored Post

abangbeca

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jan 26, 2009
Messages
8,710
Reaction score
155
Points
73
aku besa jumpa datuk nih...masa tuh dia TAKSPA.....skrg dia dah naik pangkat jadik AKSPA...hmmmm
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
bagi yg berminat jer..
x minat kang awl2 lg dh cabut..
raging kaw2 nie..
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,289
Reaction score
1,543
Points
201
betul tu ... klu x minat atau x cukup semangat tak ya la masuk .. karng kene regging .. abih kecoh 1 malaysia
 

mick2030

Active Member
Joined
Sep 21, 2008
Messages
1,607
Reaction score
14
Points
25
Tengok tajuk, aku ingatkan ATM Card tadi, rupanya lain...huhu..
 

jku8505

Active+ Member
Joined
Sep 11, 2009
Messages
2,672
Reaction score
17
Points
25
satu hari nnt, bile negara kekurangan kekuatan bala tentera...
siap la rakyat... kerahan akan berlaku... bersediakh rakyat kite.
 

aiman27

Active+ Member
Joined
May 14, 2010
Messages
4,608
Reaction score
729
Points
71
ooo hassan soljer arr...ajis pun jd soljer...citer p.ramleee...masa itu pramlee memegang watak hassan sbg askar...abgnya ajis juga jd askar... kita tdk tau bila negara kita akan diserang jadi langkah awal adlh mempersiapkan pasukan ATM dgn latihan dan bil ahli yg cukup....
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
wlopon ragging kaw2.....

meninggal pon dpt layanan baik....masa kahwin pon dpt layanan baik...

tapi displin tentera nie yng kena ade pada anak2 muda....
 

alkbar

Active+ Member
Joined
Oct 1, 2008
Messages
3,723
Reaction score
65
Points
30
gaji x naik..takut nak bagi adik aku masok.nanti merempat..negara kita x pentingkan kebajikan tentera.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register