wanzex
CG Top Poster Club

- Messages
- 35,552
- Joined
- Jul 12, 2006
- Messages
- 35,552
- Reaction score
- 1,107
- Points
- 191
Nilai keupayaan diri sebelum bertanding
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin parti itu yang mahu bertanding pada muktamar parti Jun ini supaya sentiasa menilai keupayaan diri sendiri terlebih dahulu.
Beliau berkata, apa saja jawatan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden parti itu adalah terbuka untuk ditandingi, namun mereka perlu memikirkan sama ada mereka mampu memikul amanah besar itu.
“Tak boleh nak suka-suka bertanding, mana boleh. Ini kerja amanah. Bila bertanding untuk jawatan, kita bertanggungjawab jadi ‘signboard Islam’. Bila orang tengok, orang kata macam inilah Islam, setiap perbuatan, tutur kata dan tingkah laku kita ikut Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Pengajian Tafaqquh Fiddin Kali Pertama di Balai Islam di sini, semalam.
Pemilihan barisan pimpinan baru dalam Pas dijangka menyaksikan saingan sengit terutama untuk jawatan Timbalan Presiden dengan beberapa pemimpin Pas sudah mengesahkan akan mencabar penyandangnya Nasharuddin Mat Isa ke jawatan itu.
Antara nama yang disebut-sebut akan mencabar Nasharuddin ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu selain Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Sebelum ini Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa hanya golongan ulama profesional yang layak memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas.